sesamamu

Monday, January 4, 2010

Harapan sesamamu di tahun 2010 ini...

For everything we know about God's Word is summed up in a single sentence: Love other as you love yourself. That's an act of true freedom. (Gal 5:14 The Massage Translation)
Dan terjemahannya di dalam bahasa Melayu ialah;
" Semua yang kita tahu tentang Firman Tuhan termaktub didalam satu ayat: Kasihilah sesamamu manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Itulah perbuatan  kebebasan sebenarnya.".


Selamat tahun baru 2010. "Sesamamu" pasti kita telah membuat satu harapan dan azam yang baru yang perlu kita capai pada tahun 2010 ini. Tidak ketinggalan, sesamamu juga mempunyai harapan untuk dicapai pada tahun 2010. Hanya satu harapan iaitu, lebih ramai lagi kita melibatkan diri di dalam menangani isu-isu sosial didalam masyarakat kita secara aktifnya. Bukan hanya sekadar bercakap kosong, tetapi terlibat bersama-sama menangani apa-apa isu yang ada. Lebih-lebih lagi kepada kita yang dipanggil orang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus ataupun pengikut Nya, dalam erti kata lain, Orang Kristian!.

Seperti Firman yang di atas tadi, orang Kristian yang tahu akan Firman Tuhan, yang mendengar Firman Tuhan dari member gereja setiap hari ahad ataupun membaca Firman itu setiap hari (Kalau ada baca "Bible" tu setiap harilah...:) ), yang menyanyikan nya setiap hari, tahu bahawa tema besar Alkitab@Bible yang kita miliki itu adalah tentang KASIH @ LOVE. Jadi apabila Rasul Paulus katakan didalam suratnya kepada jemaat di Galatia bahawa, setiap orang yang percaya harus tahu bahawa Firman Nya itu boleh dirangkumkan menjadi satu ayat yang jelas menyatakan tentang tema besar Firman Tuhan itu sendiri-Kasihilah sesamamu manusia seperti diri mu sendiri.

Jadi menjadi harapan sesamamu tahun ini dimana kita sama-sama mempunyai satu keinginan untuk melibatkan diri kita terhadap masyarakat sekeliling kita dengan apa cara sekali pun dan akhirnya, gereja-gereja setempat kita juga akan mempunyai visi yang sama seperti yang kita sama-sama perjuangkan. Demikian juga di tempat-tempat kerja kita bagi yang bekerja dan di kampus-kampus kita bagi yang masih belajar. Kita sebenarnya boleh melibatkan diri secara aktif di mana pun kita berada. Asalkan kita tahu tanggung jawab kita sebagai orang Percaya pada Tuhan Yesus Kristus itu.

Ada beberapa isu yang kita sama-sama boleh terlibat, sebagai contoh, Isu penderaan dan seks kanak-kanak, isu kepanansan Global, isu ana-anak yatim piatu, isu orang kurang upaya yang tidak dipedulikan, isu kemiskinan, isu pesakit HIV/AIDS yang disisihkan oleh masyarakat, isu pendatang asing dan perniagaan manusia terutamanya para imigrasi, isu kekurangan bekalan darah dan banyak lagi isu-isu di dalam masyarakat kita yang kita sebagai orang Kristian boleh terlibat bersama.

Mari kita sama-sama ditahun 2010 ini terus berusaha lebih memikirkan tentang sesamamu manusia daripada terus memikirkan tentang peribadi kita sendiri sahaja, tentang kita sendiri sahaja yang pergi masuk syurga. Bukankah orang lain juga berhak mengalami Kasih itu???


Seperti Firman Tuhan di dalam Yakubus 2:8, Bagaimana kamu tahu kamu melakukan yang benar dan berkenan yang kamu persembahkan sebagai persembahan di hadapan Tuhan?  
Jawapannya ialah, "dengan mengasihi sesamamu manusia".

Selamat tahun baru!!!

3 comments:

  1. KADANG-KADANG kita terlalu bercita-cita besar atau terlalu berangan-angan bagi mencapai cita-cita pada setiap awal tahun namun selalunya bila di penghujung tahun itu tiba acapkali apa yang dicita-citakan itu tidak terhasil. Jawapan nya mudah sahaja kerana kita terlalu menumpukan harapan dan bercita cita tanpa berusaha keras mungkin. Rasanya jika kita ingin membantu sesama kita tidak perlu rasanya kita menyibukkan diri dgn berpersatuan atau menganjurkan acara besar-besar. Kita cuma perlu buka mata pada persekitaran kita sahaja. Dengan lebih perihatin kita akan temukan insan-insan yang rasanya benar-benar perlukan pertolongan. Mungkin hanya dengar mendengar kita sudah dapat membantu meringankan beban. Tapi yang pasti apapun yang kita lakukan lakukanlah dengan iklas dan kasih. Kerana kiranya balasan yang ingin kita terima baiklah jangan diberi pertolongan itu. Rasanya jika ingin membantu mulai dengan jiran tetangga kita atau cuba lihat mungkin ada saudara kita yang sebenarnya lebih mermelukan pertolongan ataupun mungkin tanpa sedar kita haiwan seperti kuching dan anjing terbiar juga perlukan pertolongan kita...mulakan dengan perkara kecil dan ia akan membawa kepada satu yang besar...

    ReplyDelete
  2. Apa yang kita harapkan untuk tahun baru ini agar lebih ramai lagi rakya Malaysia yang akan perihatin terhadap apa yang berlaku dipersekitaran kita.

    saya setuju dengan pendapat anda, mulakan dengan melakukan perkara yang kecil terhadap oapa yang kita lalui didalam kehidupan seharian kita.

    saya tambah contoh anda: mungkin buang sampah dengan betul? sediakan tong sampah untuk plastik, tong sampah untuk kertas, tong sampah untuk kaca dan sebagainya???

    Doa dan harapan agar lebih ramai lagi masyarakat kita perihatin dengan apa yang berlaku disekeliling mereka.

    ReplyDelete
  3. yeah..some churches channel their money to building up air-conditioning, bigger hall, etc.. not that i say it's wrong..ya lah..mana tahu congregation mereka ramai mahu bina bangunan lebih besau.. just as a Christian lah tek, jangan lupa kepada social responsibility kita.. OUR Father in heaven right? not MY Father in heaven.. ada adik beradik kita susah luar sinun perlu pertolongan..

    Haha..Jangan marah..

    ReplyDelete