AL kisah, ada seorang ibu tunggal bersama anaknya yang masih kecil telah dipaksa keluar dari rumah sewanya atas alasan, ada yang sanggup membayar harga sewa yang lebih tinggi.
Ya, mungkin kedua anak beranak ini mempunyai rekod yang tidak sempurna pembayaran sewanya, tetapi kes "ada yang sanggup bayar sewa rumah dengan bayaran yang tinggi" hanya satu alasan tuan rumah STIGMA keatas mereka pembawa HIV-AIDS ini. Sesamamu pasti, dia mendapat tahu tentang keadaan sebenar ibu dan anak ini. Maka ini adalah satu cara menghalau yang sangat halus!
Okay, selesai tentang hal tuan rumah itu, sekarang penolakan terus berlaku terhadap anak beranak ini. Alasan demi alasan diberi, baik badan kerajaan mahupun NGO tempatan. Alasan yang yang sama, "kami tidak mempunyai pusat ataupun rumah untuk HIV-AIDS, tapi untuk pusat penyakit TB ada". AYOOO MACHA! HIV-AIDS hanya boleh dipindahkan dengan hubungan seks dan kalaupun kamu terminum 1 liter air liurnya sekaligus. Kamu peluk dia, makan semeja dengan dia, TIDAK BERANGKITLAH! Pesakit TB lagi bahaya dan senang pindahkan TB tu dengan kamu. Kamu pakai sudu dia pun kena o....
Apa kata pengikut Yesus?
Oh, sudah pasti ada yang berstigma yang sangat besar terhadap mereka ini. Seperti orang yang sakit kusta dalam ALKITAB tu, mereka ni pun ditolak ataupun tinggal di luar kota oleh kerana penyakit mereka ini. Zaman Yesus, orang sakit kusta ni tinggal dipinggir kota, dan golongan yang percaya TUHAN tu mengatakan ini adalah kutukan keatas dosa mereka.
Tetapi Yesus! dia sentuh! sembuhkan! orang yang ditolak ini!
Adakah golongan yang menyanyi dengan kuat dan berulang ulang korusnya setiap hari Ahad dengan band "pujian dan penyembahan" melakukan apa yang mereka nyanyikan "ku mau seperti Mu Yesus..." mahu menyentuh? sembuh ataupun terima IBU DAN ANAK HIV-AIDS ini seadanya?
Sesamamu sedih dan khuatir di manakah kedua anak beranak ini akan berlindung dari kepanasan mentari dan kedinginan malam. Adakah pengikut Yesus yang sanggup membuka gereja ataupun pusat jagaan untuk orang seperti ini?
Adakah pengikut Yesus yang diberkati dengan berkelimpahan sanggup membuka rumah mereka ataupun mana mana premis yang berlebihan itu kepada anak beranak ini?
Adakah ruang dihati kita untuk orang yang senasib dengan anak beranak ini?
Mari, robohkan stigma kita terhadap mereka ini, dekati dan kenali mereka, untuk menjadi jawapan kepada doa mereka.
Someday, I wana build a Christian Hut for those kind of people who being kicked away by others.. Pity them..
ReplyDelete