4hb Januari 2016, merupakan hari pertama persekolahan, bagi anak-anak yang baru masuk sekolah, ataupun masuk tahun pertama, ada yang sangat teruja dan ada juga yang sangat takut.
Bagi yang dah masuk ke tahun seterusnya, ada yang tak sabar-sabar untuk masuk ke tahap seterusnya dan ada pula yang sangat payah melepaskan diri dari cuti yang panjang itu.
Ibu bapa sudah pasti merupakan insan yang sibuk mempersiapkan segala keperluan anak-anak bersekolah ini. Saat inilah Sesamamu terkenangkan akan keluarga yang serba kekurangan didalam menyediakan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan yang baru ini.
Kalau lebih dari seorang anak....
Kalau anak tu seorang, mungkin belanja menyediakan semua keperluan persekolahan ini tidak begit terasa, tetapi kalau satu keluarga itu mempunyai 2 dan lebih anak yang ke sekolah, sudah pasti keluarga yang serba kekurangan ini merasakan beban perbelanjaan awal tahun persekolahan ini.
Ikuti perkiraan mudah ini:
Sepasang pakaian sekolah : RM40
sepasang kasut (Termasuk stokin): RM35
Bag sekolah :RM50
Alat Tulis : RM30
Buku latihan : RM30
Yuran Persekolahan :RM80
Anggaran Kasar Perbelanjaan awal persekolahan seorang :RM265.00
Diatas adalah perbelanjaan untuk seorang, kalau dua orang RM530 dan kalau lima orang, RM1,325.00, wow! Satu perbelanjaan permulaan yang sangat besar jumlahnya bagi keluarga yang serba berkurangan ini.
Berbalik kepada kita, dan apa yang kita dapat lakukan? Pasti ada perkara yang kita dapat lakukan atau perbetulkan, mungkin didalam sistem ekonomi?, sistem pendidikan? sistem pentadbiran?...ada caranya...
Selamat bersekolah!
sesamamu
Monday, January 4, 2016
Sunday, January 3, 2016
Selamat hari jadi
Selamat tahun baru...dan selamat hari jadi Sesamamu:
Emm...selalunya, dihari lahir kita, ia merupakan saat saat yang kita nantikan. Merupakan satu hari kita dapat mengenang kali akan kelahiran kita didunia ini. Kalau boleh, ia harus diraikan dengan meriah.
Terutama ketika kita masih kanak-kanak lagi. Yang membuat kita teruja ialah, untuk menerima hadiah pemberian dihari lahir kita. Dan sudah semestinya, yang terbaik menjadi harapan kita.
Melihat akan kelahiran Sesamamu 43 tahun yang lepas, apakah harapan Sesamamu?
Soalan tersebut membuat Sesamamu cuba untk mencari sesuatu untuk "dihadiahkan" kepada diri sendiri...
Mencari Hadiah dihari lahir ku...
Pergi ke semua pasaraya yang ada di Kuching. Cuba mencari dan senarai benda yang Sesamamu ingin miliki menjadi panduan untuk dibeli sebagai hadiah. Akhirnya, tiada satu pun yang dibeli dan pulang dengan tangan kosong!
Dan Sesamamu terkenang dengan anak-anak buah, yang pasti memerlukan sedikit sokongan kewangan untk membeli barang sekolah mereka. Dengan tidak membuang masa, Sesamamu mengirim wang melalui pemindahan secara atas talian. Dan akhirnya, semua mereka dengan gembiranya membeli apa sahaja keperluan sekolah dengan sedikit wang yang di berikan itu.
Melihat akan wajah riang dan gembira si anak anak kecil ini, Sesamamu rasa puas hati, dan sekaligus menemukan apakah erti hari jadi kali ini! Ia bukan soal apakah hadiah yang bakal kita terima, tetapi, ia tentang, " emas perak aku tak punya, tapi apa yang kupunyai, ku berikan...". Pengalaman ini sangat mengajar dan meninggalkan kesan kepada Sesamamu.
Jadi, dihari lahir mu, selain menerima banyak ucapan di FB atau beratus "like", apa kata, sambut ia dengan "MEMBERI" dan bukan tentang menerima semata-mata. Sesamamu sudah cuba dan merasakan kepuasannya....
Apapun, terima kasih keatas semua ucapan dan doa dihari lahirku. Sesamamu dorongkan, dihari lahirmu kelak, cuba memberi....pasti anda merasakan kepuasannya.

