sesamamu

Wednesday, December 4, 2019

Dengarlah Alam Semulajadi ini Berbicara




Tetapi tanyalah kepada haiwan-haiwan, nescaya mereka akan mengajar engkau; kepada burung-burung di udara, nescaya akan mereka memberitahu engkau.  Atau, berkata-katalah dengan bumi, nescaya ia akan mengajar engkau, dan ikan-ikan di laut pun akan mengisytiharkan kepadamu.  Siapakah antara semua itu yang tidak tahu bahawa tangan Tuhan yang melakukan hal ini?  Dalam tangan-Nyalah nyawa semua yang hidup dan nafas seluruh umat manusia.
Ayub 12:7-10 AVB
Dua hari dikelilingi kehijauan alam semulajadi di Ulu Baram membuat aku sedar betapa kita kadang Kala leka dan lupa bahawa Alam semulajadi yang ada disekitar Kita ingin berkomunikasi kepada Kita. Kesibukan dan desakan hidup yang menuntut kita lajukan pergerakan, sehingga Kita terlepas pandang dengan alarm yang Cuba memberitahu Kan sesuatu kepada Kita. Sepatutnya, kita memperlahankan pergerakan hidup ini buat seketika, nikmati Hijau Bumi ciptaan NYA, pasti kita mendengar apa yang ingin alam ini katakan kepada kita. Baik pokok yang besar mahupun sekecil semut ciptaan NYA yang lain ini, sudah pasti Ada sesuatu Yang ingin dibicarakan kepada Kita.

Pendidikan tidak formal

Ini merupakan pendidikan luar kelas. Mengenali hidup dan kelangsungan hidup yang saling bergantung antara Kita, ciptaan Yang istimewa ini dengan ciptaan NYA yang lain.  Pendidikan Yang sepatutnya diwariskan kepada Kita, turun-temurun, dari satue generasi kepada satu generasi Yang lain. Dengan yang demikian, generasi ini tahu betapa pentingnya akan menjaga dan memelihara alam semulajadi dan ciptaan NYA yang lain. Dengan mengekalkan kehijauan alam semulajadi ini, secara Langsung juga memastikan kelangsungan hidup ciptaan NYA yang lain ini  ianya semudah itu, tidak perlu menjadi saintis alam sekitar untuk memastikan alam semulajadi dan ciptaan NYA KEKAL Berkomunikasi kepada Kita

Mendengar untuk mengkagumi

Mengkagumi alam semulajadi ciptaan Tuhan secara Langsung sebenarnya membawa Kita mensyukuri hidup yang diberi ini serta mengakui betapa hebat perbuatan Tangan Sang Pencipta ini. Dengan kekalnya kehijauan Bumi ini, menjadi satu papan tanda kepada Kita untuk tidak bongkak dan sombong akan siapa diri Kita ini.
Dalam masa yanng sama, ia seakan satu papan tanda yang menunjukkan kita kepada Si Pencipta ini. Agar sepenuh perhatian kita hanya tertumpu kepada Nya dan menjadikan kita sentiasa sedar akan diri kita yang diciptakan Nya untuk menyembah DIA.


Oleh yang demikian, jaga dan peliharalah agar alam semulajadi ini kekal hijau.

Sunday, November 3, 2019

Hijau Bumi akan mengajar kamu

Dengarlah Alam Semulajadi Berbicara


"Tetapi tanyalah kepada haiwan-haiwan, nescaya mereka akan mengajar engkau; kepada burung-burung di udara, nescaya akan mereka memberitahu engkau.  Atau, berkata-katalah dengan bumi, nescaya ia akan mengajar engkau, dan ikan-ikan di laut pun akan mengisytiharkan kepadamu.  Siapakah antara semua itu yang tidak tahu bahawa tangan Tuhan yang melakukan hal ini?  Dalam tangan-Nyalah nyawa semua yang hidup dan nafas seluruh umat manusia."Ayub 12:7‭-‬10 AVB

Dua hari dikelilingi kehijauan alam semulajadi di Ulu Baram membuat aku sedar betapa kita kadang Kala leka dan lupa bahawa Alam semulajadi yang ada disekitar Kita ingin berkomunikasi kepada Kita. Kesibukan dan desakan hidup yang menuntut kita lajukan pergerakan,
sehingga Kita terlepas pandang dengan alarm yang Cuba memberitahu Kan sesuatu kepada Kita. Sepatutnya, kita memperlahankan pergerakan hidup ini buat seketika, nikmati Hijau Bumi ciptaan NYA, pasti kita mendengar apa yang ingin alam ini katakan kepada kita. Baik pokok yang besar mahupun sekecil semut ciptaan NYA yang lain ini, sudah pasti Ada sesuatu Yang ingin dibicarakan kepada Kita.

