sesamamu

Sunday, February 21, 2010

Khamis yang Gelap

"Sesamamu" kali ini terpanggil untuk menulis tentang apa yang berlaku dua minggu yang lepas, di mana kita digemparkan "lagi" dengan kes pembuangan bayi! Dalam bulan ini sahaja, 4 bayi telah ditemui mati terlantar ditempat yang tidak sepatutnya bagi sekujur tubuh yang merah lagi baru merasakan udara luar daripada kandungan ibunya selama sembilan bulan. Apakah salah dan dosa bayi-bayi ini? Janin yang baru dilahirkan dibumi ini dibiarkan mati begitu sahaja di tempat pembuangan sampah bersama gigitan semut merah dan tangisan yang meminta simpati dari ibunya sepanjang malam dan yang lebih menghayat hati lagi, sudah lah dibuang, bayi itu dibakar hidup-hidup. Hello!!! tidak terfikirkah si induk betapa sembilan bulan yang dilaluinya? Kalau mahu ditanya, dimana hati dan perasaan si ibu kepada bayi ini, "sesamamu" rasakan, mereka tidak mempunyai hati dan perasaan itu!!! Tetapi, tidak dapat "sesamamu" bayangkan, bagaimana mereka menyimpan perasaan dan pengelaman setelah melahirkan anak tersebut dan setelah membuang serta membakarnya? Ahhh...lupa....mereka tidak ada perasaan!!!


Bila dilihat apa yang berlaku kepada bayi-bayi yang tidak berdosa itu, teringat "sesamamu" dengan cerita cinta yang selalu diagungkan oleh para pujangga cinta..."Romeo dan Juliet". Cinta dan sayang dilafazkan sehingga setiap kata dan janji diluahkan untuk memenangkan hati pasangan masing-masing. Akhirnya, satu tanda atau bukti akan dilakukan untuk menunjukkan betapa "aku cinta kamu".


Hi generasi muda diluar sana, ketahuilah, kasih dan sayang itu memerlukan satu persiapan yang tinggi bukan sahaja dari segi (i) emosi-iaitu perasaan cinta dan sayang, sahaja tetapi (ii)komitmen ataupun tanggungjawab daripada sang pencinta itu...lelaki mahupun perempuan. Dan perkara yang ketiga yang perlu ada dan yang terpenting ialah,(iii) "Respect"- iaitu perasaan saling menghormati perlu ada pada pasangan tersebut. Dengan hanya memiliki emosi-iaitu perasaan cinta dan sayang itu sahaja, menjadi punca masalah kepada "NAFSU SEKS" yang terus menguasai setiap hubungan. Apabila terlanjur, mulalah menggelabah sehingga membuat keputusan yang diluar tabi manusia iaitu Membunuh! Kalau dari awal lagi tahu tidak akan mempunyai komitmen kepada hubungan itu, serta tidak ada rasa hormat ke atas hubungan itu, perkara yang buruk ini pasti akan berlaku.


"Sesamamu" tidak mahu mengeluarkan pelbagai "Formula" kenapa perkara pembuangan bayi ini berlaku kepada masyarakat kita sekarang, tetapi membawa fokus kita kepada firman Tuhan dari Roma 13:9
[9]  Karena firman: jangan berzinah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan mengingini dan firman lain manapun juga, sudah tersimpul dalam firman ini, yaitu: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri!

Dalam Surat Paulus kepada Jemaat di Roma ini, dia mulakan dengan perkataan Jangan Berzinah dan seterusnya, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan mengingini bukan  kepunyaan mu...
Jelas sekali Paulus mulakan dengan amaran! Jangan berzinah. Paulus dapat melihat bahwa punca segala masalah itu(dalam Konteks ayat ini) ialah perzinahan, ketidaan penguasaan diri daripada hawa nafsu seks itu. Bermulanya zinah, orang mula membunuh, bermulanya zinah, orang mula mencuri, bermulanya zinah, orang mula menginginkan hak orang lain. Berzinah dalam ertikata lain ialah melakukan hubungan seks dengang pasangan yang tidak sah dari segi agama dan undang-undang. Jadi, awal-awal lagi Paulus mengingatkan kita terlebih ladi orang Kristian yang baca Firman Tuhan ini. Dia baris akhir ayat tersebut, "kasihi sesamamu manusia seperti diri mu sendiri", memadai bagi Paulus menrumuskan kesemua "jangan" yang disebutkan nya diawal ayat itu tadi. Masalah nya, bagaimana mahu mengasihi orang lain kalau diri sendiri tidak mereka sayang!!!!  Tetapi, "sesamamu" percaya, semua agama tidak menggalakkan hubungan seks sebelum berkahwin, apatah lagi adat-adat ketimuran yang kita ada ini. Jadi, apa yang berlaku sekarang terjadi kerana "mereka" ini sudah hilang rasa hormat itu. Rasa hormat kepada pasangan nya apatah lagi rasa hormat kepada Tuhannya. Ini kerana, nafsu itu telah menguasainya dan menguasai keseluruhan keputusan yang waras bagi seorang manusia. Wahai sahabat, kenikmatan yang seketika itu hanya sebentar ...sedarlah.


