sesamamu

Monday, January 25, 2010

Aktifkan Iman mu

Perhatikan demikian, bahawa tidak memadai hanya mempunyai iman. Iman yang tanpa perbuatan yang baik adalah sama sekali bukan lah iman yang sebenarnya - ianya mati dan tidak berguna.
Ini adalah petikan daripada Yakobus 2:17 terjemahan New Living Translation (NLT). Sungguh jelas apa yang dinyatakan didalam petikan keseluruhan ayat ini yang berkaitan dengan iman. Malah kita selalu dengar orang selalu berkata "iman tanpa perbuatan adalah mati".

Jadi persoalannya, kenapa mesti ada perbuatan yang baik itu untuk menyatakan iman tidak mati? Tidak cukupkah dengan iman yang kita ada ini? Jadi, kenapa mesti mahu iman itu terus Hidup?



Untuk menjawab semua persoalan tersebut, "Sesamamu" dapat merasakan surat kedua Rasul Petrus - 2 Petrus 1:3-11 mungkin dapat membantu kita lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan pengaktifan iman kita itu. Rasul Petrus menyatakan 7 perkara atau perbuatan kita orang yang percaya kepada Nya untuk kita mengaktifkan Iman kita secara langsung. 7 perkara tersbut seperti; Kebajikan, Pengetahuan akan Dia, Penguasaan diri, Ketekunan, Kesalehan, Kasih kepada saudara seiman, dan kasih kepada semua orang. Dengan kesemua perbuatan ini ada, kita sebenarnya mengaktifkan iman percaya kita dan pengetahuna kita kepada Dia semakin bertambah.


Di dalam masa satu minggu yang lepas setelah "Sesamamu" memaparkan cerita tentang bencana gempa bumi yang berlaku di Haiti dua minggu yang sudah, "Sesamamu" dapat dorongan daripada cerita-cerita yang berlaku di Haiti. Cerita kemanusian yang menonjolkan Iman mereka yang teguh malah aktif walaupun dalam keadaan yang amat sukar ketika ini.Perkara-perkara yang mungkin mustahil bagi manusia ketika itu, menjadi satu perkara yang luar biasa berlaku. Manusia sejagat secara umumnya mula menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa di Haiti ini. Ini telah memberi sedikit harapan kepada mereka yang di dalam kesusahan angkara gempa bumi ini. Malah ada kedengaran dibeberapa pinggir kota yang hancur musnah itu, beberapa mangsa gempa bumi yang terselamat menaikkan pujian dan syukur kepada Tuhan malah tidak kurangnya terus mendoakan keadaan setuasi mereka pada saat itu.


