Kali ini sesamamu akan berkongsi satu petikan daripada "Asian Reflection" Januari 2007.
sebuah surat daripada seorang balu dari Sudan yang berumur 23-tahun.
"Nama saya ialah Lydia. Suami saya telah terbunuh didalam satu serang hendap oleh puak pemberontak di kampung saya tahun yang lepas. Mereka telah membunuh banyak orang kampung dan membakar kebanyakan rumah di kampung saya ketika itu. Saya dapat melarikan diri dan sekarang tinggal di kem pelarian perang bersama anak saya, Joy. Dia berumur 2 tahun ketika ini.
Saya perlu berterus terang bahawa saya sentiasa berasa khuatir sepanjang masa, bila saya melihat anak saya, Joy apatah lagi keadaannya yang selalu sakit. Dalam masa yang sama, saya sebenarnya seorang Kristian dan saya mengakui yang saya amat menyintai Bapa kita yang di Syurga. Saya selalu bertanya kenapa banyak orang seperti saya, yang ditindas oleh kerajaan yang memerintah, mangsa peperangan, mangsa bencana alam terpaksa masuk tidur dengan perut yang kosong-kelaparan! Kenapa Bapa yang di Syurga tidak memberi makanan kepada kami? Bukan kah bangsa Israel di Perjanjian Lama diberikan manna? Saya juga berpendapat bahawa pada zaman moden ini, kerajaan, badan bukan kerajaan dan gereja-gereja di negara yang maju sepatutnya berkongsi berkat itu dan memberi makanan kepada kami?
Ataupun, adakah Kristian di negara-negara yang kaya ini khuatir tentang apa yang mereka makan dan pakai? (Rujuk kepada Mat 6:25-34). Saya rasa, kebanyakan daripada orang-orang Kristian di negara yang kaya raya tidak risaukan tentang makanan, tentang pakaian. Tetapi saya percaya, yang mereka risaukan ialah tentang kesihatan mereka dan bagaimana kekalkan kesihatan supaya jangka hayat tu panjang.
Saya berpendapat, jika semua orang Kristian yang hidup mewah dan berkecukupan ini benar-benar fokus kepada "mencari Kerajaan Allah dan kebenaran Nya" didalam hidup mereka dan kurang memikirkan untuk menambahkan wang-kekayaan mereka, saya berpendapat anak saya dan orang seperti saya tidak terus tidur setiap malam dengan perut yang kosong dan kelaparan.
Terus terang saya katakan, kadang kala apabila masuk tidur dalam keadaan yang tersangat lapar dan berdoa, saya rasa begitu sukar untuk menyanyikan salah satu lagu kegemaran kalian iaitu "God is good, all the time". Tetapi saya berjanji tidak akan salahkan Tuhan apabila saya tidak makan pada hari - hari tertentu."
Apa pendapat anda tentang surat tersebut? Lydia terus mencabar gereja-gereja Tuhan dan orang -orang Kristian supaya hidup didalam kesederhanaan. Perlu diingat, apabila kita melakukan "fund raising" untuk orang yang memerlukan, didalam cara yang sederhana, kita sebenarnya memancarkan keadilan Tuhan kepada semua orang.
Bagaimana Krismas anda? adakah anda ingin memberi ataupun menerima pemberian daripada orang lain? Bukankah Krismas itu adalah hadiah yang teristimewa daripada Allah kepada kita? DIA pedulikan kita, sehingga memberikan hadiah yang tiada nilainya, demi kasih, cinta dan sayangnya DIA kepada kita.
Jadi, mari kita fikirkan orang lain juga, mungkin kita boleh lakukan sesuatu untuk mereka yang memerlukan ini? Atau gereja kita buat rumah terbuka untuk orang-orang yang dijalanan kota, orang-orang yang lapar dijalanan...ya buat sesuatu yang berlainan untuk gereja setempat kita di hari yang mulia ini nanti. Bukankah aktiviti ini juga satu PENYEMBAHAN?
"hadiah juga penting, pemberi hadiah lagi penting ...sama-sama mempunyai kepentingannya!"
No comments:
Post a Comment