sesamamu

Sunday, November 29, 2009

Segala yang dijadikan Nya itu sungguh amat baik...

"Dewasa ini kita sering merayakan,
kejayaan yang akhir nya membinasakan,
apalah gunanya kematangan fikiran,
jika dijiwa kita masih lagi muda

dan mentah, ku lihat HIJAU..." (Zainal Abidin-Hijau)


Maka TUHAN melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik...

Dalam penerbangan pulang dari Mukah ke Kuching dengan menggunakan "Twin otter", saya mengambil kesempatan melihat pemandangan yang indah dari atas. Wah!, walaupun selalu datang ke Mukah menggunakan kapal terbang, ini buat kali pertamanya saya mengagumi benar bumi yang diciptakan Tuhan kepada kita. Ayat dari Firman Tuhan di atas (kej 1:31) bermain difikiran saya sepanjang penerbangan tersebut.


Tetapi pandangan saya tersertak seketika, apabila melihat satu bahagian hutan yang telah diterokai dan "botak", sama ada ia perbuatan pembalak haram ataupun pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit yang terlibat di dalam projek "SCORE".  

Jadi apa kaitannya dengan sesamamumanusia kali ini?

Beberapa minggu yang lepas, saya berkesempatan melawat orang utan di "semengoh wildlife centre"(SWC). Apa yang menyentuh hati saya ialah, spesis in semakin pupus di hutan kita dan di SWC sahaja hanya ada 29 ekor yang ada di sana. Apa yang menjadi keraguan saya ialah, jika hutan kita semakin diterokai demi nama pembangunan, spesis ini akan pupus dari muka bumi kerana habitatnya rakus diancam dan anak-anak kita ataupun generasi-generasi yang akan mendatang hanya mengenal orang utan melalui gambar dan bukannya secara "life" seperti yang saya alami hari tersebut. Mahukah kamu perkara ini berlaku kepada anak-anak anda kelak?



[29]  Berfirmanlah TUHAN: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.
[30]  Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian. (Kej 1)



Ayat di atas adalah TUHAN sendiri yang berfirman ataupun berkata, jadi tidak salah  kalau saya katakan, ini adalah tanggung jawab kita bersama, apatah lagi orang yang percaya Tuhan! Memelihara dan menjaga ciptaan Nya.



Saya sungguh bangga dengan usaha yang dilakukan oleh beberapa pelajar dari UPM serdang yang telah melakukan kampen menanam pokok yang mula pupus dan usaha ini adalah kesinambungan dari projek penanam pokok di UPM Bintulu.


Apakata gereja-gereja setempat juga berusaha untuk melakukan projek sedemikian! Tanam satu pokok, satu gereja(sekurang-kurangnyalah, tapi satu pokok seorang kan bagus). sekurang-kurangnya lah. Jangan hanya dengar dan merungut tentang keadaan perubahan cuaca yang mendadak dan tidak menentu. Merungut "ah..Hujan"...merungut "ah....Panas". Jadi kalau tahu Hujan kalau tahu Panas yang tidak menentu, HIJAU lah!!!!

Anda boleh mengubah nya...

No comments:

Post a Comment