Kalau mahu tinggal di Bakun, ubah cara hidup.
Satu kenyataan yang amat bongkak daripada seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat terhadap masyarakat Orang Ulu di kawasan empangan Bakun. Kenapa sedemikian rupa pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat melihat satu-satu kaum yang sudah sekian lama bertapak di kawasan Bakun.
Kalau tidak kerana memberi laluan kepada empangan Bakun, ataupun dalam erti kata lain, kalau tidak ditipu oleh segelintir pemimpin terhadap masayarakat peribumi di Bakun, tidaklah samapi sedemikian rupa sehingga kebanyakan Orang Ulu di Bakun seperti menumpang di bumi sendiri. Bukan sahaja tanah adat resam sudah tenggelam, malah khazanah alam yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Orang Ulu di sini telah lenyap tanpa bisa dicari gantinya!
Kenyataan yang Bongkak!
Inilah sikap segelintir pemimpin kita yang sudah termakan tipu muslihat dan duit peras ugut daripada rakyat! Tidak cukup dengan hasil kahzanah hutan di Bakun setelah memberi laluan kepada empangan Bakun, peninggalan yang hanya secupak sahaja ini juga ingin mereka "rogol" sehingga sanggup untuk mengahalau masyarakat peribumi ini dengan cara halus ini. Bagaimana MP Junaidi begitu bongkak menyuruh kaum ini mengubah cara hidup mereka jika ingin tinggal di Bakun.
Kenapa harus mereka mengubah cara hidup mereka sedangkan itu tanah pusaka mereka berdekad-dekad. Dimana sikap keperimanusiaan sebagai insani? Sungguh bongkak dan tidak layak keluar daripada seorang yang bertaraf pemimpin yang dipilih mewakili rakyat!
Tolong hentikan sentimen merendahkan martabat kaum peribumi!
Ini satu penghinaan dan satu kenyataan yang merendahkan satu-satu kaum. Kalau nak jadikan kawasan Bakun sebagai taman negara, tolong jangan bersyarat dengan adat resam dan cara hidup satu-satu kaum. Kita tidak layak menyuruh satu-satu kaum untuk mengubah cara hidup yang telah berkurun lama diamalkan. Bukan semua agenda Pembangunan itu menguntungkan! Bukan semua kemegahan pembangunan itu boleh mengubah cara hidup mereka!. Sebab mereka tahu menilai yang baik dan yang buruk. Dan bukan salah pun cara hiudp mereka yang MP Junaidi mahu mereka berubah sikap ini!
Tolonglah fahami. Kalau tidak mahu memahami, tolong lah jaga mulut itu dengan baik. Padah akibatnya nanti. Kita hidup di negara yang demokrasi, tiada paksaan untuk seseorang itu untuk mengubah sikapnya! Malah itu adalah cara hiudp yang sudah sebati dengan kehidupan adat resam turun temurun!
Fikir-fikir dahulu MP Junaidi. Kamu sudah menyakiti hati kami!
No comments:
Post a Comment