Jadi terlintas "Sesamamu" tentang dorongan dan satu cabaran bagi kita yang berada di sini. Di bumi Malaysia-Sarawak khususnya yang hidup dengan aman dan damai ini. Apakah yang boleh kita sumbangkan ataupun yang kita boleh berikan kepada mangsa bencana alam di Haiti ini? Ada seorang teman memberi komen kepada "Sesamamu" dengan nada bergurau berkata..." kalau kita di Sarawak kena gempa bumi, mungkin baru kita faham,  baru kita sedar mahu tolong orang kan?". Apabila difikirkan, mungkin ada juga kebenarannya, tetapi tidak lah kita minta perkara yang sedemikian rupa berlaku kepada kita kan? Tetapi, walaupun ianya tidak berlaku kepada kita, kita sebagai orang yang percaya tahu apa tanggung jawab kita. Perkara yang paling "simple" mungkin kita boleh buat ialah, Berdoa untuk mereka yang dilanda bencana alam ini. Mereka memerlukan sokongan doa daripada orang yang seiman dengan mereka untuk mendorong, menguatkan iman mereka malah menghiburkan mereka pada saat ini. Dianggarkan, lebih 60,000 kanak-kanak menjadi anak-anak yatim -piatu selepas kejadian ini. Tidak lah "Sesamamu" mendorong kita mengambil anak - anak ini sebagai anak angkat, tetapi cukup dengan  mendoakan nasib kanak-kanak ini. Ingat mereka di dalam doa dan serahkan hidup mereka di dalam tangan Tuhan di dalam doa kita. Di beberapa negara besar seperti US dan UK, ada ramai kanak-kanak ini yang telah diangkat oleh beberapa keluarga baru sebenarnya. Dan ini adalah satu contoh bagaimana iman yang ada dalam diri orang yang percaya Tuhan itu diaktifkan.
Jadi, bagi kita yang senang lenang di sini, perbuatan mengingatkan mereka, cuba merasakan kesengsaraan hidup mereka mungkin merupakan satu perbuatan yang"simple' tetapi "Sesamamu" rasa dapat mengaktifkan iman kita. Cuba kita periksa kembali buletin gereja kita, terutama di dalam kolum "Perkara doa". Apakah antara isi-isi perkara doa untuk gereja kita sepanjang minggu? Ada tak tertulis di sana berdoa untuk mereka yang di Haiti? atau berdoa untuk rakan-rakan seiman kita yang di Semenanjung berkenaan penggunaan perkataan "Allah"? Ataupun perkara doanya "Berdoa untuk ahli gereja kita supaya iman mereka teguh atau berdoa untuk tabung kewangan pembangunan gereja kita...? Kita sama-sama periksa lah buletin gereja kita. Ya bukan tidak boleh berdoa untuk menguatkan iman peribadi kita, berdoa untuk Tuhan memberkati tabung kewangan pembangunan gereja kita, tetapi bukan kah lebih baik kita ingat orang lain dahulu, sesamamu manusia dahulu? Dan bukankah ini yang dikatakan di dalam surat Yakobus itu tentang iman itu? Kalau kita lihat doa Bapa kami, jelas tentang doa kita untuk sesama kita manusia. "Berilah kami hari makanan kami yang secukupnya..." begitu doanya...bukan "berilah saya hari ini, makanan saya yang secukupnya..." 

Perhatikan Lagu Bapa kami ini... 

Bapa kami

Bapa kami yang disyurga
Di kuduskan lah Nama Mu
Datanglah kerajaan Mu
Jadilah kehendak Mu
Di Bumi seperti di Syurga

Berikan lah kami hari ini
Makanan kami yang secukupnya
Dan ampunilah akan kesalahan kami
Seperti kami mengampuni orang lain

Sungguh indah doa ini ya Tuhan ku
Mengajar kami mengenali Kerajaan Mu
Yang bertakhta keatas keadilan, kebenaran
Kasih anugerah dan kerendahan hati


Oleh itu, kita sama -sama aktifkan iman yang sudah ada pada kita. Iman itu telah kita miliki. Kerana iman itulah yang menyelamatkan. Hanya terpulang kepada kita untuk mengaktifkan iman kita supaya terus berhasil dan mengetahui pengenalan akan Dia.
[8]  Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah (Efe 2:8)

Jadi....Untuk aktifkan iman anda...ada 3 code yang "sesamamu' boleh kongsikan hasil daripada meditasi ayat Lukas 7:1-10 (Tentang seorang perwira yang meminta pertolongan daripada Tuhan Yesus supaya menyembuhkan hambanya yang sakit tenat itu)
 
