Setelah mendengar Pesanan Yb Baru Bian di RFS tempoh hari, Sesamamu sangat tertarik dengan ucapan yang sangat bernas lagi informatif, terutama untuk generasi muda dari Bumi Kenyalang untuk menghayati makna 50 tahun pembentukan Malaysia ini.
Terima kasih dengan YB kerana memberi salinan asal ucapan nya ini dsewaktu berucap diperayaan Hari Malaysia di Selangor baru-baru ini. Dan juga membenarkan Sesamamu untuk mengongsikan nya di dalam blog ini.
"Terlebih dahulu, saya ingin mencatatkan ribuan terima kasih kepada
Kerajaan Negeri Selangor kerana memberi tempat dan masa untuk kita mengingatkan
satu detik sejarah Negara kita yang penting dan bermakna bagi kita semua
sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih juga saya ucapkan kerana menjemput saya
untuk memberi ucapan sempena hari yang bersejarah ini mewakili kita yang asal
dari Sarawak.
Saudara/saudari, sempena menyambut hari ulangtahun pembentukan
Malaysia yang ke-50,ini adalah masa yang sesuai bagi kita semua untuk mengimbas
kembali makna Hari Malaysia khususnya kepada penduduk Sarawak, serta melihat
kepada pencapaian keseluruhan masyarakat Sarawak pada hari ini. Di manakah
kedudukan kita sekarang, dalam terma pembangunan dan kemajuan ekonomi, dalam
terma integrasi dan keharmonian masyarakat, dalam terma kesejahteraan dan
kebahagiaan rakyat? Mengapakah nenek moyang kita bersetuju menyertai
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia 50 tahun
dahulu? Adakah visi dan harapan mereka demi Sarawak telah tertunai?
Pada hari ini saya ingin mengingatkan bukan hanya penduduk Sarawak
dan Sabah tetapi saudara/saudari kita dari Semenanjung Malaysia kepada
kata-kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman berkenaan dengan pembentukan Malaysia:
‘bahawa salah satu objektif utama adalah
untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi Wilayah Borneo agar taraf hidup dan
kemahiran teknikal mereka dapat ditingkatkan, dan suatu asas kukuh dapat
disediakan bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi…… agar jurang di antara
negeri yang mundur dan negeri yang maju dapat dikurangkan’.
Pada hari ini juga saya ingin mengingatkan rakyat Sarawak tentang satu
legacy yang positif yang telah
ditinggalkan oleh Rajah Putih (The White Rajah) dalam kata yang lain iaitu “The 9 Cardinal Principles” atau ‘9 Prinsip Utama’ dalam urus-tadbir yang
baik, yang kemudiannya dijadikan sebagai “Preamble”
atau Landasan Perlembagaan Negeri Sarawak yang pertama, yang berbunyi demikian
dalam bahasa Inggris:
“Sarawak
Order No. C-21 (Constitution) 1941 enacted 24 September 1941 (in part only).
Now
therefore it is meet that we should pronounce and declare the principles of government,
which have actuated our predecessors and ourselves during the one hundred years
of the rule of the English Rajahs. And we do urge that these same principles
which have brought peace and contentment to our people may serve to guide the
members of the Councils of State who will hereafter be responsible for the good
Government of Sarawak.
Let the
Cardinal Principles of the rule of the English Rajahs as set out hereunder
therefore be remembered:
1. That Sarawak is the heritage of
our Subjects and is held in trust for them.
2. That social and educational
services shall be developed and improved and the standard of living of the
people of Sarawak shall steadily be raised.
3. That never shall any person or
persons be granted rights inconsistent with those of the people of this country
or be in any way permitted to exploit Our Subjects or those who have sought our
protection and care.
4. That justice shall be easily
obtainable and that the Rajah and every public servant shall be freely
accessible to the public.
5. That freedom of expression both in
speech and writing shall be permitted and encouraged and that everyone shall be
entitled to worship as he pleases.
6. That public servants shall ever
remember that they are but the servants of the people on whose goodwill and co-operation
they are entirely dependent.
7. That so far as may be Our Subjects
of whatever race or creed shall be freely and impartially admitted to offices
in Our Service, the duties of which they may be qualified by their education,
ability and integrity duly to discharge.