Pendidikan tidak formal

Ini merupakan pendidikan luar kelas.
Mengenali hidup dan kelangsungan hidup yang saling bergantung antara Kita, ciptaan Yang istimewa ini dengan ciptaan NYA yang lain.  Pendidikan Yang sepatutnya diwariskan kepada Kita, turun-temurun, dari satue generasi kepada satu generasi Yang lain. Dengan yang demikian, generasi ini tahu betapa pentingnya akan menjaga dan memelihara alam semulajadi dan ciptaan NYA yang lain. Dengan mengekalkan kehijauan alam semulajadi ini, secara Langsung juga memastikan kelangsungan hidup ciptaan NYA yang lain ini  ianya semudah itu, tidak perlu menjadi saintis alam sekitar untuk memastikan alam semulajadi dan ciptaan NYA KEKAL Berkomunikasi kepada Kita

Mendengar untuk mengkagumi

Mengkagumi alam semulajadi ciptaan Tuhan secara Langsung sebenarnya membawa Kita mensyukuri hidup yang diberi ini serta mengakui betapa hebat perbuatan Tangan Sang Pencipta ini. Dengan kekalnya kehijauan Bumi ini, menjadi satu papan tanda kepada Kita untuk tidak bongkak dan sombong akan siapa diri Kita ini.

Oleh yang demikian, jaga dan peliharalah agar alam semulajadi ini kekal hijau.

Wednesday, October 30, 2019

Ulu Baram, Ada "Gatekeeper" kepada Bumi NYA KEKAL HIJAU

Perjalanan yang ditempuhi selama lebih kurang 4 jam 30 minit dari Miri ke Long BEDIAN dan keesokan harinya ke Long Kevok sa
ngat berbaloi walau kepenatan setelah baru balik dari Tanah Tinggi Cameron Highland selang 32 jam.
Tetapi penat lelah terubat selepas sepanjang perjalanan menyusuri jalan balak dan kenderaan pancuan 4 roda terubat setelah melihat satu pemandangan ciptaan Tuhan Yang terlukiskan dihadapan mata. Beza dengan pemandangan ketika 4 hari di Tanah Tinggi Cameron Highland dimana apa yang terpampang didepan mata adalah basil ciptaan manusia yang telah menggantikan ciptaan asal NYA.

"Wow Amazing!!!"

Kehijaun menyenangkan mata yang memandang dan bagi saya, entah berapa kali perkataan "Wow amazing" terungkap dihati. Malah seketika saya terkesima apabila bertembung dengan keindahan gunung-ganang yang berdiri megah penuh dengan warna kehijauan yang memukau!

Satu Lagi "gatekeeper"


Malah didalam "trip" ini saya
diperkenalkan dengan seorang lagi dengan seorang ketua kampung yang berazam mengekalkan keindahan Alam semulajadi Di sekitar kampung yang didiami ini. Mendengar cerita dan impian menjadikan kampungnya sebagai kawasan eko pelancongan kelak yang dalam masa yang sama mengekalkan keindahan alam semulajadi ciptaan NYA mengingatkan saya kepada seorang ketua kampung di Merapok, Lawas dimana saya
menggelarkannya sebagai "gatekeeper" untuk kepada keindahan ciptaan Tuhan di kawasan kampungnya.

Hijau Bumi MU

Saya dapat merasakan bahawa, Hijau Bumi NYA berkekalan dengan adanya ramai ketua masyarakat seperti "gatekeepers" Yang saya temui setakat ini. Ada 2 "gatekeeper" kepada Alam semulajadi Ciptaan Tuhan ini yang saya temui, dan ada lagi seorang yang ceritanya saya dengar dari pihak ketiga yang mempunyai impian seperti mereka berdua ini.

Mau datang lagi...

Dari Kuching, terbang ke Miri...menaiki pacuan 4 roda ke Long Lama, menempuhi perjalanan jalan balak, ke Long Bedian, Long Kevok, Long Leng, sehingga ke Long Kawa...memukau hati melihat KEHIJAUAN Bumi ciptaan Illahi...apatah lagi kalau saya menyusuri terus ke Long Seridan, malah ke Bakelalan
dengan laluan ini, pasti hati ini dibawa kembali kepada DIA SANG PENCIPTA Itu lebih "Real" lagi dan sedar betapa kecil dan kerdilnya aku jika dibandingkan dengan DIA ini.
Terima kasih kepada kenangan yang memberi harapan bahawa Bumi ini Masih Ada Yang HIJAU asalkan Kita tidak TAMAK HALOBA dengan rakus melahapnya...ingatlah...setiap Kali melihat keindahan alam semulajadi ciptaan TUHAN ini, Kita dibawa kembali kepada SI PENCIPTA YA...JANGAN BONGKAK DAN TALSUP DENGAN KEJAYAA. DIRI TU....


