16 September yang lepas, Malaysia telah berusia 50 puluh tahun. Tahun Jubili bagi negara Malaysia yang dibentuk oleh gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (dan Singapura menarik diri dari gagasan ini).
Jubili memberi banyak makna dan pegertian yang mendalam buat rakyat negara ini. Setidak-tidaknya, tahun Jubili ini akan menjadi satu lagi mercu tanda untuk generasi seterusnya merasakan nikmat kemerdekaan serta kebebasan sebenar sebuah negara yang berusia setengah abad!
Generasi selepas Jubili...
Generasi penerus legasi sebuah negara yang merdeka lagi bebas ini harus meneruskan apa yang telah negara kita capai setakat ini. Dan dalam masa yang sama membaik pulih apa pun kepincangan yang ada, demi sebuah generasi yang terus melihat keharmonian yang ada.
Mereka harus didorong untuk mempunyai satu impian yang mulia untuk negara ini.
Impian mereka...
Kalau Sesamamu diberi peluang untuk mengungkap dan menyelidiki apakah Impian generasi ini ke atas Negara Malaysia, disini Sesamamu ingin kemukakan beberapa kemungkinan impian mereka; dan Sesamamu ingin mulakan ayat ini dengan..."Aku punya satu impian..."
1- TIADA LAGI RASIS. Sikap perkauman yang semakin menebal di negara kita hasil daripada sistem politik yang terbentuk daripada kamu tertentu.
2- TIADA LAGI PENINDASAN dari segi Ekonomi dan sosial terhadap yang lemah, kelas bawahan serta pertengahan di dalam masyarakat.
3- TIADA LAGI STRATEGI POLITIK "KEMISKINAN". Untuk menghapuskan kemiskinan sudah nampak sukar kerana tiada pendekatanyang sangat serius dilakukan oleh kerajaan yang memerintah. Ia malah dijadikan STRATEGI untuk memnacing undi setiap kali pilihan raya dilakukan.
4- TIADA HUTAN RIMBA DITEBANG untuk memberi laluan kepada Pokok Komersial seperti Pokok Kelapa Sawait dan Mega dam!
5- TIADA LAGI KEGANASAN terutama kepada orang awam, wanita dan kanak-kanak. Untuk mencapai impian ini, kehormatan dan kepercayaan ke atas Pihak PDRM dan penjaga keamanan negara harus dikembalikan dengan bermarwah.
6- TIADA LAGI PERBALAHAN ANTARA AGAMA yang dicetuskan oleh golongan yang radikal dan ektrimis. Kebebasan agama yang sebenar terjadi di Malaysia.
7- TIADA LAGI STIGMA TERHADAP MEREKA YANG MENHGADAPI dan PEMBAWA HIV/AIDS. Mereka tidak lagi dipinggirkan oleh masyarakat yang beranggapan pegangan agama mereka itu mulia dan fikiran yang mengatakan "ini adalah hukuman Tuhan kepada mereka".
8- TIADA DISKRIMINASI KAUM DAN AGAMA DI DALAM MENJAWAT JAWATAN DI DALAM SEMUA SEKTOR PEKERJAAN, baik kerajaan mahupun swasta.
9- TIADA PEMINGGIRAN UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN yang lebih baik dan mencapai standard piawai yang baik bagi PENDIDIKAN kanak-kanak di luar bandar.
10- TIADA BATASAN UNTUK GENERASI INI PUNYAI IMPIAN UNTUK sebuah negara yang benar-benar mengamalkan KEADIALAN dan KEBENARAN. Biar dan dorongkan gerenrasi ini berimpian mulia dan besar serta mendorong mereka untuk berusaha menjadikan impian itu satu kenyataan yang BENAR serta HIDUP.
Di atas adalah kemungkinan Impian Generasi ini untuk sebuah negara yang bernama Malaysia sempena 50 tahun kelahirannya...
Mari kita sama-sama mendukung dan berusaha untuk menjadikan IMPIAN ini menjadi satu IMPIAN yang benar-benar NYATA dan "HIDUP". Kalau bukan kita, siapa lagi?
Selamat hari lahir Malaysia yang ke 50 tahun...Tuhan Memberkati!
No comments:
Post a Comment