Thursday, December 31, 2015
2016: Korbankan PEMBANGUNAN demi KEHIJAUAN
Menjelang tahun yang baru ini, sudah pasti, ramai daripada kita siap sedia melancarkan resolusi ataupun azam untuk ditahun yang baru ini. Sudah pasti, azam untuk mendapat kesihatan yang baik menjadi azam yang paling popular ataupun ditempat yang pertama didalam azam tahun baru, dan seteusnya diikuti dengan azam ingin menguruskan badan! ataupun azam untuk menjadi senang(Kaya raya).
Bagaimana dengan anda? Apa azam ditahun baru ini?
Izinkan sesamamu untuk memesongkan sedikit "radar azam" yang kebanyakan menjurus atau berpusat kepada diri sendiri, kepada azam yang mengambil peduli akan kepentingan sejagat. Iaitu, "mengorbankan PEMBANGUNAN demi KEHIJAUAN".
Maksud azam ini;
1. Kita cuba berfikir supaya tidak berpusat kepada diri kita sendiri.(Think others)
Dalam erti kata lain, "mementingkan diri sendiri". dan tidak memikirkan tentang orang lain. Sekiranya kita memikirkan orang lain, kita akan menanam semangat kekitaan sesama kita manusia. Dengan ini, pembangungan yang tidak seimbang yang terus memusnahkan alam semulajadi dengan rakusnya dapat dielakkan.
2. Kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.(Simplicity)
Korbankan PEMBANGUNAN ini juga bermaksud, kita hidup dalam kesederhanaan dialam semua aspek kehidupan kita. Baik dari segi pemakanan, pemakaian, dan kepenggunaan gajet yang terkini di pasaran, sudah pasti akan membantu mengurangkan kepesatan pembangunan aspek kehidupan ini serta memberi ruang kepada kehidupan kehijauan flora dan fauna.
3. Mengagumi keindahan ciptaan Tuhan.(Embrace)
Selain daripada peka kepada bencana alam yang berlaku, apa kata kita fokus kepada keindahan ciptaan alam semujadi dan isi nya, ciptaan yang maha esa. Cuba ba
ik ke pendalaman seberapa kerap ataupun meneroki ciptaan Tuhan seperti gunung-ganang, lautan, sungai dan lembah lebjh kerab pada tahun ini. Dengan cara ini, kita sedar betapa kerdilnya kita ini, salah satu ciptaan NYA yang agung it. Dalam erti kata lain, MENGKAGUMI ciptaan NYA dalam keadaan sederhana yang mampu.
4. Kitar guna semula (Recycle)
Kitar guna semula harus bermula dengan sikap diri kita sendiri terlebih dahulu. Melihat semua benda yang kita gunakan harus dikitar semula. Dengan itu, kita berusaha untk mempunyai "items" yang digunakan untuk kitar semula.
Jadi lengkap sudah cara kita untuk menjadikan azam "KORBANKAN PEMBANGUNAN DEMI KEHIJAUAN" Untuk tahun 2016. Cuba! mana tahu azam kita ini akan menyumbang kepada pengurangan pemanasan global? mana tahu kan?

Monday, October 12, 2015
Masih 70% milik mereka tu...
70% masih milik mereka itu yang sesamamu maksudkan ialah, kerajaan BN yang akan kekal kan kuasa kerana ada 70% rakyat di luar bandar menjadi penyumbamg besar kepada "fixed deposit" dalam poket kerajaan yang memerintah, BN.
Perbualan sepanjang jalan ke lapangan terbang Bintulu bersama pemandu teksi tadi memberi satu gambaran jelas kepada Sesamamu setelah mendengar dan membuat pemerhatian sepanjang trip ini.
Dan tidak hairan lah, daripada perdana menteri, sehingga ke Timbalannya malah Menteri Belia juga datang dan akan datang ke Sarawak akhir-akhir ini.
Kalau di Tanah Semenanjung, pergolakan dalaman parti UMNO sedikit sebanyak telah membuat konco-konco PM Najib tidak duduk senang. Jadi untk mengekalkan genggaman mereka ke atas Malaysia, Sarawak lah kubu terakhirnya!
Memandangkan Sarawak akan menghadapi pilihan raya umum tahun depan, jadi, inilah masa yang sesuai bagi kerajaan yang memerintah masa ini menaburkan semua janji janji mansi dan projek yang hebat kepada penduduk Sarawak.
Sudah menjadi amalan pilihanraya umum, menjelang sahaja PRU, inilah masa untukdatang melawat tunjukkan muka beserta bakul penuh dengan "hadiah".
70% sudah pasti diberi untuk mereka terus kekal diatas sana. Dan hasil daripada 70% yang seia ini, 100% menanggung satu lagi penggal bergelap tiada elektrik, tiada air bersih dan membayar harga yang tinggi untuk kelangsungan hidup mereka.

Politik "projek"
Mendengar dan berbual dengan seorang pemandu teksi 20 minit tadi membjat Sesamamu berfikir mengenangkan nasib orang Sarawak.
Hari ini, dan ketika ini, keadaan politik di Malaysia secara khususnya di Semenanjung sangat tidak menentu. Pergolakan dalaman parti Politik yang memerintah terutamanya masalah dalaman UMNO membuat pemimpin yang memerintah kerajaan ketika ini sangat goyah. Dan memandangkan situasi ini akan menentukan riwayat politk mereka akan berakhir, semua terarah ke Sarawak.
Dari Perdana menteri, timbalannya yang baru itu serta menteri-menteri yang lain, malah menteri yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal Belia juga sudah dan akan datang ke Sarawak LAGI!!!
Kenapa?
1. Pilihan raya umum Sarawak akan menjelang tidak lama lagi.
2. Untuk mengekalkan berkuasa kerana hanya segelintir orang Sarawak yang masih setia kepada dacing.
3. Menaburkan janji dan projek pilihanraya, projek bermusim, 5 tahun sekali.
4. Memujuk Sarawak kekal undi mereka. BN
Tetapi, pada hakikatnya, ini semua hanyalah politk projek, yang datang pada musim pilihan raya umum sahaja. Dan, setelah pilihan raya, yang terus miskin dan merana ialah rakyat yang setia bangang yang takut "mali", ngelaban perintah!

Subscribe to:
Posts (Atom)