8. That the goal of self-government
shall always be kept in mind, that the people of Sarawak shall be entrusted in
due course with the governance of themselves, and that continuous efforts shall
be made to hasten the reaching of this goal by educating them in the
obligations, the responsibilities, and the privileges of citizenship.
9. That the general policy of Our
predecessors and Ourselves whereby the various races of the State have been
enabled to live in happiness and harmony together shall be adhered to by Our
successors and Our servants and all who may follow them hereafter.”
Saudara/saudari, bagi saya 9 Prinsip Utama ini adalah landasan dan
pertunjukan yang baik dan adil untuk pemimpin dan pemerintah yang benar-benar
mengutamakan keperluan dan kedudukan rakyat jelata dalam satu negara.
Saudara/saudari,jangan kita lupa juga 18 Perkara dalam Perjanjian
Malaysia yang bertujuan untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak,
lebih-lebih lagi isu-isu yang berkaitan dengan agama, bahasa, perlembagaan,
imigresen, Borneonisasi dan keahlian dalam perwakilan di dalam kerajaan
pusat/persekutuan.
Hari ini, rakyat Sarawak sedang bergelut dengan isu-isu yang sangat
membebankan termasuklah kos cara hidup yang kian meningkat tanpa sebarang
peningkatan dalam pendapatan boleh guna; peningkatan kadar jenayah (terutamanya
jenayah berat/ganas pada tahun lepas); pengagihan yang tidak adil dan
kekurangan peluang-peluang ekonomi dan pendidikan; serta masyarakat luar bandar
yang hidup dalam ketakutan akan kehilangan tanah mereka kepada syarikat-syarikat
besar yang terlibat dalam aktiviti pembalakan dan pembinaan empangan yang disokong
oleh mereka yang berkuasa. 50 tahun setelah membentuk Malaysia, 30% penduduk
pedalaman Sarawak masih tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti api
elektrik dan bekalan air paip. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,
hospital, klinik dan sekolah amat berkurangan manakala kemudahan yang sedia ada
adalah tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan tidak mencukupi untuk
menampung keperluan penduduk. Manakala para pemimpin kita telah mengumpul
kekayaan yang sangat besar untuk keluarga dan penyokong mereka. Namun, rakyat
kita sering diingatkan supaya sentiasa bersyukur kepada kerajaan BN atas sisa-sisa
yang diberikan.
Saudara/saudari, rakyat kini memerhati dalam kebimbangan dan kebingungan
terhadap kemunculan situasi berbahayaekorantiada toleransi agama dan kaum yang
diakibatkan oleh hasutan oleh beberapa golongan pelampau di Malaysia, tanpa
kawalan dan tindakan oleh para pemimpin negara yang berdiam diri dan seolah-olahmembenarkan
isu-isu tersebutdigunakandalam usaha mereka untuk berpegang kepada kuasa. Malah
kerajaan Persekutuan turut menyumbang kepada ketegangan kaum melalui isu
perkataan “ALLAH” dan ketiadaan tindakan ketika kaum Cina dan India digelar
pendatang dan disuruh pulang ke negara asal. Ianya sungguh memalukan apabila
kita merupakan negara yang menduduki tangga teratas dalam Transparency
International’s Bribery Table dan tempat ketiga dalam Global Financial
Integrity iaitu kaji selidik aliran keluar modal haram di seluruh dunia, meskipun
kita harus mengakui terdapat segelintir rakyat Sarawak sendiri yang menyumbang
kepada pencapaian tersebut. Kita adalah sebahagian daripada negara yang,
selepas 50 tahun, seolah-olah masih rapuh, terasing dan tiada pendirian. Senarai
unsur-unsur negatif negara ini adalah panjang dan menyedihkan.
Kesimpulan yang nyata adalah Sarawak masih gagal hasil daripada
perkongsian selama 50-tahun ini dengan Malaya. Visi Tunku masih belum tertunai
dan rakyat Sarawak masih ketinggalan dalam segala aspek – dari aspek pendidikan
ke penjagaan kesihatan, dari kemudahan asas dan insfrastruktur, dari
pembangunan industri dan kemajuan ekonomi. Ratusan nyawa terkorban dalam
kemalangan jalan raya setiap tahun kerana Kerajaan Persekutuan gagal membina
sebuah lebuhraya yang sesuai merentangi seluruh negeri. Kerajaan Persekutuan
juga telah mengambil sebahagian besar hasil minyak dan gas (dan terus berbuat
demikian) untuk membiayai pembangunan di Semenanjung Malaysia namun tidak memberipulangan
yang sepadan kepada kita, mahupun mengakui sumbangan Sarawak, yang telah
terbukti merupakan satu pengorbanan yang besar olehrakyat Sarawak.