Wednesday, October 16, 2019

Gunung Kinabalu bawa Ku dekat pada MU

 Wow! Itu adalah luahan pertama hati saya apabila melihat akan kemegahan Gunung Kinabalu ini. Tiada kata-kata dapat diungkapkan apabila melihat puncak yang tertinggi di Malaysia ini, malah di rantau Asia Tenggara. Bukan ini pertama kalinya saya melihat Gunung Kinabalu ini, malah saya pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu ini beberapa kali. Cuma kali ini, apabila melihat Gunung Kinabalu ini, saya ditarik kepada Si Pencipta yang satu, yang meninggalkan perbuatan tangan Nya kepada kita ini.

Bawa Ku dekat

Legasi ini membawa ku dekat pada Nya. Lebih dekat lagi kerana siapa lah aku Yang kecil ini berbanding perbuatan tangan Nya ini.  Kenapa harus saya bosan walaupun melihatnya tiap hari, kenapa harus saya tiada perasaan "wow" apabila aku hidup di kaki Gunung ini seumur hidup Ku? Setiap bangun pagi ku, nafas baru yang diberikan, dipinjamkan barang sehari lagi untuk ku menyapa Sang Pencipta ini, apabila melihat Gunung Kinabalu, lukisan Tangan Nya yang indah ini untuk aku mengkagumi Dia yang menjadikan aku manusia yang yang kerdil ini. Ini membuat aku lebih dekat lagi kepada Dia.(Renungan dari Mazmur 8)

 Engkau temukan aku

Dibalik ciptaan Nya ini, sebenarnya, Dia lah menemukan aku. Dibalik lukisan Tangan Nya yang sungguh indah ini, Dia lah Yang mencari aku. Disana lah aku tahu, Dia berminat kepada ku, mencari aku diantara semua ciptaanNya yang indah ini. Terpaku dan terpesona didepan keindahan ciptaanNya nya membenarkan Dia melihat terus kepada hati ku. Sehingga ego ku, perasaan bahawa aku ini hebat, bijak, kuat dan semua tentang aku, daku dan diriku semakin hilang malah, "siapalah aku ini" dibanding dengan perbuatan jari-jemari Mu.?

Aku tak akan jemu...tak akan bosan....lagi melihat ciptaan Mu yang agung ini...kerana Ku tahu Engkau akan temukan aku di sana.

Lihat lah dari perspektif Dia sendiri...

Tuesday, September 24, 2019

"Sibuk sangat kamu tentang Keep Green kamu...selamatkan jiwa untuk Kristus lah".




Terima kasih dengan kata-kata "semangat" itu. Saya mengambil ia sebagai teguran yang membina iman saya kepada Tuhan Yesus Kristus, Pencipta Syurga dan bumi ini serta segala isinya.
"Ya...saya setuju dengan teguran kamu tu. tetapi saya mahu tanya kamu balik lah, Cuba baca baik-baik Yohanes 3:16 tu dengan kamu duduk ditakhta si pencipta itu sendiri, pertama DIA kata kasih kepada Duniakan...?". Dan saya percaya kamu telah meninterpretasikan ayat tersebut hanya dari SATU sudut pandang mu sendiri.

Ini adalah salah satu bagaimana saya meresponi kepada penyataan ramai orang yang seangkatan dengan dia ini. Saya juga pengikut Kristus, yang disebut Tuhan Yesus itu. Mungkin yang bezanya saya dengan kebanyakan mereka ini ialah, mereka hanya berbicara tentang keselamatan jiwa mereka sendiri ...mungkin sedikit tentang menyelamatkan jiwa orang lain dan jauh daripada ingin berbicara tentang menyelamatkan bumi dan segala isinya yang dilihat Pencipta itu sendiri, sangat baik!

