sesamamu

Monday, December 28, 2009

Setiap saat amat bernilai

Menghitung hari yang kian berlalu untuk kita mengucapkan selamat tinggal kepada 2009 dan selamat datang untuk lambaran yang baru 2010. Pasti banyak perkara yang ditahun 2009 yang kita akan ingati, terutamanya segala kenangan yang terindah. Tetapi bagi segala kenangan pahit yang kita lalui, pastinya akan menjadi satu panduan dan guru yang terbaik untuk kehidupan peribadi kita. Bagi kita yang percaya, saya pasti pelbagai acara telah disusun rapi untuk menyambut tahun baru di gereja-gereja setempat kita. Sesamamu rasakan pasti banyak gereja-gereja telah menyusun satu program yang terbaik untuk menyambut tahun baru 2010 kelak.

Sesamamu ingin kongsikan satu cerita yang boleh kita renungkan menjelang tahun baru 2010 ini.

Kisah ini menceritakan beberapa rakan Kristian kita yang membuat lawatan ke rumah kebajikan pesakit-pesakit HIV/AIDS. Pada satu hari, beberapa rakan Kristian melawat ke rumah kebajikan pesakit-peaskit HIV/AIDS. Mereka telah merancang program dan aktiviti yang menarik untuk penghuni-penghuni rumah kebajikan ini. Jadi, sepanjang mereka menjalankan aktiviti dan program yang dirancangkan, mereka dapat melaksanankannya dengan baik sekali, jelas terpancar kepuasan dan kegembiraan setiap penghuni di rumah kebajikan ini. Dan apabila sampai waktu rehat, penghuni-penghuni rumah kebajikan ini sibuk membuat hidangan untuk rakan-rakan Kristian kita yang datang melawat mereka. Setelah selesai jamuan minum ringan tersebut, rakan-rakan Kristian ini pun pulang dari tempat tersebut. Tetapi di satu sudut, ada satu pemandangan yang tidak menyenangkan, air yang dihidangkan kepada rakan-rakan Kristian kita tadi di rumah kebajikan itu langsung satu pun tidak tersentuh. Dalam ertikata lain, rakan-rakan Kristian kita "takut" untuk menyentuh Cawan minuman tersebut apatah lagi meminumnya. Tetapi sepanjang program dan aktiviti mereka di sana, rakan-rakan Kristian kita benar-benar ingin berkongsi kebaikan Tuhan Yesus Kristus kepada mereka.

Jadi, bayangkan anda perasaan anda sebagai seorang tuan rumah apabila tetamu anda langsung tidak menyentuh air minuman yang kamu sediakan?

Pengelaman sesamamu sendiri bersama-sama penghuni rumah kebajikan HIV/AIDS ini. Sesamamu dapat merasakan bagaimana mereka ini disisihkan oleh masyarakat kita pada masa sekarang. Mereka seakan-akan  orang yang berpenyakit kusta  yang disisihkan dan dipinggirkan oleh masyarakat seperti yang diceritakan di dalam Alkitab. Tetapi mereka adalah pesakit kusta zaman moden yang disisihkan masyarakat. Yang menyedihkan ialah orang-orang seperti kita-orang Kristian juga menyisihkan mereka dan mempunyai stigma terhadap mereka ini. Ya, sesamamu akui banyak masyarakat kita perlu diberi pendedahan dan pendidikan tentang pesakit HIV/AIDS ini supaya stigma ini dapat dikikiskan daripada sekarang. Kalau tidak dengan memahami akan apa yang "mereka" alami, bagaimana kita dapat menghapuskan perasaan was-was dan takut terhadap "mereka" ini dan bagaimana kita dapat melayani mereka?

Segar diingatan sesamamu seorang pesakit HIV/AIDS yang mengalami penderitaan akibat virus ini. Dia ada berkata,"sekarang setiap saat amat bernilai untuk saya. Dan esok belum tentu saya masih hidup lagi.".

Apabila sesamamu terkenang akan pesakit ini, sesamamu tahu betapa "mereka" ini kesunyian pada saat-saat yang mereka hargai.

Di ambang tahun baru 2010 ini, sesamamu ingin berkongsi akan cerita ini sebagai renungan kita yang percaya kepada Nya dan mengaku sebagai pengikut Nya.

Ikuti perbualan pemuda ini dan rakannya;

Sesamamu : Apa yang kamu buat untuk menjelang tahun baru ini?
Pemuda : Saya akan pergi berjumpa dengan seorang rakan.
Sesamamu : Eh, kamu tidak pergi ke gereja kah? bukankah gereja kita akan mengadakan satu kebaktian kesyukuran untuk tahun baru ini. Ya, ada banyak aktiviti telah dirancang seperti pujian dan penyembahan menyatakan kebaikan Tuhan sepanjang tahun ini, mendengar kesaksian kebaikan Tuhan di dalam kehidupan banyka orang dan kesaksian-kesaksian nyanyian pujian syukur dan yang paling ditunggu ialah saat mengira detik tahun yang baru.
Pemuda : Ya, saya sedia maklum akan semua aktiviti di gereja itu. Tetapi di ambang tahun baru ini, saya ingin membuat kelainan sedikit dan ingin kongsikan kepada orang yang AMAT memerlukan kebaikan Tuhan ini.
Sesamamu : Di mana?, Dengan Siapa? Bagaimana?
Pemuda : Saya akan pergi ke dataran merdeka dan merayakan tahun baru bersama seorang rakan saya dari rumah kebajikan pesakit HIV/AIDS. Saya akan menemankan dia dan membawa dia berjalan-jalan sambil "jalan-jalan cari makanlah'.
Sesamamu : Wah! tapi bukankah sepatutnya semua orang yang percaya mesti pergi ke gereja dan menyambut tahun baru dengan mengucapkan syukur akan kebaikan Tuhan didalam kehidupan kita. Ia sebagai penyembahan kita berikan kembali kepada kebaikan Nya sepanjang tahun yang sudah dan tahun yang baru.
Pemuda : ya saya tahu itu. Tapi bukankah melayani sesamamu manusia juga merupakan satu penyembahan yang sejati? Bagi saya, lebih baik untuk saya menemani rakan ku ini yang belum pasti akan hidupnya keesokannya. Lagi pula, mereka ini benar-benar kesunyian kerana pada hari ini lah mereka memerlukan orang bersama-sama dengan mereka. 
Bukankah itu satu pelayanan juga kalau kita bersama-sama meraikan tahun baru ini nanti bersama-sama dengan mereka?
Sesamamu : Yalah kan. Tapi gereja sudah buat program untuk tahun baru ini.
Pemuda : Program untuk sesama kita sahaja lah tu. apakata untuk SESAMAMUMANUSIA????

1 comment: