"Berilah keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, belalah hak orang sengsara dan orang yang kekurangan!"
Kali ini saya mulakan dengan petikan ayat dari Mazmur 82:3 ini. Di dalam mazmur ini, Tuhan dengan jelas menuntut keadilan dari umatnya, orang yang dipanggil pengikutnya atau sebagai orang yang percaya kepada Nya. Kerana disitu adalah tumpuan Takhta Nya(Maz 98:14-15)
Minggu yang lepas, di dada akhbar tempatan telah memaparkan kenyataan daripada orang No.2 Polis negara kita yang menutup kes anak gadis kaum Penan yang dipercayai dirogol oleh pekerja-pekerja dari syarikat pembalakan. Kes ini telah disiasat setelah dilaporkan oleh NGO negara asing pada September 2008 yang lepas.
Kalau benar tidak ada mana-mana kes seperti yang dinyatakan oleh NGO luar negara tersebut, dan menurut jabatan Polis, kekurangan bahan bukti dan kesahihan tuduhan itu membuat pihak Polis memberhentikan dan menutup kes ini. Persoalannya, wajarkah kes ini ditutup begitu sahaja???
Apabila hal ini di persoalkan di dewan undangan negeri Sarawak, ada pihak yang melatah dan cuba ingin menjadi wira untuk menjawab balik segala persoalan ini. Kita tunggu dan lihat pada 17 Nov apa yang akan diterangkan mengenai kes ini.
Kalau ya pun tidak cukup bukti, kenapa pihak-pihak tertentu tidak mencuba dari awal lagi mengambil kira apa yang didedahkan oleh NGO ini dan pendapat orang-orang perseorangan atau pendapat daripada masyarakat peribumi ini sendiri. Saya pasti keadilan dan kebenaran itu ada di sana, tetapi...? Mungkin bukti-bukti tersebut telah ditutupi dengan "pengeras" yang telah ditawarkan sekaligus mengaburi "mereka ini"?
Keadilan itu sendiri memang sukar didefinasikan, tetapi apa yang kita mahu ialah satu kuasa penindasan tidak berlaku kepada hak-hak menanusian yang kita miliki yang Tuhan sediakan.
Apa-apapun, kalau seorang itu benar-benar pengikut Dia yang sejati, percaya kepada Tuhan yang satu itu, dia pasti tahu apa yang dituntutkan oleh Tuhan daripada kita. Kita tidak mahu menjadi orang percaya yang mementingkan diri sendiri dan mengutamakan "diri kita sendiri sahaja masuk syurga". Atau dalam bahasa lainnya "self center salvation".
Kenapa? Orang lain tidak perlu masuk syurga kah?
Oi!!! fikirkan lah sesamu juga...
Whatever happen to this Penans, whether they get back their right or received Justice or not...we should continue to pray for them, may God give them an extraordinary strength to go through 'this rugged cross'...
ReplyDeleteI call it "Penan crossing the rugged cross"...Jesus said in Matthew 26:39:.. O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou wilt.----I want the Penan to be able to pray this prayer. Let the will of God be prevail..
MUNGKIN sebelum ini ramai rakyat malaysia bahkan kita sendiri pribumi sarawak tidak sedar atau tidak ambil peduli tentang keujudan kaum ini. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini bila mana ramai yang membuka mata apabila kita digemparkan dengan trajedi ROGOL(yang masih diragui kesahihannya.Maka ramai lah orang yang mengelar diri mereka masyarakat prihatin mula menghulur bantuan malah ada juga cuba menjadi HERO dengan mengelar diri mereka pembela bangsa penan. Cuma apa yang kita harapkan mereka benar berjuang atas nama kemanusiaan dan bukannya meneguk di air yang keruh. Mendapat kemegahan di atas kesengsaraan orang lain. Apa yang diharapkan semoga kaum Penan juga akan mendapat seteguk rasa kemewahan sebagai mana rakyat Malaysia yang lain. Semoga Tuhan memberkati mereka yang benar.
ReplyDelete