[7:1]  Setelah Yesus selesai berbicara di depan orang banyak, masuklah Ia ke Kapernaum.
[2]  Di situ ada seorang perwira yang mempunyai seorang hamba, yang sangat dihargainya. Hamba itu sedang sakit keras dan hampir mati.
[3]  Ketika perwira itu mendengar tentang Yesus, ia menyuruh beberapa orang tua-tua Yahudi kepada-Nya untuk meminta, supaya Ia datang dan menyembuhkan hambanya.
[4]  Mereka datang kepada Yesus dan dengan sangat mereka meminta pertolongan-Nya, katanya: "Ia layak Engkau tolong,
[5]  sebab ia mengasihi bangsa kita dan dialah yang menanggung pembangunan rumah ibadat kami."
[6]  Lalu Yesus pergi bersama-sama dengan mereka. Ketika Ia tidak jauh lagi dari rumah perwira itu, perwira itu menyuruh sahabat-sahabatnya untuk mengatakan kepada-Nya: "Tuan, janganlah bersusah-susah, sebab aku tidak layak menerima Tuan di dalam rumahku;
[7]  sebab itu aku juga menganggap diriku tidak layak untuk datang kepada-Mu. Tetapi katakan saja sepatah kata, maka hambaku itu akan sembuh.
[8]  Sebab aku sendiri seorang bawahan, dan di bawahku ada pula prajurit. Jika aku berkata kepada salah seorang prajurit itu: Pergi!, maka ia pergi, dan kepada seorang lagi: Datang!, maka ia datang, ataupun kepada hambaku: Kerjakanlah ini!, maka ia mengerjakannya."
[9]  Setelah Yesus mendengar perkataan itu, Ia heran akan dia, dan sambil berpaling kepada orang banyak yang mengikuti Dia, Ia berkata: "Aku berkata kepadamu, iman sebesar ini tidak pernah Aku jumpai, sekalipun di antara orang Israel!"
[10]  Dan setelah orang-orang yang disuruh itu kembali ke rumah, didapatinyalah hamba itu telah sehat kembali.

i. Hubungan 
- Baik hubungan kita dengan Tuhan mahupun hubungan kita dengan sesama kita manusia.
ii. Kerendahan hati
- Mempunyai hati seperti seorang kanak-kanak kecil yang Tuhan Yesus perumpamakan memiliki kerajaan Syurga itu 
iii. Pengakuan akan kekuasaan Tuhan  
- Pengakuan kekuasaan Nya didalam hidup kita setiap saat dan ketika.

Semuanya ini dapat kita belajar daripada  petikan cerita tersebut. Kita boleh baca dan renungkan.
















Sunday, January 17, 2010

Katakan TIDAK kepada "Uu-Ii"

Adakah kerana keistimewaan yang Tuhan berikan kepada kita(S'wak dan Sabah dalam hal penggunaan perkataan "Allah") dan keadaan yang senang lenang(Jauh daripada malapetaka bencana alam) ini membuat kita orang yang percaya kepada Tuhan Yesus itu mempunyai mentaliti tidak mahu ambil kisah tentang orang lain atau dalam ertikata lain,"U-u-I-i" di dalam peribadi dan gereja-gereja Tuhan sekarang? 


Pada 12 Januari yang lepas, kita dikejutkan dengan satu bencana alam yang amat dahsyat yang menimpa Negara Haiti. Gempa bumi bermagnitud 7.0 skala rektor yang  telah membawa kemusnahan yang amat sangat kepada Negara tersebut. Menurut sumber kerajaan Haiti, 90% Negara Haiti telah ranap teruk akibat gemba bumi tersebut. Bangunan-bangunan serta rumah-rumah ranap sama sekali menyembah bumi. Dan setakat hari ini dipercayai lebih 200,000 orang yang terbunuh dan masih banyak lagi yang terperangkap di bawah runtuhan. Dianggarkan lebih kurang 300,000 orang kehilangan tempat tinggal dan bagi yang terselamat begitu ramai yang memerlukan makanan dan bekalan perubatan. Menurut jurucakap UN di Haiti, ini merupakan malapetaka yang paling dahsyat yang pernah UN alami buat sekian lama. Kemusnahan yang teruk pasti akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan dan menjadi satu masalah yang besar bagi kerajaan Haiti untuk membangun semula segala infrastruktur yang sama sekali musnah.
Gegeran gempa bumi ini telah berlaku ditengah-tengah pusat bandaraya Haiti dan merupakan penyumbang utama kepada kemusnahan yang begitu dahsyat ini.  (gambar sebelah menunjukkan keadaan bandar Haiti yang musnah sama sekali akibat gegeran tersebut) 


Semalam, seorang kanak-kanak berumur 5 tahun telah dijumpai di bawah timbunan runtuhan setelah terperangkap selama 5 hari. Paling menghayat hati ialah, budak kecil tersebut terselamat didalam pangkuan ayahnya yang menggunakan badannya sebagai penghadang daripada timbunan konkrit daripada menimpa anaknya. Setelah anak tersebut dikeluarkan, dia terus mencari ibunya yang juga dipercayai masih hilang di bawah timbunan bangunan rumahnya. Dan ayahnya sudah lama mati sambil memeluk anaknya itu.

