sesamamu

Wednesday, February 1, 2017

"KEEP GREEN MOVEMENT"-Gaya hidup HIJAU

Ada yang tidak percaya akan pemanasan global! Malah mengatakan ia merupakan satu kempen  oleh satu-satu pihak untuk menjatuhkan satu pihak yang lain demi mengukuhkan empayar ekonomi mereka. Malah mereka yang menyuarakan kekuatiran akan pemanasan global ini akan dicopkan sebagai, MENOLAK PEMBANGUNAN.

Pemanasan global telah dibuktikan oleh para saintis dengan menunjukkan kesan-kesan nya kepada perubahan cuaca bumi, kenaikkan aras laut, pemanasan yang melampau dan seterusnya  mengundang kepada kemarau yang panjang dan hujan ribut serta bencana alam yang lain.

Tetapi masih ramai lagi yang menidakkan akan bencana pemanasan global ini. Malah ada pakar-pakar agama yang menolak keras akan "idea" memanasan global ini! Disokong kuat pula oleh presiden Amerika yang baru ini, yang juga tidak sehaluan dengan pendapat para saintis akan bencana pemanasan global ini.

Apapun tanggapan mereka yang menentang akan bencana pemanasan global ini, disini Sesamamu mengajak kita semua yang "percaya" berlakunya pemanasan global ini untuk mengamalkan "KEEP GREEN MOVEMENT'- GAYA HIDUP HIJAU.

Gaya Hidup Hijau menuntut setiap individu memainkan peranan didalam menyumbang kepada pemulihan kemudaratan yang berlaku di atas alam sekitar kita. Bermula dengan gaya hidup seseorang itu, bangun sahaja dari tidur di pagi hari hinggalah ke malam, mengamalkan gaya hidup yang SEDERHANA. SEDERHANA dari semua aspek kehidupan. Baik dari segi pemakanan, pemakaian, kehendak hidup serta keputusan yang diamabil, haruslah DENGAN KEADAAN YANG SEDERHANA. Dalam erti kata lain, sederhana untuk mengelakkan pembaziaran dan dalam masa yang sama, kita dapat menghargai setiap sumber yang terlibat didalam "melahirkan" satu produk akhir yang kita akan gunakan. Dengan menghargai produk akhir yang kita akan gunakan ataupun nikmati, ini akan mendorong kita untuk bukan sahaja menghargainya, malah tidak berlebih-lebihan.

Gaya Hidup Hijau juga menuntut kita untuk memikirkan tentang orang lain, yang juga berkongsi akan bumi ini bersama-sama dengan kita.

Dengan harapan, jika GAYA HIDUP HIJAU diamalkan oleh setiap individu yang ada di dunia ini, mungkin suatu hari nanti akan dapat mengurangkan penularan pemanasan Global ini. Yang penting, ia bermula daripada kita sendiri.

Jom, amalkan GAYA HIDUP HIJAU, demi generasi yang akan datang. Kerana apa yang kita miliki di bumi ini hari ini, sebenarnya kita pinjam daripada generasi cucu-cicit kita.

"Saya tidak mahu bayar RM3 untuk masuk ke muzium sekadar mahu lihat pokok."

Harga minyak naik lagi...nadai jakonya...

Kalau kamu katakan kepada mereka yang nun jauh dipendalaman, harga minyak naik. Respon mereka hanya bersahaja sahaja. Seperti tiada yang berlaku kepada mereka. Komen yang sering kali mereka katakan...
1. "Itu kamu orang yang susah hati, kerana pakai kereta tiap hari pergi kerja. Kami mana ada kereta"
2. "Minyak naik, harga barang naik, itu kamu yang susah, kami di sini, "shopping" dalam hutan ni"
3. "Tak pe tu, harga minyak naik, tak payah pasang lama injin jeneretor (Generator) tu."

Di atas adalah serba sedikit komen mereka apabila kita bertanyakan tentang kesan harga minyak yang naik ni kepada mereka. Ya, kalau difikir sejenak kan. mereka di kampung sana, mana ada kereta, mana ada shopping mall untuk mereka beli belah, Beras, tanam sendiri, sayur-sayuran, belambak kat hutan tu. Nak sedap lagi, sungai ada untuk ikan dan hutan nun jauh di sana, berkil-kilo daging percuma. Asal rajin sahaja lah.

Tetapi bila kamu kata, Harga lada, sawit dan beras turun. Ataupun, Harga baja, harga racun serangga perosak naik! Nah melatah! menyumpah serakah! sumpah habis-habis "tokey" yang jual tu...ini bagi yang tidak menerima subsidi baja dan racun serangga dari kerajaan lah...

Bayangkan subsidi baja dan racun perosak itu ditarik balik??!!

Kenapa?
1. Ia melibatkan sumber pendapat tunggal untuk wang tunai mereka.
2. Dan memandangkan aliran tunai mereka tiada langsung, jadi sesuatu yang melibatkan wang "cash" dari saku mereka sendiri, emmm amat berat untuk mereka terima akan  situasi ini.

Jadi, itulah majoriti penduduk Sarawak masih sayang kepada kerajaan yang sedia ada. Kerajaan alternatif, mampukah memberi "sedekah" yang sekian lama sudah dilaksanakan di Sarawak ini?