Sebagai contoh, didalam 50-52 hari ahad setahun yang kita ada, pernah tak kamu mendengar topik pemuliharaan penciptaan(Creation care)ini dikhotbahkan dari

mimbar-mimbar gereja kalian? Kalau ada, tolong beritahu saya, saya mahu pergi mendengarnya lagi daripada pengkhotbah tersebut sekali lagi. tetapi yang saya pasti, topik yang sangat popular adalah tentang kehidupan aku, daku dan diriku...samada diselamatkan, masuk Syurga, diberkati, menerima kesembuhan, kehidupan yang berkenan kepada Tuhan dan segala yang sedap dan yang kita mahu dengar sahaja. (2 Tim $:3-4)


Keperluan Fizikal vs Jiwa

Berbalik kepada teguran diatas tadi, "Selamatkan jiwa lah...", Pernah tak terfikir sejenak, untuk tubuh jasmani ini terus hidup, kita perlukan makanan kan? emmm, darimana datangnya makanan yang kamu makan itu? Dari hasil bumi ini kan? Tahukah didalam dunia sekarang, seramai 16 ribu orang kanak-kanak mati kelaparan dan segala hal yang berkaitan dengan makanan yang dihasilkan melalui sumber bumi ini.
Jadi...kalau tubuh fizikal ini mati kelaparan, kerana tidak cukup makan atau makanan yang dimakan telah tercemar oleh pencemaran akibat perbuatan manusia yang beria-ria nak selamatkan jiwa ini!, mana jiwa yang kamu mahu selamatkan itu?!

Sedarlah...baca Alkitab itu dari kejadian sampai Wahyu...ianya tentang "segalanya amat baik" ciptaan Nya, Alkitab mula dengan Penciptaan Syurga dan Bumi serta segala isi nya dan diakhiri dengan ciptaan Baru dalam buku Wahyu (Wahyu 21)...oh ya...semasa kejadian, manusia dicipta setelah semua ciptaan yang lain dicipta ok! Dari awal lagi ia berbicara tentang rencana penebusan segala ciptaan Nya...bukan manusia sahaja ye...(Efesus 1:10), ini adalah rencana penebusan yang sempurna itu.

Tanggung jawab bersama
Mari saya mengajak kita semua, sebagai orang yang mengatakan Dia pengikut Tuhan Yesus Kristus, sama-sama kita memuliharaan penciptaan Nya ini, dengan cara hidup yang benar dihadapan sang Pencipta ini. Hidup dengan penuh bersyukur, bersederhana didalam kepenggunaan kita dan bertanggung jawab didalam setiap perbuatan yang melibatkan penggunaan alam semulajadi ciptaan
Tuhan ini. Agar generasi yang akan mendatang akan menikmati alam semulajadi dan isi bumi ciptaan Tuhan ini. Kerana Syurga dan bumi serta isinya adalah milik Tuhan sendiri.(Mazmur 148) diciptakan untuk hidup harmoni memuliakan Sang Pencipta ini, dan bukan membiarkannya dimusnahkan! kalau kita sebagai manusia ciptaan Tuhan menurut gambaranNya sendiri tahu siapa Sang Pencipta ini, kita tahu bahawa hidup kita bukan hanya untuk aku, daku dan diriku sendiri.


Wednesday, September 18, 2019

"Aku nampak DIA" di Semporna...

Bilamanakah kami melihat engkau lapar, haus, sebagai orang asing, telanjang, sakit dan dipenjara?...dan DIA pun menjawab, "Sesungguhnya, segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang saudara KU yang paling hina ini, kamu telah melakukan nya untuk aku"-Mat 25:35-40

(Bukan khemah ya, tapi rumah)
Saya terpanggil untuk menulis tentang satu penemuan daripada seorang Teman-yang telah melawat ke sebuah pulau tumpuan pelancong di Semporna, Sabah.
Mendengar sendiri pengalaman beliau semasa berada di Pulau ini menggerakkan hati saya untuk meresponi pengalamannya dengan petikan daripada Alkitab di atas dan memberi judul tulisan ini "Aku nampak Yesus!!".
Kenapa berjudul demikian? Lihat keseluruhan teks tersebut. Pertanyaan orang ramai, "Bilamanakah kami melihat engkau?' dan jawapannya ialah "Segala sesuatu yang kamu lakukan kepada mereka yang paling hina ini". Bererti, apa yang kita lakukan ke atas salah seorang daripada saudara-NYA ini, kita sebenarnya telah melihat Yesus akibat daripada tindakan kita meresponi dengan setiap keadaan yang saudara-saudara Nya ini lalui.

Siapa saudara-saudara NYA ini?

Mereka yang lapar, haus, orang asing yang memerlukan perlindungan, yang tiada pakaian, terlantar sakit dan yang dipenjara. DIA memanggil mereka saudara-NYA yang paling hina. Kerana, manusia
(5 orang anak dalam satu rumah)
yang bercukupan ini memandang hina mereka yang tidak punya apa-apa. Apatah lagi yang sakit dan yang dipenjarakan. Saudara-saudara NYA ini ada disekeliling kita,  tetapi kadang kala ataupun selalunya, kita tdak mahu ambil kisah ataupun peduli.
Bagaimana bisa kita melihat DIA kalau kita tidak tahupun kewujudan mereka apatah lagi menghulurkan bantuan mahupun memperduli tentang mereka ini?!!