Pemandangan disekitar tempat kejadian sangat menghayat hati dengan mayat bergelimpangan dipinggiran jalan. Kebanyakan mayat dibiarkan begitu sahaja kerana tidak ada kemudahan bantuan untuk mengurus mayat-mayat manusia yang terkorban itu. Di satu kawasan, satu lubang besar telah dibina untuk menanam mayat-mayat yang terkorban in secara ramai-ramai. Lebih kurang 800 ke 1000 orang ditanam beramai-ramai. Dan ada juga mayat-mayat yang dibakar. Tetapi itu tidak cukup lagi kerana masih banyak lagi mayat yang belum diuruskan pengkebumiannya akibat kekurangan kemudahan bantuan yang sampai.
Hari ini, di dalam satu saluran Berita TV antarabangsa,  sekumpulan perempuan sedang menyanyikan lagu pujian Rohani untuk Tuhan, "Nyawa ku dibrikan bagi mu, apa kau bri pada Ku...", lagu tersebut berkumandang dinyanyikan sekumpulan wanita disekitar kawasan yang runtuh teruk itu. Sungguh menyedihkan suasana ketika itu ditambahkan lagi dengan nyanyian "hymn" tersebut. Tetapi menurut wartawan TV tersebut, "disetiap sudut kota itu, kita akan berjumpa sekumpulan mereka-meraka yang terselamat dan kehilangan orang yang tersayang menangis dan tidak kurangnya menyanyikan lagu-lagu keagamaan".

Apakah yang berlaku kepada ribuan kanak-kanak ini nanti yang kehilangan ibu bapa mereka di dalam malapetaka ini? "Sesamamu" pasti ramai kanak-kanak yang akan menjadi yatim piatu dan tidak ada tempat bergantung akibat bencana ini. Hidup mereka tidak menentu. Sana sini terdengar tangisan anak-anak mencari orang yang tersayang. Mencari ibu-bapa mereka yang hilang ditimbus konkrit-konkrit bangunan.

Bukankah anak-anak ini masih lagi memerlukan kedua ibu bapa mereka? Bagaimanakah kehidupan mereka selepas ini? Siapakah yang bersimpati kepada mereka ini nanti? Seribu satu persoalan bermain di fikiran "sesamamu".
"Ada orang yang ingin mengirim selimut dan makanan kepada mangsa bencana alam ini, tetapi saya perlukan wang anda saat ini. Sumbangan anda sangat saya perlukan pada saat ini yang berbentuk wang tunai. Perlu ingat, berbelanjalah dengan bijak kerana wang anda begitu bernilai pada masa sekarang". Adalah antara petikan kata-kata Bekas Presiden George Bush yang mengasaskan tabung kebajikan untuk mangsa-mangsa bencana gemba bumi di Haiti ini.
Apa kata kita sebagai orang Kristian di Malaysia? Adakah kita berminat untuk menyumbang wang ringgit kita untuk mereka ini ataupun mendoakan keadaan mereka yang kehilangan orang yang tersayang ini? "Sesamamu" yakin dan percaya, banyak gereja-gereja Tuhan di Malaysia ini prihatin kepada keperluan mereka ini. Kerana kita tahu tanggung jawab kita sebagai orang Kristien. Ataupun, kita hanya mendiamkan diri serta tidak mengambil kisah dengan apa yang berlaku di Sana. Aku-aku - engkau-engkau lah ataupun U-u-I-i lah. Itu masalah engkau! Bagaimana perintah yang paling utama itu?

Masih ingat cerita seorang Samaria yang baik hati itu?  Lukas 10:30-37 Apabila Tuhan Yesus bertanya kepada mereka tentang siapakah yang dikatakan sesama manusia itu? Lalu mereka menjawab; "Orang yang telah menunjukkan belas kasihan kepada orang Samaria itu". Dan Yesus berkata kepada mereka,"Pergilah dan perbuatlah demikian!"
Mereka tahu bahawa hukum yang terutama yang Tuhan Yesus maksudkan itu ialah mengasihi Dia dan mengasihi sesama manusia. Tetapi mereka masih persoalkan Tuhan Yesus apa yang patut dibuat. Adakah kita ingin menjadi seorang Kristien seperti ini? Tahu tapi pura-pura tidak tahu? Ataupun saja tidak mahu ambil kisah?

