Apakah erti Krismas ini seberanarnya? Ataupun persoalannya, dimanakah erti sebenar kita merayakan Krismas ini?
Di daerah itu ada gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. Lalu kata malaikat itu kepada mereka: "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud. Dan inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang bayi dibungkus dengan lampin dan terbaring di dalam palungan." Dan tiba-tiba tampaklah bersama-sama dengan malaikat itu sejumlah besar bala tentara sorga yang memuji Allah, katanya: "Kemuliaan bagi Allah di tempat yang mahatinggi dan damai sejahtera di bumi di antara manusia yang berkenan kepada-Nya." Setelah malaikat-malaikat itu meninggalkan mereka dan kembali ke sorga, gembala-gembala itu berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita pergi ke Betlehem untuk melihat apa yang terjadi di sana, seperti yang diberitahukan Tuhan kepada kita." Lalu mereka cepat-cepat berangkat dan menjumpai Maria dan Yusuf dan bayi itu, yang sedang berbaring di dalam palungan. Dan ketika mereka melihat-Nya, mereka memberitahukan apa yang telah dikatakan kepada mereka tentang Anak itu. Dan semua orang yang mendengarnya heran tentang apa yang dikatakan gembala-gembala itu kepada mereka.Tetapi Maria menyimpan segala perkara itu di dalam hatinya dan merenungkannya.(Lukas 2:8-19)
Di dalam petikan ayat yang diatas, saya rasa beberapa persoalan yang diketengahkan pada awal tadi dapat dijawab. Tetapi ada beberapa perkara yang ingin sesamamu kongsikan kepada kita pada kali ini.
Mungkin kita masih ingat "Mother Theressa"? Pada suatu ketika, ada orang bertanya kepadanya. "Kenapa anda melakukan perkara ini? Kerana ia merupaka satu perkara yang sukar dan sia-sia dimata manusia untuk menolong kanak-kanak yang tidak mempunyai sesiapa pun dan orang-orang kebuluran kemiskinan dijalanan?"
Lalu dia menjawab, " Ia, perkara yang saya lakukan ini nampak mustahil dan sia-sia, is seperti setitip air yang jatuh di tenagh laut, tetapi, saya percaya setitik air itu akan menghasilkan lautan yang luas."
Apabila difikirkan apa yang dikatakan oleh "Mother Teresa" itu, melakukan sesuatu perkara yang mungkin bagi kebanyakan kita adalah satu kesia-siaan, tetapi dia percaya sedikit yang kita lakukan kepada sesamamu, ia akan menghasilkan suatu perkara yang besar didalam kehidupan peribadi orang itu.
"Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa." adalah satu penyataan para malaikat kepada gembala-gembala pada saat itu.
Perkara yang kecil yang "Mother Teresa" lakukan itu adalah reflek kepada penyataan Malaikat itu tadi, "kesukaan besar bagi SEGALA BANGSA." SEGALA BANGSA dikongsikan kesukaan itu. Kerana talah lahir juruselamat itu, iaitu Tuhan Yesus Kristus yang sepatutnya dikongsikan kebahagian itu.
Mother Teresa tahu bagaimana membawa kesukaan itu kepada SEGALA BANGSA atau dalam kata lain, untuk semua orang, lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang serba kekurangan.
Tetapi, amat menyedihkan kerana dimasa sekarang, erti Krismas ini telah dikomersialkan. Bukan sahaja pasaraya-pasaraya serta gedung membeli belah, malah ada gereja-gereja setempat telah terikut-ikut dengan corak dunia merayakannya. Yang menyedihkan lagi, untuk melakukan ataupun mengingati orang yang tertindas, menderita kelaparan serta kesepian seperti yang dilakukan Mother Teresa ini jauh daripada hati kebanyakan jemaat digereja sekarang.
Gereja merayakan Krismas khas untuk AHLI EKLUSIF mereka sahaja. Seakan-akan ahli kelab golf yang eklusif sahaja yang layak merayakan Krismas di gereja-gereja.
Saya percaya, kalau Mother Teresa masih hidup sekarang, dia tidak berada di dalam gereja pada waktu Krismas ini, tetapi saya rasa dia ada dijalanan kota bersama mereka yang terpinggir daripada masyarakat pada waktu itu.Ataupun bersama-sama dengan "sister-sister"nya di gereja melayani mereka itu. Bukan kah itu erti Krismas sebenarnya.
Kerana Dia yang dilahirkan itu untuk SEGALA BANGSA. Maksudnya semua manusia yang diciptakan itu tidak terkecuali dikongsikan berita keselamatan itu dan merasakan erti KESUKAAN itu.
Mari kita sama-sama jadikan Krismas ini nanti sesuatu yang kita dapat benar-benar renungkan erti kedatangan Nya ke dalam dunia ini.
"Tetapi Maria menyimpan segala perkara itu di dalam hatinya dan merenungkannya". Lukas 2:19
Ya!, dihari ini juga, mari kita sama-sama merenungkan kedatangan Juruselamat ini dan juga renugkan peribadi kita tentang dimanakah erti Krismas yang sebenar didalam kehidupan kita.
Selamat menyambut erti Krismas yang sebenar dari sesamamumanusia...
walaupun Sesamamu juga dapat merasakan perjuangannya seperti itu, sia-sia, tidak berbaloi, bodoh dihapadan mata yang memerhati tulisan diblog ini, tetapi, setitik air itu lah yang suatu hari nanti menghasilkan lautan yang luas.
Merry Christmas 2009 idi Do Umak lak Beruh 2010 Kinanak. Tuhan ngeperuan nemuh bang pelayanan blog Sesamamumanusia inih.
ReplyDelete