Buka mata hati ku
(Taman permainan)


Mendengar pengalamannya sendiri dan apa yang dilaluinya, saya dapat rasakan, mata hatinya telah melihat dan sensitif dengan persekitarannya. Timbul kesedaran secara spontan didalam dia. Ini lah yang kita perlukan pada hari ini. Selalu  kita menyanyikan, "Open the eyes of my heart Lord, i want to see you", "Buka mata hati ku, ku mau melihat Mu", dan saya yakin dan percaya didalam konteks teks ini, Dia pasti menjawab, "Eh kamu tak nampak kah aku?', ketika aku lapar? ketika aku haus?, ketika aku perlukan perlindungan sebagai orang asing?, ketika aku tak berpakaian?, ketika aku sakit?, ketika aku dipenjarakan?.
(Pendidikan? banyak yang tidak mampu)

Dan mungkin kebanyakan kita akan menjawab, "Oh ya???, bila kami lihat Engaku lapar, haus, perlukan perlindungan, telanjang, sakit dan dipenjara".

Kaya semakin kaya, miskin terus miskin...

(Masa depan yang belum pasti)
Keadaan ini tetap ada dan terus ada kerana tiadanya keadilan dan hak sama rata akibat menggunakan sumber alam yang tidak seimbang. Yang miskin akan terus tertindas, dan menjadi yang terhina di bumi Malaysia ini. Secara peribadi, Tidak ku sangka masih ada lagi sekelompok rakyat Malaysia yang masih hidup serba kekurangan dan daif sebegini rupa. Menurut teman saya, kebanyakan kanak-kanak yang ditemui tidak bersekolah!. Bukan pilihan mereka tetapi mereka menjadi mangsa keadaan.

Mahu melihat Yesus?

Mahu melihat Dia? pergi lah keluar gereja dan kelompok agama mu, pergi  keluar sana. Kamu akan melihat Dia di sana. Kalau engkau ada sumber kewangan, tenaga mahupun masa, libatkan dirimu dengan komuniti ini. Libatkan diri mahupun "gereja" mu didalam keperluan ini. Ini salah satu cara bagaimana kamu melihat Dia. Dia ada dikalangan kita, bersama-sama dengan Saudara-saudara NYA yang paling hina ini. Saya rasa, kamu tidak akan temukan Dia di gereja hanya pada hari ahad ...kerana Dia ada di luar sana. Perbanyakkan aktiviti gereja ataupun komuniti mu bersama-sama dengan mereka ini. Jangan hanya didalam lingkungan kita sahaja. Keluar dan terlibat!

p/s Terima kasih Will keatas gambar-gambarnya

Wednesday, September 4, 2019

Tapi'--Ide te latin, ide te terayen (Perjalanan penemuan alat musik tradisi Lun Bawang/Lundayeh yang semakin dilupakan)

tulisan yang bermaksud
"Ciptaan Lun Bawang, Tapi'"
Dua tahun yang lepas, seorang Mantan Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak, arwah Cikgu Meechang Tuei, menegur saya secara pribadi mengenai sebuah alat musik dari Suku saya sendiri, Lun Bawang yang
(Arawah Cikgu Meechang Tuei, Mantan Presiden PLBS)
dikenali sebagai Tapi'. Saya rasa Beliau tergerak  untuk menegur saya setelah melihat penglibatan saya bermain alat musik tradisional, Sape'/sampe' ini. malah beliau sendiri telah berkongsikan gambar Tapi' yang dipetik dari buku tulisan beliau sendiri tentang "Adat resam kaum Lun bawang'". Saya masih ingat, dia katakan kepada saya, "Tapi' ditau dih wi", bermaksud, "Tapi' kita punya alat musik". Mulai dari hari tersebut, saya berusaha untuk mencari Tapi' ini.


Perjalanan Pencarian Tapi'

