sesamamu

Wednesday, July 31, 2013

Mana mau pergi? Hargai khazanah alam ini...


Melihat matahari terbenam di tepi pantai, melihat matahari terbit di atas bukit, bertemankan pelangi diawal pagi dan merasakan kebiruan laut ditepian kota. Ini semua Sesamamu alami sendiri bukan di negara kelahiran tetapi di negara orang yang nun jauh di sana. Negara yang bernama Timor Leste! Sungguh indah alam ciptaan Tuhan ini.

Sehingga hati ini tidak henti-henti mengatakan "Ajaib ciptaan Mu TUHAN".

Masih adakah harapan untuk bumi ini?

Persoalan yang selalu bermain di benak fikiran Sesamamu setelah pengalaman di negara orang ini adalah, masih adakah harapan untuk bumi ini?

Begitu sukar untuk menjawab soalan tersebut setelah menjejak kaki ke bumi Malaysia terutamanya Sarawak. Isu pembinaan empangan mega dan pengambilan tanah adat secara berleluasa serta penanam pokok kemersial yang menjadi-jadi demi sesuap nasi (Kononnya!) telah membenarkan hutan rimba bumi ini diperkosa dengan "halal"nya. Demi dan atas nama Kemajuan serta pembangunan, perkosaan terhadap hutan rimba khazanah alam ini menjadi satu perbuatan yang dihalalkan.

Begitu butakah mata kita sehingga tidak belajar daripada sejarah silam akibat perbuatan manusia ini? Begitu butakah mata kita sehingga membenarkan khazanah yang sekelumat cuma ini (di Borneo) terus digadaikan?

Mana mau pergi?

Soalan ini harus kita jawab untuk generasi yang akan mendatang. Dengan jawapan yang kita beri, mudah-mudahan akan memberi panduan kepada mereka "kemana harus mereka pergi selepas hutan rimba khazanah alam ini sudah tiada".

Untuk sekarang ini, jawapan Sesamamu ialah, "Di situ ada kemahuan, di situ ada jalan", pergi lah di sana. Di mana ada mata yang masih lagi belum buta untuk melihat dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Jalannya ialah, dengan mengubah sikap kita terhadap apa yang kita miliki sekarang dan menghargainya serta menjaga dengan penuh minat. Langkah ataupun tindakan yang kecil sudah pasti membawa kesan yang besar untuk memulihara khzanah alam ini.

Ayo...bersama-sama dengan Sesamamu MELAKUKAN SESUATU YANG BERBEDA UNTUK MENGUBAH DUNIA KITA kearah bumi ku yang HIJAU!

Friday, July 12, 2013

MP Junaidi, "Ubah cara hidup?"

Kalau mahu tinggal di Bakun, ubah cara hidup. 


Satu kenyataan yang amat bongkak daripada seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat terhadap masyarakat Orang Ulu di kawasan empangan Bakun. Kenapa sedemikian rupa pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat melihat satu-satu kaum yang sudah sekian lama bertapak di kawasan Bakun.

Kalau tidak kerana memberi laluan kepada empangan Bakun, ataupun dalam erti kata lain, kalau tidak ditipu oleh segelintir pemimpin terhadap masayarakat peribumi di Bakun, tidaklah samapi sedemikian rupa sehingga kebanyakan Orang Ulu di Bakun seperti menumpang di bumi sendiri. Bukan sahaja tanah adat resam sudah tenggelam, malah khazanah alam yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Orang Ulu di sini telah lenyap tanpa bisa dicari gantinya!

Kenyataan yang Bongkak!

Inilah sikap segelintir pemimpin kita yang sudah termakan tipu muslihat dan duit peras ugut daripada rakyat! Tidak cukup dengan hasil kahzanah hutan di Bakun setelah memberi laluan kepada empangan Bakun, peninggalan yang hanya secupak sahaja ini juga ingin mereka "rogol" sehingga sanggup untuk mengahalau masyarakat peribumi ini dengan cara halus ini. Bagaimana MP Junaidi begitu bongkak menyuruh kaum ini mengubah cara hidup mereka jika ingin tinggal di Bakun.

Kenapa harus mereka mengubah cara hidup mereka sedangkan itu tanah pusaka mereka berdekad-dekad. Dimana sikap keperimanusiaan sebagai insani? Sungguh bongkak dan tidak layak keluar daripada seorang yang bertaraf pemimpin yang dipilih mewakili rakyat!

Tolong hentikan sentimen merendahkan martabat kaum peribumi!