·
PEMASYHURAN MALAYSIA
Dalam refleksi ini, kita yang dating dari Sarawak tidak boleh
menyalahkan pihak lain secara total. Hak-hak kita seperti yang terkandung dalam
18 Perkara sudah dihakis namun para pemimpin kita sendiri tidak mampu ataupun
tidak sanggup untuk menegakkan keadilan untuk kita. Sedihnya bagi mereka, 9 Prinsip Utama(9 Cardinal Principles) seolah-olah tidak relevan /penting. Sarawak
telah dilumpuhkan oleh pemimpin-peminpin yang bersikap tidak acuh di kedua-dua
peringkat negeri dan Persekutuan.
Walaupun gambaran suram kelihatan, saya tidak boleh lemah semangat.
Semasa lawatan saya ke pedalaman Sarawak, saya bertemu dengan orang-orang yang
murah hati, baik dan ikhlas walaupun kehidupan mereka dipenuhi dengan kesusahan
dan serba kekurangan. Mereka hidup secara harmoni dan tidak memahami isu
perkauman dan keagamaan yang tidak masuk akal yang dilaung-laungkan oleh
segelintir golongan yang cetek pemikiran di Semenanjung Malaysia. Rakyat
Sarawak adalah masyarakat yang cintakan keamanan sehinggakan Rajah Putih dan
nenek-moyang kita berusaha melindunginya menerusi 9 Prinsip Utama dan 18 Perkara. Selama bergenerasi, rakyat Sarawak telah
hidup dalam 1Malaysia, lama sebelum ia menjadi slogan tak bererti kerajaan BN.
Saya ada alasan untuk mempunyai harapan untuk masa depan negara
ini. Peristiwa beberapa tahun lalu khasnya beberapa bulan lepas telah
menunjukkan bahawa walaupun terdapat cubaan mereka yang berkepentingan untuk
memporak-porandakan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, rakyat biasa tetap
tidak terpengaruh. Rakyat Malaysia kini menuntut keadilan, kejujuran dan
kesaksamaan, pilihanraya yang bersih dan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab
seperti yang dibuktikan dengan kehadiran mereka pada perhimpunan yang
dianjurkan,serta undi mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Rakyat Malaysia
pada hari ini mula mengakui sejarah sebenar Persekutuan Malaysia, bagaimana ia
dibentuk dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan. Rakyat Malaysia
kini mencabar sukatan matapelajaran sejarah di sekolah yang telah diputar-belitkan
dan meminta sejarah yang tepat ditulis dan diajar. Rakyat Malaysia sekarang
amat mengambil berat akan masa hadapan negara dan bagaimana ia akan ditadbir.
Rakyat Malaysia kini telah menemui suara mereka semula.
Saudara/saudari, sempena kita merayai Hari Malaysia ini, saya
berdoa agar tidak lama lagi negara kita akan mempunyai pemimpin-pemimpin yang
didorong oleh rasa cinta kepada negara dan keinginan untuk benar-benar berbakti
dan menjaga kebajikan rakyat berbanding dengan pencarian mereka sendiri untuk
mendapatkan kuasa dan kekayaan. Kita memerlukan pemimpin yang memahami asas
kebenaran di sebalik 9 prinsipUtama dan 18-Perkara. Kita perlukan pemimpin yang
komited untuk hidup berdasarkan prinsip-prinsip ini tanpa rasa gentar atau
pilih kasih dan setiap keputusannya dibuat berdasarkan kebenaran asas ini.
Hanya selepas itu kita akan dapat menikmati hidup di Malaysia dan makmur
seperti yang digambarkan oleh nenek moyang kita.
Selamat
Ulangtahun ke-50, Malaysia.
ADUN N.
70
BA’KELALAN
21.09.13"