sesamamu

Monday, November 2, 2009

Mereka Perlukan...

Ya, mereka perlukan anda, kita semua untuk mendalami dunia serba kekurangan ini. Apatah lagi kita yang dipanggil orang yang percaya ini. Ya, percaya kepada Tuhan yang satu, yang telah datang untuk menyelamatkan danmenyatakan kepada kita apa yang perlu kita buat untuk sesama kita manusia . Dan yang diberkati dengan berkat fizikal yang berkelimpahan...
Saya sungguh berbangga dengan apa yang dilakukan oleh 2 buah Universiti Swasta tempatan (Di Sarawak) yang telah mengadakan satu acara untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban mereka yang jauh di pendalaman Sarawak. kedua-dua usaha "pelajar-pelajar" ini boleh menjadi satu contoh yang hidup bagaimana, kita yang dipanggil seorang "pelajar Kristian" boleh melibatkan diri kita di dalam kerja-kerja kemasyarakantan ini. (Yang pasti persatuan pelajar universiti ini bukan dari persatuan pelajar Kristian). Tetapi mereka telah melakukan satu perkara yang "simple" dipandang mata tetapi sangat bermakna kepada mereka yang memerlukannya. Mereka menunjukkan kepada kita, bahawa kehidupan kampus selama 3-5 tahun bukan hanya sekadar untuk mendapat segulung ijazah/sijil sahaja tetapi ia akan lebih bermakna apabila melakukan sesuatu perkara yang boleh membantu mereka yang memerlukan pertolongan kita sesama manusia ini.

Jika kita sebagai seorang yang percaya tahu betapa setiap helah nafas kita adalah untuk memuliakan Tuhan, saya peasti apabila kita melakukan segala perkara itu , terutamanya untuk mereka yang memerlukan, pasti nama Tuhan sahaja yang dimuliakan.
[1 Kor 10:31] Aku menjawab: Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah.
Makan dan minum perkara asas yang kita buat....apatah lagi perkara-perkara lain yang kita lakukan untuk mereka yang memerlukan, dengan melakukannya untuk kemulian Tuhan, Nama Tuhan sahaja yang dimuliakan...Biar "simple" yang anda buat atau sumbangkan, ianya bermakna untuk mereka yang memerlukan ini.
lihat sekeliling mu...mereka perlukan kasih yang ada pada kamu itu...

Bukankah mereka juga selayaknya menerima kasih yang engkau alami itu? mereka juga memerlukan kasih itu bukan? mereka perlukan...
**************************************************************************************

Salah satu daripadanya...:
Curtin students raise funds for solar power project
Lucas Jalong Bato | Sun, September 27, 2009
MIRI: Curtin University of Technology Sarawak Campus students are aiming to raise RM6,000 for a solar power project in Ulu Baram via a musical event entitled ‘The Circus’ on Oct 18

www.theborneopost.com

1 comment:

  1. Tahniah kepada Miri City Caring Society (MCCS), Miris City Council dan Jabatan Kebajikan kerana telah mengambil satu langkah yang patut dicontohi oleh semua masyarakat kita disekitar Miri.

    Badan-badan NGO ini telah mengulurkan bantuan moral mahupun kewangan untuk meringankan beban sepasang suami dan isteri yang menyara 9 orang cucu mereka yang berumur diantara 3 ke 16 tahun.

    Apa yang pasti, Badan-badan NGO ini bukan dari badan atau pertubuhan agama.

    jadi, saya menyeru gereja-gereja setempat disekitar Miri sama-samalah menghulurkan bantuan ataupun setidak-tidaknya perhatikan sekeliling mu, mesti ada yang memerlukan huluran tangan mu. Jangan kita sibuk untuk membina dan membesarkan gereja kita, sibuk dengan menambah penghawa dingin di gereja kita, jangan hanya sibuk memikirkan jenis karpet dan warna yang sesuai untuk gereja kita, tetapi sibuk-sibukkan diri untuk lihat sekeliling m, jiran terdekat mu, sesamamu manusia yang memrlukan kasih itu.

    Tidak cukup dengan doa sahaja, tetapi dengan perbuatan sekali bah kan???

    renung-renungkan...

    ReplyDelete