Jelas sekali perintah Tuhan Yesus kepada kita, "Pergilah dan perbuatlah demikian!". Di dalam konteks cerita orang Samaria yang baik hati ini Tuhan Yesus maksudkan kita "Pergi dan lakukan"...jelas menunjukkan apa yang harus kita buat untuk orang yang memerlukan bantuan daripada kita yang berkemampuan ini. Maksud "sesamamu" ialah, keadaan kita yang amat damai ini, jauh daripada malapetaka bencana alam yang jahat dahsyat ini. Jadi sepatutnya tanggung jawab kita menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan ini.

Kalau kita tidak mampu melakukannya secara perseorangan, saya pasti gereja-gereja setempat kita dapat mendorong jemaatnya terlibat bersama dengan menghulurkan bantuan, baik dari segi kewangan ataupun doa-doa orang yang percaya. Ianya bukan untuk mendapat populariti ataupun publisiti murah, tetapi Hukum yang paling utama yang kita orang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus harus lakukan. 
Bercakap tentang Populariti. Bukankah kerana kasih anugerahnya kita sudah popular??? Bukankah terang itu di dalam kamu kerana Aku adalah terang, jadi kita seharusnya menjadi terang seperti bintang yang menerangi langit yang gelap! Jadi, kita sebagai orang yang percaya ini sebenarnya telah dan sudah menjadi Bintang yang terang itu. alam erti kata lain, sudah popular pun, tapi kita yang tidak mengakui akan kita ini "STAR" ataupun secara tidak langsung tidak mengakui terang itu sudah ada didalam kita.(Bahaya ni- kerana Dia kata "Aku adalah terang dunia"). Lagi pula bagaimana terang yang terletak di kota yang tinggi itu dapat disembunyikan??? Kan kita ini dipanggil untk menjadi terang???




"Sesamamu" percaya bahawa pada hari-hari kebaktian ahad pada minggu-minggu yang akan mendatang lebih banyak gereja-gereja Tuhan akan memperuntukkan untuk mengadakan persembahan Khusus untuk mangsa bencana alam di Haiti ini nanti. Bukan gereja-gereja, malah apa-apa jenis pertubuhan Kristien, baik di kampus, sekolah dan tempat kerja akan melakukan tabung khas untuk mangsa-mangsa gempa bumi di Haiti yang memerlukan ini. Malah setiap Buletin gereja akan tercatat perkara doa untuk "mangsa gempa bumi di Haiti" pada minggu-minggu yang akan mendatang. Sebab kita semua tahu kepentingan untuk memikirkan tentang orang lain selain kepentingan kita sendiri sahaja. Lupakan sebentar untuk mengumpul dana untuk "pembangunan gereja" buat seketika dan salurkan "offering " pada hari tersebut kepada mangsa bencana di Haiti ini.

Katakan tidak kepada "U-u-I-i" iaitu tidak kepada sikap tidak ambil kisah tentang orang lain ataupun tidak mahu ambil peduli apa yang berlaku kepada orang lain. Sudah menjadi tanggung jawab kita bagi orang-orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Kerana ia termaktub di dalam Alkitab dan Alkitab itu sendiri menceritakan akan tentang cerita kasih. Kasih dari dan kepada Dia yang mencipta segalanya dan kasih kita kepada semua ciptaan Nya.


Pesanan "sesamamu"....