Dan mulailah satu perjalanan yang saya panggil, "To reintroduce and revive Tapi'" ini dengan bermotokan, "Ide te latin, ide te terayen" yang bermaksud, siapa lagi yang yang diharapkan.
Pencarian yang pertama berakhir di sebuah Museum, dan sangat mendukacitakan saya  usaha pencarian ini, dan pada tahun 2017, seorang teman yang merupakan seorang yang aktif memperkasakan alata musik tradisional mengetahui bahwa saya mencari Tapi' ini. Dan akhirnya, saya dipertemukan dengan alat Musik 2 "strings" ini di Miri, malah Kanid saya,
Penyerahan Tapi' daripada Saudara Hezekiah
merupakan detik bersejarah satu
perjalanan pencarian Tapi' ini
Hezekiah Asim memberikan Tapi' tersebut kepada saya untuk saya miliki dan perjuangkan kewujudannya. Saya masih ingat kata-katanya, "Tapi' ini kembali kepada pemilik sebenarnya".Pencarian tersebut tidak berhenti di situ, saya dikejutkan dengan berita gembira apabila seorang ibu saudara sebelah arwah emak, di Long Midang, Kalimantan Timur-Indonesia menyatakan bahawa, Tapi' miliknya arwah Datuk Lasung Padan (Datuknya saya) masih ada. Tanpa melengahkan masa, bulan Disember 2018, saya terus ke Long Midang, dan bertanyakan tentang Tapi' tersebut. Akhirnya, Tapi' tersebut telah berada di dalam pegangan tangan saya. Menurut Ibu Saudara saya, sewaktu saya kecil, Datuk Lasung Padan selalu mendodoikan saya dengan dengan petikan Tapi' nya.

Lun Bawang, ayah ku, Lun Dayeh ibuku...Dua negara satu rumpun

Lun Bawang panggilan diberi kepada suku saya di Sarawak, tetapi di Sabah dan Kalimantan Timur, ia dipanggil sebagai suku Lun Dayeh. Tetapi, dasarnya, asal-usul, bahasa, budaya dan adat resam adalah sama adanya. Jadi, jika saya membahasakan diri saya dari suku Lun Bawang ataupun Tapi' ini alat musik tradisional Lun Bawang/Lun Dayeh...sebenarnya membawa maksud yang sama.

Tapi bentuk dari Lun Dayeh Kalimantan Timur
"To reintroduce and revive" Tapi'.
Tapi' bentuk dari Lun Bawang Sarawak




Tapi', dua talinya (Strings), panjang (3-3.5 kaki) dan lurus badannya, lebar hanya 2-3 inchi dan tinggi 3-4 inchi sahaja. Ada perbezaan antara Tapi' yang dihasilkan di Sarawak dan Kalimantan Timur. Dengan kedua "masterpiece" Tapi dari dua negara ini, maka lengkaplah pencarian bentuk asli Tapi' ini.

Perjalanan untuk "To reintroduce and revive' Tapi' ini diteruskan. Dengan adanya
dua "masterpiece" Tapi' ini, saya dan saudara saya, Kanid Feridi Dawat yang saya anggap sebagai Protegee saya untuk meneruskan kesinambungan alat musik ini mula membuat kajian tentang alat musik ini. Mencari dan bertanyakan kalau-kalau ada dari galangan tua-tua Lun bawang yang masih
Feridi Dawat
hidup dimana kami dapat mendalami hal-ehwal Tapi' ini. Diberkati dengan dua Bapa Saudara yang sudah berusia yang masih hidup dan tahu serba sedikit tentang Tapi' iaitu Yama Liew Purait
dan juga Yama Sigar Padan, yang menariknya, dilihat dari segi motif pada Tapi' awal yang telah diserahkan oleh kanid Hezekiah kepada saya, ia adalah hasil kerja Yama Sigar Padan,
Yama Sigar Padan
tetapi kami tidak dapat mengesahkannya kerana penglihatan beliau tidak baik lagi. Mendengar penjelasan keduanya dan mendengar sendiri harapan mereka berdua, telah menaikkan semangat saya untuk terus memperjuangkan kelangsungan Tapi' ini, malah mereka merestukan untuk keluarkan lebih banyak lagi melodi, ciptaan yang baru melalui Tapi'.
Setelah mendapat beberapa maklumat hasil kajian tersendiri, akhirnya, kami mulai menghasilkan Tapi' ini. Dengan harapan ia akan dapat dikongsikan bersama dengan menjual dan memperagakan Tapi' ini di majlis-majlis mahupun perayaan- perayaan tertentu.

Yama Liew Purait
Dalam masa yang sama, saya cuba mendalami cara permainan dan melodi serta rentak Tapi' ini. Pada pertemuan komuniti Sape Kuching,2018,  saya diperkanalkan dengan Madam Connie Lim(Seorang pensyarah Musik di UNIMAS) yang telah membuat kajian ke atas alat musik tradisional Lun Bawang, beliau telah mengkongsikan hasil kajiannya itu termasuk tentang Tapi'. Di sanalah dengan bantuan seorang ahli musik, Samuel Maja, kami mendalami rentak dan melodi yang ada tercatat didalam kajian Madam Connie ini, Dengan kreativiti saudara Samuel @ Muek, kami berjaya membuat single sulung tune Tapi' yang melodinya saya hasilkan sendiri, dengan diberi nama "Menengang" (Burung Kenyalang).