Sesamamu menulis tentang hal ini kerana, banyak sentimen dan komen selepas sesuatu pilihan raya terutama dari pihak yang kalah ataupun pembangkang mempersoalkan, "kenapa orang Sarawak menjadi "fixed deposit" kepada kerajaan yang sedia ada?", malah ada yang  berani dan tanpa rasa segan silu, mencerca, memberi komen yang sangat negatif setelah mendengar keputusan pilihan raya tersebut.

Nasihat Sesamamu kepada semua, pergilah sendiri dan hidup sendiri bersama-sama mereka di hulu-hulu sungai sana, dan barulah anda mengerti sejauh mana anda memahami mereka.

"Harga minyak naik?! takde masalah!"

Sunday, January 15, 2017

Pemimpin punya hati seorang hamba, Tok Nan.

Tanggal 11 Januari 2017, Sarawak dikejutkan dengan pemergian seorang pemimpin yang sangat dekat dihati rakyat, yang dikenali dengan panggilan Tok Nan.

Sarawak menangis, bergabung dengan kehilangan seorang pemimpin yang sangat dekat di hati, malah ramai yang memanggil dia, Apai ataupun bapa. Menunjukkan berapa Tok Nan seorang pemimpin yang sangat mengasihi rakyatnya.

Fenomena Tok Nan...

Fenomena Tok Nan Adalah satu panggilan ke atas nya di awal di menerajui kepimpinan Sarawak, Dan terbukti dengan kemenangan yang Besar BN yang ketuainya.

Tidak berhenti disitu, fenomena ini terus berlalu di mana banyak dasar-dasar memperkasakan KERAJAAN Sarawak disuarakannya dipihak KERAJAAN pusat.

Malah hak-hak KERAJAAN Sarawak, Dan slogan Sarawak untuk orang Sarawak menjadi lebih kedengaran lagi apabila Tok Nan sendiri menunjukkan Cara bagaimana memperkasakan kembali hak-hk rakyat Sarawak sejati.

Dan akhirnya,  fenomena ini terus berlalu dan menjadi satu gelombang baru fenomena Tok Nan di Kalangan rakyat Sarawak. Walaupun Tok Nan sudah pergi buat selamanya, tetapi legasi Dan kesannya kepada rakyat Sarawak semakin memuncak!

Kenapa ini terjadi?

Pemimpin yang mempunyai hati seorang hamba. Dinyatakan didalam Cara hidup Tok Nan, yang penuh dengan kesederhanaan Dan mengutamakan kepentingan rakyat daripada diri sendiri.

Turun ke Padang, bersama-sama rakyat biasa, dan mendengar Dari hti mereka serta meresponi dengan kebijaksanaannya.

Kerendahan hatinya membuat dia dekat dihati rakyat.

Tok Nan...engkau menunjukkan caranya
Tok Nan...engkau menunjukkan jalannya
Tok Nan...engkau menunjukkan harapannya

Keranan engkau...pemimpin yang punya hati seorang hamba.

Terima kasih Tok Nan. Legasi mu, akan kami teruskan.

Respect!!!

Wednesday, January 4, 2017

Menghilang untuk setahun dari Facebook

2 haribulan Januari 2017 genap setahun sesamamu berdiam daripada untuk membuka FB. Objektif tercapai untuk Sesamamu mendiamkan diri dari sosial media yang begitu popular ini.

Pelajaran daripada "puasa" tidak membuka Facebook untuk setahun:

1. Mendisiplinkan diri untuk "bertahan"

"Berpuasa" daripada membuka FB banyak mengajar Sesamamu bahawa banyak perkara yang kita "ketagih" untuk lakukan dapat kita kawal sebenarnya. Harus disokong dengan NIAT yang benar dan tulus, nescaya dapat dilakukan.

2. Menangani "godaan"

Banyak teman maya didalam FB bertanyakan ataupun PM "Buka FB, ada berita yang harus kamu ketahui", " Ada saya tag kamu itu dan ini", dan banyak lagi godaan yang mendorong untuk Sesamamu membuka FB nya, tetap segala godaan ini di tangani dengan TENANG  dan BIJAK.

3. Banyak masa untuk MEMBACA buku

Ha...ha...satu pengajaran yang sangat berbaloi, untuk tempoh setahun itu, Sesamamu telah membaca sekurang-kurangnya 25 buah buku yang pelbagai tajuk. Daripada masa berjam-jam diluangkan untuk membaca setiap status yang dikemaskinikan didalam FB, diterjemahkan kepada membaca buku. Sangat-sangat berbaloi.

4. Perasaan dan emosi tidak terjejas teruk

Banyak cerita mahupun kemaskini didalam FB kadang-kala mengganggu emosi dan perasaan Sesamamu sebelum ini dapat dikurangkan atau dikawal. Terutama segala ketidakadilan ke atas manusai mahupun makhluk ciptaan Nya yang sangat dekat dihati Sesaamu.

emmm...di atas adalah diantara pengajaran dan pelajaran yang Sesamamu perolehi daripada "berpuasa" setahun daripada membuka FB.

Pokoknya, kalau "Kalau Hendak seribu daya..."