Oleh kerana itulah "sesamamu" tidak mahu membuat sebarang "formula" kenapa perkara ini berlaku dan menyalahkan sesiapa kepada perkara yang sudah terjadi, tetapi sekadar mengingatkan kepada sang pencinta lelaki dan perempuan di luar sana supaya berfikiran lebih matang sebelum "melakukankannya", emosi tidak cukup kalau komitmen dan "respect" itu tidak ada. Mahukah anda dipanggil pembunuh selepas "membuat syok" yang seketika itu sahaja? Dan bagi kaum lelaki diluar sana...wahai kaum Adam, tolonglah hormati kaum hawa ini. Rasa hormat mu kepada mereka akan melahirkan kasih cinta yang sejati dan sebenar kepada mereka. Untuk mu kaum hawa, anggaplah engkau sebagai Tembok yang kukuh dan Pintu yang dipalangi teguh ( Kidung agung 8:9)dan bukan sekadar pintu yang menjadi laluan keluar masuk yang mudah bagi sesiapa sahaja yang mnegetuknya.


"Tetapi tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh" (1 Kor 6:13)...


Apabila Tuhan Yesus berkata, "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri...", "Sesamamu" dapat merasakan bahawa jika kita tidak mengasihi diri kita sendiri, perkara ini lah yang akan berlaku, dimana kita juga tidak mengasihi orang lain, atau tidak mengasihi nyawa seorang bayi yang baru dilahirkan itu.... Kasihi dan sayangilah tubuh mu, diri mu kerana kita semua dicipta oleh-Nya menurut gambaran Nya sendiri. Gambaran sang pencipta kita bermaksud, kita juga memiliki sifat-sifat (Penuh dengan kasih dan kebenaranNya) sang pencipta itu. 


Tetapi, bagi yang menghadapi atau sudah ketelanjuran ini, atau kita tahu ada rakan-rakan kita yang sedang mengalami penderitaan emosi ini, tolong (nasihatkan) jangan fikirkan tentang membuang zuriat yang ada itu. Ini bukan pengakhirannya dan dunia mu belum berakhir lagi. Apa yang penting ialah, mengakui di hadapan NYA segala pelanggaran dan kesalahan itu, "Sesamamu" memberi jaminan bahwa DIA mendengar dan dengan penuh belas kasihan sedia mengampuni hati yang datang dengan penuh penyesalan.

Bagi ahli keluarga terutama ibu bapa, jika mendengar berita yang menconteng arang dimuka mu ini, tolong jangan menghukum dan memberi tekanan kepada anak mu itu. Terima lah dia dengan hati yang terbuka, seperti Bapa Mu yang disyurga sedia menerima kamu seadanya. Bukankah lebih berbahagia kita menerima nya dan mengampuninya walaupun betapa hati mu terluka. Ini kerana, kita sebagai orang tua akan menyelamatkan bukan sahaja nyawa bayi itu, tetapi anak kita juga. 


Jadi, sebelum segalanya terlambat, sekali lagi "sesamamu" mendorong anak-anak muda sekarang  untuk menghormati cinta kasih yang sebenar yang Tuhan Yesus berikan. Rayakan cinta yang sejati itu dengan hormat dan takut akan Tuhan senantiasa. Dekatkan diri mu dengan DIA dan kenali DIA yang mencipta CINTA yang sejati. Ini kerana mereka yang tidak mengenal DIA yang akan BINASA (Hosea 4:6)



P/S Jabatan kebajikan dan wanita negara kita sedia membantu.

Tuesday, February 16, 2010

Monyet yang tidak mahu lepaskan....

Satu tajuk topik yang agak pelik tetapi akan kita sama-sama renugkan cerita seekor monyet ini. "Sesamamu" percaya kita telah mendengar cerita seekor monyet yang tidak mahu melepaskan buah yang digenggamkan di dalam sebuah botol.
"Sesamamu" cuba ulangi kembali cerita ini. Ada seekor monyet yang telah menjumpai sebuah botol yang yang didalamnya terdapat buah pisang. Dengan tidak membuang masa, monyet ini terus mengambil botol tersebut dan  memasukkan tangannya ke dalam botol tersebut. Monyet ini berusaha untuk mengeluarkan buah pisang tersebut tetapi tidak berjaya kerana tangannya terus menggenggam buah pisang itu. Pada hakikatnya, ia merupakan sebuah perangkap kerana monyet ini hanya akan berjaya melepaskan diri daripada botol tersebut jika ia melepaskan genggamannya.


