Setelah menulis harapan "sesamamu" untuk tahun 2010 di keluaran minggu lepas, anda pasti sedia maklum dengan apa yang berlaku kepada negara kita mengenai isu penggunaan perkataan "Allah" yang sangat sensitif diperkatakan dan dihangatkan lagi dengan beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Seakan-akan perpaduan dan keharmonian yang ada sekian lama kita miliki di dalam negara kita yang mempunyai kepelbagaian ini semakin tergugat.
Walau bagaimanapun, "sesamamu" pasti masih ada ruang untuk kita sama-sama boleh perbaiki untuk memperbetulkan kesilapan ini. Dan "sesamamu" keluaran kali ini ingin kongsikan bersama satu petikan puisi-lagu yang diilhamkan oleh serorang teman yang bertajuk "melodi kasih". Sama-sama kita hayati dan renungkan bersama.
Melodi Kasih
Ku lihat bumiku kian tua
Katanya dia semakin uzur
Hijaunya berganti gersang
Damainya berganti bencana
Ku lihat insan saling membenci
menghindar semua cinta
membisik semua sengketa
bicarakan semua sengketa
sangka ku ini satu fatamorgana
rupanya ini satu fenomena
tolonglah teman kita hentikan
sebelum segalanya kelewatan
ayuh teman kita mulakan
nyanyikan melodi kasih
ungkapkan lirik cinta
tarikan irama sayang
demimu sesamaku insani
lepaskan sengketa
berikan cinta
ciptakanlah kasih dan anugerahkanlah sayang
Puisi-lagu ini mempunyai satu pengertian yang mendalam, di mana kalau "sesamamu" dapat mengungkapkannya sebagai satu seruan daripada penulisnya untuk semua manusia di dunia ini menyemaikan rasa cinta dan kasih sayang sesama kita manusia dan alam semulajadi ciptaan Nya. Ya sungguh mudah diperkatakan, tetapi bukankah ini satu tanggungjawab dan tuntutan sebagai seorang manusia? apatah lagi orang Kristian.
Hanya "melodi kasih" yang kita sesama manusia sahaja yang dapat membuat kita mempunyai rasa saling menghormati, menghindarkan benci dan sengketa. Dengan "melodi kasih" ini juga membuat kita sama-sama menari mengikut rentak irama yang satu sahaja, iaitu irama kasih dan sayang yang dapat membuat kita sehati sefikir untuk hidup didalam harmoni tanpa curiga.
"Sesamamu" berdoa dan berharap semua kita dapat mempromosikan kasih anugerah sesama kita manusia tidak kira perbezaan yang ada. Bukankah Dia adalah kasih???
"Sesamamu" tinggalkan kita dengan renungan ayat Firman Tuhan dari Alkitab terjemahan "The message" dari 1 Yohanes 4:7-12 (Maaf kerana gunakan terjemahan didalam bahasa Inggeris)
[7] My beloved friends, let us continue to love each other since love comes from God. Everyone who loves is born of God and experiences a relationship with God. [8] The person who refuses to love doesn't know the first thing about God, because God is love—so you can't know him if you don't love. [9] This is how God showed his love for us: God sent his only Son into the world so we might live through him. [10] This is the kind of love we are talking about—not that we once upon a time loved God, but that he loved us and sent his Son as a sacrifice to clear away our sins and the damage they've done to our relationship with God.
[11] My dear, dear friends, if God loved us like this, we certainly ought to love each other. [12] No one has seen God, ever. But if we love one another, God dwells deeply within us, and his love becomes complete in us—perfect love!
Kerana Tuhan itu sendiri adalah kasih, barang siapa yang mengasihi sesamamu manusia, menjadikan kasih Nya itu SEMPURNA di dalam kita.
Buat anak-anak yang dikasihi Tuhan,
ReplyDeleteJangan biarkan hati yang penuh kasih dan cinta ditirani oleh perasaan marah dan dendam. Bukankah lebih indah kiranya rasa marah dan benci dibalas dengan pujuk kasih...