Illustrasi ataupun gambaran yang sesuai untuk tajuk di atas ialah, "Apabila sewaktu sekolah dahulu, kita tinggal di asrama sekolah, menumpang dan berkongsi semua kemudahan yang ada tanpa mengenakan apa-apa bayaran".
Begitulah "gambaran" yang sesuai untuk menggambarkan kita yang hidup di bumi ciptaan Yanag Maha Kuasa ini. Dia telah memberikan kita segala yang ada untuk kita "gunakan" dengan percuma. Tetapi melihat keadaan bumi ciptaan Nya ini dan situatsi semasa dunia ini, Kita manusia ini seolah-olah tidak menghargai apa yang telah diberikan kepada kita dengan percuma. Kita seakan-akan menjadi penumpang yang langsung tidak menghiraukan tentang status kita "menumpang di rumah orang" dan perbuatan kita yang tidak memperdulikan segala kemudahan yang ada tanpa menghiraukan orang lain menunjukkan kita "tidak mahu kongsikan" semua perkara yang ada di bumi ini kepada orang lain!
Penumpang...
Kalau kita benar mengetahui bahwa kita ini hanya penumpang di muka bumi ini, seharusnya kita tahu bagaimana kita memelihara serta menjaga semua yang ada di bumi ini. Walaupun kita seperti tinggal di asrama dan semuanya percuma, sikap kita haruslah mengambil sepebuh perhatian untuk menjaga dan bertanggung jawab dengan kemudahan yang diberikan kepada kita secara percuma. Tiada ruang untuk berboros! Sebagai contoh, kalau kita melihat lampu di asrama masih lagi hidup waktu siap, kita sebagai penumpang ataupun penghuni sementara harus memadamkan lampu tersebut, jika ia tidak diperlukan. Jika kita nampak pili air mengalir begitu sahaja tanpa seorang pun yang menggunakannya, kita harus menutup pili air tersebut!
Begitu juga sikap kita terhadap bumi ini! Jika kita melihat pembaziaran hasil sumber alam semulajadi ataupun kemusnahan terhadap hutan rimba, kaita harus menyuarakan ataupun mengambil sikap "PEDULI" dengan apa yang berlaku. UKAN DUDUK DIAM!
Berkongsi...
Sama juga dengan berkongsi segala kemudahan yang percuma di asrama. Kita berkongsi tilam-katil-kerusi-meja dan bilik darjah dengan orang lain selama kita menghuni di asrama tersebut. Begitu juga halnya dengan bumi yang kita hunikan sekarang. Apa pun yang kita lakukan terhadap alam semulajadi bumi ini, kita harus mempunyai sikap untuk memikirkan kesan terhadap perbuatan kita kepada orang lain.
Berkongsi bermakna, segala yang kita lakukan di bumi ini haruslah kita bertanggung jawab terhadapnya dan ingat bahawa orang lain juga akan menggunakan kemudahan ataupun sumber bumi ini kelak. Kita juga harus membetulkan apa pun yang "Penumpang" lain lakukan ke atas apa yang kita kongsikan di dalam bumi ini. Bukan menuding jari dan mengatakan "Bukan aku yang buat, ada aku kesah!".
Sikap Penumpang dan Berkongsi...
Sikap yang harus ada...;
* INGAT kita adalah penumpang sementara di bumi ini.
* TANGGUNG JAWAB bersama.
* PERBETULKAN dan bukan menuding jari atau berpeluk tubuh mengatakan "Ada aku kesah!".
Jadi, sangat mudah...sebagai penumpang dan berkongsi bumi ini..."buat macam rumah sendiri" tapi INGAT-BERTANGGUNG JAWAB dan PERBETULKAN supaya "rumah" ini dalam keadaan yang "boleh guna" lagi untuk "Penumpang" yang lain pula...
No comments:
Post a Comment