Begitulah kebanyakan gereja Tuhan ataupun peribadi seorang Kristian pada masa ini. Bukan "sesamamu" maksudkan mereka seperti monyet itu, tetapi, mereka seperti tangan monyet itu. Terus menggenggam buah pisang itu dan tidak mahu melepaskannya. semakin monyet ini berusaha untuk melepaskan diri, semakin dia menggenggam erat buah yang ada ditangannya.
Gambaran genggaman tangan monyet ini sama seperti gereja-gereja atau peribadi Kristian sekarang yang hanya ingin terus menggenggam kasih anugerah Tuhan ini untuk diri mereka. Apabila "sesamamu" menyebut kasih anugerah, ia bererti BERKAT rohani dan fizikal yang kita terima dari Tuhan tanpa syarat. Tetapi kita yang percaya Tuhan ini, ataupun gereja kita tidak mahu kongsikannya kepada orang lain yang memerlukan. Kita terus menggenggam BERKAT yang Tuhan berikan kepada kita hanya untuk keperluan kita sahaja dan tidak mahu berkongsi dengan orang.
Bayangkan, banyak orang yang memerlukan BERKAT kewangan yang gereja kamu ada, tetapi kita terus menggenggamkannya -kumpul untuk dana pembinaan gereja yang baru, kerana gereja yang ada sudah tidak muat-anggota gereja sudah bertambah. Ya tak salah buat gedung gereja yang besar tu, tetapi bukan kah kita diutus untuk memperluaskan KERAJAAN ALLAH di dunia ini? Dan ini adalah amanat yang agung! Yang terutama perlu dilakukan dahulu! bukan kepentingan peribadi kita dan pembangunan gereja dahulukan????
Tangan kita terus tergenggam dan tertutup erat untuk memberi kepada penginjil-penginjil atau pekerja Tuhan sepenuh masa kita yang amat memerlukan pada ketika ini. Bukan kah mereka ini yang di barisan hadapan memperluaskan KERAJAAN ALLAH itu sekarang, tetapi kita terus menggenggam BERKAT  yang Tuhan anugerahkan kepada kita. Yalah...mahu tukar karpet baru dan guitar baru untuk gereja lebih diutamakan!
"Sesamamu" pernah bertanya kepada seorang penginjil sebuah gereja di Sarawak tentang berapa alaun bulanan yang dia terima. Dan penginjil ini dengan tersipu-sipu menjawab: "Tidak menentu, kadang-kadang lepas 2 bulan adalah dalam RM350-RM400".  Dan ini merupakan seorang penginjil muda yang masih bujang. Apa kata kalau dia mempunyai anak dan bini? Di mana gereja-gereja Tuhan yang bernilai berjuta-juta itu, ataupun beribu-ribu itu? Kenapa mahu terus menggenggam BERKAT anugerah Tuhan itu. Tidak kah kita sedar berapa ramai jiwa kita telah abaikan kerana iman yang BERKEPENTINGAN DIRI kita sahaja diselamatkan? Kita sahaja mahu pergi syurga kah? Itulah yang terfikir difikiran monyet itu "Rugi aku lepaskan pisang ni, ini hanya aku yang punya".
Bagaimana pula mereka yang memerlukan huluran tangan kita untuk menerima siapa mereka seadanya. Sebagi contoh, "Sesamamu" pernah berjumpa dengan beberapa orang pembawa HIV/AIDS yang berkata "kami dipinggirkan oleh orang macam kamu (Orang Krsitian), kami dalam pandangan kamu seperti orang pesakit kusta cerita di dalam 'Bible" kamu itu". (Artikal : "Setaip saat amat bernilai" 28 Dec 2009)Ya, Tangan kita tertutup, seperti genggaman monyet tadi itu. 
 Ataupun, bagaimana kita sampai hati dan sanggup meninggalkan sisa nasi ayam atau kolo mee kita yang tidak habis itu (Tak habis kerana diet atau jaga "macho" bah) dengan terpapar kisah kesengsaraan mangsa gempa bumi di Haiti  di kaca TV di hadapan kita? Malah genggaman tangan kita terus erat tertutup walaupun disekeliling kita banyak yang memerlukan huluran tangan kita yang penuh dengan BERKAT  kasih anugerah Nya. Alahai!!!!