Ini satu penghinaan dan satu kenyataan yang merendahkan satu-satu kaum. Kalau nak jadikan kawasan Bakun sebagai taman negara, tolong jangan bersyarat dengan adat resam dan cara hidup satu-satu kaum. Kita tidak layak menyuruh satu-satu kaum untuk mengubah cara hidup yang telah berkurun lama diamalkan. Bukan semua agenda Pembangunan itu menguntungkan! Bukan semua  kemegahan pembangunan itu boleh mengubah cara hidup mereka!. Sebab mereka tahu menilai yang baik dan yang buruk. Dan bukan salah pun cara hiudp mereka yang MP Junaidi mahu mereka berubah sikap ini!

Tolonglah fahami. Kalau tidak mahu memahami, tolong lah jaga mulut itu dengan baik. Padah akibatnya nanti. Kita hidup di negara yang demokrasi, tiada paksaan untuk seseorang itu untuk mengubah sikapnya! Malah itu adalah cara hiudp yang sudah sebati dengan kehidupan adat resam turun temurun!

Fikir-fikir dahulu MP Junaidi. Kamu sudah menyakiti hati kami!

Wednesday, July 3, 2013

PENUMPANG dan BERKONGSI bumi ini!

Illustrasi ataupun gambaran yang sesuai untuk tajuk di atas ialah, "Apabila sewaktu sekolah dahulu, kita tinggal di asrama sekolah, menumpang dan berkongsi semua kemudahan yang ada tanpa mengenakan apa-apa bayaran".

Begitulah "gambaran" yang sesuai untuk menggambarkan kita yang hidup di bumi ciptaan Yanag Maha Kuasa ini. Dia telah memberikan kita segala yang ada untuk kita "gunakan" dengan percuma. Tetapi melihat keadaan bumi ciptaan Nya ini dan situatsi semasa dunia ini, Kita manusia ini seolah-olah tidak menghargai apa yang telah diberikan kepada kita dengan percuma. Kita seakan-akan menjadi penumpang yang langsung tidak menghiraukan tentang status kita "menumpang di rumah orang" dan perbuatan kita yang tidak memperdulikan segala kemudahan yang ada tanpa menghiraukan orang lain menunjukkan kita "tidak mahu kongsikan" semua perkara yang ada di bumi ini kepada orang lain!

Penumpang...

Kalau kita benar mengetahui bahwa kita ini hanya penumpang di muka bumi ini, seharusnya kita tahu bagaimana kita memelihara serta menjaga semua yang ada di bumi ini. Walaupun kita seperti tinggal di asrama dan semuanya percuma, sikap kita haruslah mengambil sepebuh perhatian untuk menjaga dan bertanggung jawab dengan kemudahan yang diberikan kepada kita secara percuma. Tiada ruang untuk berboros! Sebagai contoh, kalau kita melihat lampu di asrama masih lagi hidup waktu siap, kita sebagai penumpang ataupun penghuni sementara harus memadamkan lampu tersebut, jika ia tidak diperlukan. Jika kita nampak pili air mengalir begitu sahaja tanpa seorang pun yang menggunakannya, kita harus menutup pili air tersebut!

Begitu juga sikap kita terhadap bumi ini! Jika kita melihat pembaziaran hasil sumber alam semulajadi ataupun kemusnahan terhadap hutan rimba, kaita harus menyuarakan ataupun mengambil sikap "PEDULI" dengan apa yang berlaku. UKAN DUDUK DIAM!

Berkongsi...

Sama juga dengan berkongsi segala kemudahan yang percuma di asrama. Kita berkongsi tilam-katil-kerusi-meja dan bilik darjah dengan orang lain selama kita menghuni di asrama tersebut. Begitu juga halnya dengan bumi yang kita hunikan sekarang. Apa pun yang kita lakukan terhadap alam semulajadi bumi ini, kita harus mempunyai sikap untuk memikirkan kesan terhadap perbuatan kita kepada orang lain.

Berkongsi bermakna, segala yang kita lakukan di bumi ini haruslah kita bertanggung jawab terhadapnya dan ingat bahawa orang lain juga akan menggunakan kemudahan ataupun sumber bumi ini kelak. Kita juga harus membetulkan apa pun yang "Penumpang" lain lakukan ke atas apa yang kita kongsikan di dalam bumi ini. Bukan menuding jari dan mengatakan "Bukan aku yang buat, ada aku kesah!".

Sikap Penumpang dan Berkongsi...

Sikap yang harus ada...;

* INGAT kita adalah penumpang sementara di bumi ini.
* TANGGUNG JAWAB bersama.
* PERBETULKAN dan bukan menuding jari atau berpeluk tubuh mengatakan "Ada aku kesah!".

Jadi, sangat mudah...sebagai penumpang dan berkongsi bumi ini..."buat macam rumah sendiri" tapi INGAT-BERTANGGUNG JAWAB dan PERBETULKAN supaya "rumah" ini dalam keadaan yang "boleh guna" lagi untuk "Penumpang" yang lain pula...