Penampilan Tapi' di atas Pentas

Persembahan julung kalinya Tapi' dikhalayak ramai ialah di Kuching waterfront setelah kumpulan
musik kami yang dikenali sebagai KGM (Keep Green Movement) Band telah diberi peluang untuk mengadakan persembahan sempena "Kuching Waterfront Night Live, 2018. Dan dalam tahun yang sama, dengan "lampu hijau" dari "Sifu" sape' saya, Mr Eugene Padan Kuek, saya mengiringi beliau yang memetik sape' nya dan saya dengan bermain Tapi',merupakan penampilan Tapi' pertama di pentas yang besar, World Harvest Music Festival, SCV, Kuching dalam tahun yang sama.
Tidak berakhir di situ, saya terus berusaha untuk mencari sebanyak peluang untuk mengetengahkan Tapi' ini sejajar dengan misi tadi. Persembahan Tapi' pertama di luar Kuching ialah di Miri, sempena Miri Sape' Movement Sunset Concert. Penampilan sulung Tapi' di Miri.
Pada awal  tahun 2019, penampilan sulung Tapi' di Luar Sarawak, dimana saya dijemput untuk memperagakan Tapi dan Sape' dan dalam masa yang sama membuat persembahan di Sukau Lodge,
Sandakan- Sabah. maka berakhirlah satu penantian dan impian untuk alunan bunyi Tapi' ini diperdengarkan di Lawas, tanah asal Tapi' ini dan juga daru suku kaum Lun Bawang/Lun dayeh ini.
Bersama Cikgu Dolphina Alau sebagai penngacara dan
Jerry Sigar di Pentas "Mountain Melody"
Long Semadoh, 2019
Tapi' secara khususnya telah dijemput oleh pengelola "Mountain Melody" di Long Semadoh, oleh pengerusi pengelola sendiri, Saudara saya, Encik Jerry Sigar setelah beliau sendiri tentang saya dan Tapi' ini dari seorang rakan seperjuangan di dalam menghidupkan kebudayaan dan tradisi Suku Lun Bawang, iaitu Cikgu Dolphina Alau Balang (Setiausaha Agung PLBS).

Kesempatan ini saya tidak sia-siakan, sanggup terbang dari Kuching-Miri ke Lawas, dan pacuan empat roda ke Long Semadoh semata-mata menyahut panggilan, "To reintroduce and revive Tapi'" ini. Ekoran daripada misi di Long Semadoh, Lawas, Presiden Persatuan Kebudayaan Lun Dayeh Sabah, Datuk Pengiran Lalung, menjemput saya pula untuk membuat persembahan di Irau Persatuan Kebudayaan Lun Dayeh Sabah, di Sipitang.
Irau Rayeh Lun Dayeh Saabah-Sipitang, 2019
Dan akhirnya, pada 1hb Jun 2019, buat julung-julung kalinya, Tapi' alat musik dua string dari suku Lun Bawang/Lun Dayeh telah dipersembahkan di pentas utama Irau Aco Lun Bawang Sarawak. Pengerusi Malam kebudayaan, Saudara Petrus Lasung menegaskan kepada saya, tahun ini kita mahu "highlight" kan Tapi' ini didalam persembahan malam kebudayaan dan juga sebagai musik latar untuk setiap aktiviti sepanjang Irau Aco Lun Bawang Sarawak 2019. Istimewanya, saya bukan keseorangan di atas pentas utama, serta diiringi oleh para penari tradisi Lun Bawang yang diketuai oleh kanid saya, Serlin Sakai.
Hezekiah sebelah kanan dengan Tapi' dan Saudara Peter LG Balat Tau FM sebelah Kiri
dan diiringi penari Busak Ilai di bawah Bimbingan Kanid Serlin Sakai
di pentas Irau Aco Lun Bawang Darawak 2019
Penampilan, saudara Hezekiah Asim di pentas bersama-sama dengan saya juga satu "moment" yang penting kerana dia lah yang bertanggung jawab didalam mendorong saya meneruskan perjalan "to reintroduce and revive" Tapi' ini. Teman setia yang memperjuangkan musik-musik Lun Bawang/Lun Dayeh, saudara saya, yang lebih dikenali sebagai Peter LG Bala Tau FM dengan keterampilannya nya yang unik dan bersahaja menjadikan persembahan pada malam tersebut menjadi satu mercu tanda kelangsungan Tapi' ini dikalangan suku kaum nya sendiri, Lun Bawang. Diharapkan ianya bukan berakhir di sini tetapi sebuah permulaan perjuangan untuk menghidupkan kembali dan memperkenalkan Tapi' di mata dunia.