Mari kita berubah secara fikiran kita. Buka minda dan pintu hati kita untuk melihat apa yang diperlukan oleh dunia ini. Jangan hanya terikat kepada pemikiran peribadi kita yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Dalam surat Paulus kepada jemaat di Roma, dia menggalakkan mereka berubah dalam pembaharuan budi mereka. Maksudnya, berubah dari cara mereka berfikir. Bukan cara dunia berfikir. Bagaimana dunia berfikir? Ketidakadailan, Tidak ada kasih sayang, TAMAK, Kejayaan yang memusnahkan, dan banyak lagilah.
Roma 12:2
[2]  Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna. 


"Sesamamu" berharap lebih banyak lagi Mother Theresa, George Muller, Martin Luther King daripada generasi ini yang sedia membukakan tangan mereka untuk orang yang memerlukan. Lihat diluar tingkap hati mu, banyak orang yang diluar sana memerlukan BERKAT yang ada di dalam genggaman tangan mu itu...

 
 
George Muller the Children's champions

Tetapi "Seasamamu" tahu satu tangan yang sempurna. Tangan bekas  seorang Tukang kayu, tangan yang memberi, menyembuhkan orang yang buta, tangan yang mendoakan yang berdosa, tangan yang terkoyak menahan berat badan Nya, tangan yang sejuk kaku di dalam lubang batu, tangan yang Thomas letakkan jari nya dan tangan yang memberkati dari Takhta Nya...Yang pasti tangan yang tidak pernah tertutup...kamu tahu tangan itu...

 

Sunday, February 7, 2010

Berbahagialah orang yang murah hatinya...

Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan. Kata-kata tersebut adalah petikan daripada khotbah Tuhan Yesus Sendiri di atas bukit. Sekali lagi "sesamamu" ulangi..."kata-kata Tuhan Yesus sendiri". Jadi apa maksudnya? ini bererti, Tuhan Yesus benar-benar bermaksud dengan kata-katanya itu (Mat bab 5-7). Dia dapat melihat bahawa, orang yang memberi dengan sukacita dan murah hati, serta peduli akan keperluan orang sesamanya yang memerlukan akan mendapat kebahagian serta memperolehi kemurahan. 

"Sesamamu" datang ber"fellowship" dengan satu persatuan pelajar kristien di sebuah IPT pada malam sabtu yang lepas sangat terharu dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Kristien ini. Selain mengambil masa berdoa mengingatkan mangsa bencana alam di Haiti, diakhir "fellowship" mereka, pelajar-pelajar ini telah mempersembahkan kutipan pemberian pada malam itu kepada mangsa gempa bumi di Haiti. Ya, pada malam itu, wang kutipan persembahan pemberian mereka disalurkan kesemuanya kepada tabung bencana alam di Haiti. "Sesamamu" sungguh terharu dengan apa yang telah pelajar-pelajar Kristien ini lakukan. Daripada 40 orang yang hadir pada malam itu, mereka telah berjaya mengutip sebanyak RM2++.++ Bagi "sesamamu" ia satu jumlah yang besar untuk sekumpulan pelajar (40 orang kehadiran). Ia merupakan satu permulaan yang baik apabila PPK kampus ini ingin melancarkan terus kempen membantu mangsa-mangsa bencana alam di Haiti ini. KUDOS!!!

"Sesamamu" dapat bayangkan, jika semua PPK atau CF semua kampus di Kuching-Sarawak khas nya bersatu di dalam kempen membantu mangsa bencana alam di Haiti ini, mungkin ia akan menjadi pemangkin kepada gereja-gereja setempat kita untuk lebih prihatin kepada perkara sedunia dan menyatukan semua gereja-gereja yang ada. Kalau PPK sebuah kampus yang ada di Kuching ini, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang gereja yang ada dikalangan pelajar ini boleh bersatu dan berganding tangan di dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana gempa bumi di Haiti, serta memikirkan tentang orang lain lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri, "sesamamu" dapat melihata ada satu harapan yang cerah untuk gereja-gereja Tuhan tidak kira dinominasi akan bersatu hati. Kerana, generasi yang ada sekarang ini lah yang bakal menjadi pemimpin masa depan untuk gereja-gereja kita.