"Sesamamu" juga mengingatkan umat Kristien di Sarawak katakan tidak kepada "U-u-I-i" mentaliti terhadap apa yang berlaku di dalam negara kita dengan isu penggunaan perkataan "Allah" itu. Walaupun kita di Sarawak dan sabah diberikan keistimewaan untuk menggunakan perkataan tersebut, tetapi Sikap sambil mengambil berat juga harus jemaat Tuhan di Sarawak tunjukkan kepada rakan-rakan seiman kita yang di Semenanjung pada saat ini. Ingat! mereka di Semenanjung membuat pendirian ini demi kita yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam kebaktian kita di sini, tetapi mereka pula yang menderita kerana kita. Tolong gereja-gereja Tuhan di Sarawak dan sabah jangan ambil mudah perkara ini dan terus berpuas hati dengan keistimewaan yang diberi ini. Sepatutnya kita bersama-sama berdoa untuk rakan-rakan seiman kita di Semenanjung.
jadi...Katakan tidak kepada "U-u-I-i".

Monday, January 11, 2010

Melodi Kasih

Setelah menulis harapan "sesamamu" untuk tahun 2010 di keluaran minggu lepas, anda pasti sedia maklum dengan apa yang berlaku kepada negara kita mengenai isu penggunaan perkataan "Allah" yang sangat sensitif diperkatakan dan dihangatkan lagi dengan beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Seakan-akan perpaduan dan keharmonian yang ada sekian lama kita miliki di dalam negara kita yang mempunyai kepelbagaian ini semakin tergugat.

Walau bagaimanapun, "sesamamu" pasti masih ada ruang untuk kita sama-sama boleh perbaiki untuk memperbetulkan kesilapan ini. Dan "sesamamu" keluaran kali ini ingin kongsikan bersama satu petikan puisi-lagu yang diilhamkan oleh serorang teman yang bertajuk "melodi kasih". Sama-sama kita hayati dan renungkan bersama.


Melodi Kasih


Ku lihat bumiku kian tua
Katanya dia semakin uzur
Hijaunya berganti gersang
Damainya berganti bencana

Ku lihat insan saling membenci
menghindar semua cinta
membisik semua sengketa
bicarakan semua sengketa


sangka ku ini satu fatamorgana
rupanya ini satu fenomena
tolonglah teman kita hentikan
sebelum segalanya kelewatan


ayuh teman kita mulakan
nyanyikan melodi kasih
ungkapkan lirik cinta
tarikan irama sayang
demimu sesamaku insani
lepaskan sengketa
berikan cinta

ciptakanlah kasih dan anugerahkanlah sayang

Puisi-lagu ini mempunyai satu pengertian yang mendalam, di mana kalau "sesamamu" dapat mengungkapkannya sebagai satu seruan daripada penulisnya untuk semua manusia di dunia ini menyemaikan rasa cinta dan kasih sayang sesama kita manusia dan alam semulajadi ciptaan Nya. Ya sungguh mudah diperkatakan, tetapi bukankah ini satu tanggungjawab dan tuntutan sebagai seorang manusia? apatah lagi orang Kristian.

Hanya "melodi kasih" yang kita sesama manusia sahaja yang dapat membuat kita mempunyai rasa saling menghormati, menghindarkan benci dan sengketa. Dengan "melodi kasih" ini juga membuat kita sama-sama menari mengikut rentak irama yang satu sahaja, iaitu irama kasih dan sayang yang dapat membuat kita sehati sefikir untuk hidup didalam harmoni tanpa curiga.

"Sesamamu" berdoa dan berharap semua kita dapat mempromosikan kasih anugerah sesama kita manusia tidak kira perbezaan yang ada. Bukankah Dia adalah kasih???

"Sesamamu" tinggalkan kita dengan renungan ayat Firman Tuhan dari Alkitab terjemahan "The message" dari 1 Yohanes 4:7-12 (Maaf kerana gunakan terjemahan didalam bahasa Inggeris)


[7] My beloved friends, let us continue to love each other since love comes from God. Everyone who loves is born of God and experiences a relationship with God. [8] The person who refuses to love doesn't know the first thing about God, because God is love—so you can't know him if you don't love. [9] This is how God showed his love for us: God sent his only Son into the world so we might live through him. [10] This is the kind of love we are talking about—not that we once upon a time loved God, but that he loved us and sent his Son as a sacrifice to clear away our sins and the damage they've done to our relationship with God.


[11] My dear, dear friends, if God loved us like this, we certainly ought to love each other. [12] No one has seen God, ever. But if we love one another, God dwells deeply within us, and his love becomes complete in us—perfect love!