Hidupkan Harapan dan Impian arwah Cikgu Meechang Tuei

Harapan saya untuk melihat Tapi' ini benar-benar akan diperkenalkan kembali dan dihidupkan seangkatan dengan alat-alat musik traditional yang lain.
Impian saya, ramai yang akan memiliki, mempelajari dan mempersembahkan Tapi' ini di masa-masa yang akan mendatang  supaya ini akan menentukan kelangsungan alat musik tradisi ini.

Dan saya percaya, kalau Arwah Cikgu Meechang Tuei masih ada, sudah pasti dia akan sama-sama memastikan harapan dan impian ini tercapai.


Itu lah pendorong utama saya ingin terus
"reintroduce and revive" Tapi' ini.

Terima kasih Guru Meechang...salute!!!

Koleksi Tapi yang siap dibuat dan bebeeapa alat musik Tradisioanl Lun Bawang/Lun Dayeh
Pek Bu dan Uni disamping "Rain sound bamboo".

Monday, July 29, 2019

"Ui Sikel nani bang niat ku" (How Great Thou Art)


Pemandangan Batu Lawi dari puncak Gunung Murud
Batu di kebun batu Gunung Murud


Batu Lawi

Batu Lawi





Batu Lawi




Kebun Batu, Gunung Murud









"1. O Tuhan ku, ui pelaba mawa
Nier amung- amung luk inau' Allah
Kareb ui nier amung gituen merasat,
idi lalud Mu bang amung pudut,

Ui sikel nani bang niat ku
Tuhan Allah, Ryeh tu-tu
Ui sikel nani bang niat ku
Tuhan Allah , Rayeh tu-tu

2. Kareb ui nalan bang pulung ini
idi ninger amung suit nani
kareb ui luun pengkung luk medita'
ninger uni amung bued abpa'

3. idi kereb ui ngerawe Anak Mu
Luk bire Mu ngeceku sala ku
luk mabeh sala' luun kayuh tepalang
idi ngutang dara' luk Meligan

4. Kareb Keristus macing ac muci
sikal nguit demulun Neh muli
ui sikal munel idi sembayang
idi pebala , "Rayeh tu Tuhan."



Dalam bahasa Lun Bawang, sebuah lagu kemenangan iman, kalau di dalam bahasa Inggerisnya, "How Great Thou art".
Apabila saya berada di puncak gunung Murud dan melihat keindahan bumi ciptaan yang empunya bumi ini, saya merasakan lagu tersebut lebih bermakna dinyanyikan dipuncak gunung ini di kawasan yang terbuka berbanding dengan melaungkan nya didalam gedung gereja yang tertutup dan yang kita nampak hanya skrin besar pojek kan lirik lagu, para pemuzik, jemaat gereja yang lain dan kedinginan penghawa dingin.

Apabila terkenangkan situasi sedemikian, barulah saya sedar bahawa "Laungan How Great Thou art" itu hanya sekadar laungan tanpa pengalaman sebenar melihat, merasakan dan meresponi secara spontan, "How Great thou art"!.

Berdirinya saya di puncak gunung Murud ini, dengan kehijauan pepohonan, biru lautan awan dan teguhnya batuan, saya diingatkan betapa kecilnya saya, manusia yang Tuhan ciptakan khusus menurut gambaranNya dengan harapan pada awalnya untuk menjaga dan memelihara (Kejadian 2:15) ciptaan si empunya bumi ini.

Setelah melaungkan "How  great Thou art", saya meresponi dengan hati yang penuh dengan ucapan syukur kerana kebesaran, keperkasaan, kekuasaan Nya dapat saya rasakan dengan melihat ciptaan Tangan Nya disekeliling saya ketika itu.Tiada yang dapat mengatasai kehebatan kejadian ini. Hanya berfirmanlah DIA, segala sesuatu di bumi ini telah dijadikan Nya.

Sebagai gantinya akan keajaiban ciptaan Tangan Nya, selayaknya lah hidup ini memuliakan Nya dengan memelihara apa yang telah Dia jadikan kepada kita. Hutan, Batuan, gunung-gunung dan lembah, serta semua yang hidup, selayaknya menerima pelayanan daripada kita supaya ia akan terus kekal ada untuk menyatakan KEMULIAAN NYA kepada kita manusia ini.
Kerana semua yang telah diciptakan dan bernafas memuliakan Tuhan yang memberi kehidupan ini.

Mari kita amalkan gaya hidup Hijau, iaitu hidup dengan penuh kesederhanaan. (Keep Green Lifestyle)