Kerana Tuhan itu sendiri adalah kasih, barang siapa yang mengasihi sesamamu manusia, menjadikan kasih Nya itu SEMPURNA di dalam kita.

Monday, January 4, 2010

Harapan sesamamu di tahun 2010 ini...

For everything we know about God's Word is summed up in a single sentence: Love other as you love yourself. That's an act of true freedom. (Gal 5:14 The Massage Translation)
Dan terjemahannya di dalam bahasa Melayu ialah;
" Semua yang kita tahu tentang Firman Tuhan termaktub didalam satu ayat: Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Itulah perbuatan  kebebasan sebenarnya.".


Selamat tahun baru 2010. "Sesamamu" pasti kita telah membuat satu harapan dan azam yang baru yang perlu kita capai pada tahun 2010 ini. Tidak ketinggalan, sesamamu juga mempunyai harapan untuk dicapai pada tahun 2010. Hanya satu harapan iaitu, lebih ramai lagi kita melibatkan diri di dalam menangani isu-isu sosial didalam masyarakat kita secara aktifnya. Bukan hanya sekadar bercakap kosong, tetapi terlibat bersama-sama menangani apa-apa isu yang ada. Lebih-lebih lagi kepada kita yang dipanggil orang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus ataupun pengikut Nya, dalam erti kata lain, Orang Kristian!.

Seperti Firman yang di atas tadi, orang Kristian yang tahu akan Firman Tuhan, yang mendengar Firman Tuhan dari member gereja setiap hari ahad ataupun membaca Firman itu setiap hari (Kalau ada baca "Bible" tu setiap harilah...:) ), yang menyanyikan nya setiap hari, tahu bahawa tema besar Alkitab@Bible yang kita miliki itu adalah tentang KASIH @ LOVE. Jadi apabila Rasul Paulus katakan didalam suratnya kepada jemaat di Galatia bahawa, setiap orang yang percaya harus tahu bahawa Firman Nya itu boleh dirangkumkan menjadi satu ayat yang jelas menyatakan tentang tema besar Firman Tuhan itu sendiri-Kasihilah sesamamu manusia seperti diri mu sendiri.

Jadi menjadi harapan sesamamu tahun ini dimana kita sama-sama mempunyai satu keinginan untuk melibatkan diri kita terhadap masyarakat sekeliling kita dengan apa cara sekali pun dan akhirnya, gereja-gereja setempat kita juga akan mempunyai visi yang sama seperti yang kita sama-sama perjuangkan. Demikian juga di tempat-tempat kerja kita bagi yang bekerja dan di kampus-kampus kita bagi yang masih belajar. Kita sebenarnya boleh melibatkan diri secara aktif di mana pun kita berada. Asalkan kita tahu tanggung jawab kita sebagai orang Percaya pada Tuhan Yesus Kristus itu.

Ada beberapa isu yang kita sama-sama boleh terlibat, sebagai contoh, Isu penderaan dan seks kanak-kanak, isu kepanansan Global, isu ana-anak yatim piatu, isu orang kurang upaya yang tidak dipedulikan, isu kemiskinan, isu pesakit HIV/AIDS yang disisihkan oleh masyarakat, isu pendatang asing dan perniagaan manusia terutamanya para imigrasi, isu kekurangan bekalan darah dan banyak lagi isu-isu di dalam masyarakat kita yang kita sebagai orang Kristian boleh terlibat bersama.

Mari kita sama-sama ditahun 2010 ini terus berusaha lebih memikirkan tentang sesamamu manusia daripada terus memikirkan tentang peribadi kita sendiri sahaja, tentang kita sendiri sahaja yang pergi masuk syurga. Bukankah orang lain juga berhak mengalami Kasih itu???


Seperti Firman Tuhan di dalam Yakubus 2:8, Bagaimana kamu tahu kamu melakukan yang benar dan berkenan yang kamu persembahkan sebagai persembahan di hadapan Tuhan?  
Jawapannya ialah, "dengan mengasihi sesamamu manusia".

Selamat tahun baru!!!