Pada artikal yang lepas, "sesamamu" ada menyentuh perkara tentang apa yang tercatat di bahagian perkara doa di dalam buletin gereja kita. "Sesamamu" percaya dan berharap, perkara doa di dalam buletin kita juga meletakkan doa untuk mangsa di Haiti ataupun setidak-tidaknya, letakkan perkara doa untuk rakan-rakan seiman kita yang berada di Semenanjung di dalam situasi isu peggunaan perkataan "Allah" itu. Yalah, kalau tak sanggup korban persembahan pemberian mingguan hari itu untuk mangasa bencana alam di Haiti, tolong doa pun bagus bah!!! Itulah yang  mesej yang ingin disampaikan oleh para pelajar  Kristien kita ini. Iaitu , bagaimana dengan sesama mu manusia...????

Jadi, Berbahagialah kamu yang murah hati ini, Tuhan memperhatikan setiap keperluan mu.

p/s Kampus dan PPK yang terlibat dalam kempen ini anda boleh ketahuai dengan menghubungi "sesamamu".

Monday, February 1, 2010

Khemah bagi mereka?

Apa yang dicari mu di dalam dunia yang penuh pancaroba ini? Ataupun soalannya, Apakah yang sebenarnya yang ada di dalam dunia ini yang engkau cari?  Apabila kita melihat melalui tingkap dunia kita, adakah yang kita lihat keadilan, kebenaran, kasih sayang, kesejahteraan, keharmonian, kedamian? Jika ini yang kita lihat, sedarlah wahai teman. Engkau melihat melalui tingkap dunia mu sendiri. "Tingkap kepentingan sendiri". Engkau tidak mahu melihat melalui tingkap dunia yang sebenar. Engkau lebih senang untuk melihat melalui tingkap dunia mu yang penuh tentang kepuasan diri mu sendiri.


Apabila kita membuka tingkap dunia kita yang sebenarnya, apa yang terbentang luas setelah kita melihat melaluinya ialah, kelaparan, penderitaan, kemusnahan, pembunuhan, kebencian dan banyak lagi yang sebenarnya dunia ini paparkan kepada kita melalui tingkap itu. Tetapi, kamu sedaya upaya terus mengelakkan dii daripada membuka tingkap tersebut atau terus menutupnya dari terus dibuka.


Tetapi apa yang boleh aku lakukan jika aku membuka dan melihat daripada tingkap itu? Siapalah aku? Aku bukanlah Barack Obama dan Najib Tun Razak yang mampu mengubah dunia? Apa sahaja yang mampu aku lakukan? 


"Sesamamu" kali ini membawa anda untuk renungkan dua tingkap yang ada didalam kehidupan peribad kita buat sekian lama ini. Mungkin kedua-dua tingkap ini sudah lama terbuka ataupun tertutup. Tetapi yang pasti, salah satu tingkap ini tertutup. 
Disini "sesamamu" boleh katakan tingkap sebenar yang berlaku di dalam dunia ini pada kebanyakan kita sudah lama tertutup. Ini kerana, kita sibuk melihat melalui Tingkap yang bernama "tingkap kepentingan peribadi" ini di dalam kehidupan kita selama ini. Ini menyebabkan kita sibuk untuk mengejar kesenangan dunia ini, mengejar pangkat dan darjat, sehingga sampai satu tahap, kita merasakan apa yang kita miliki adalah tidak mencukupi. Kita tidak merasa puas!


Tidak salah untuk mengejar apa yang kita impikan di dalam hidup kita. Tidak salah apabila kita mahu kaya raya. Tetapi masalahnya ialah apabila perkara ini telah menjadi paling mustahak dan yang utama di dalam kehidupan kita, jadi sudah pasti ada kekurangan nya. Jadi, apa yang berlaku di dalam dunia kita sekarang adalah hasil daripada kekurangan itu. Kekurangan inilah yang menyebabkan dunia kita sekarang ini menjadi huru-hara. Sebagai contoh, kenapa mesti ada orang yang miskin "tegar" yang masih mengemis diantara masyarakat sekarang ini. Apatah lagi, yang mengemis ini berada ditengah-tengah masyarakat yang sudah bertemadun. Dahulu dunia tidak berhadapan dengan keadaan iklim yang tidak menentu seperti sekarang ini, tetapi apa yang terjadi sekarang? kita mula mengeluh tentang kemarau dan hujan. Ini semua terjadi pada masa sekarang kerana ramai yang hanya melihat dunia ini melalui tingkap yang mementingkan diri itu sahaja.


Cuba kita bayangkan jika kita adalah khemah itu. Khemah yang "sesamamu" maksudkan disini adalah peribadi kita sendiri, terutama orang Kristien. Jika kita adalah khemah bagi;


i. Mereka yang memerlukan kasih sayang itu
ii. Mereka yang memerlukan belas kasihan itu
iii. Mereka yang memerlukan keadilan itu
iv. Mereka yang memerlukan kedamaian dan kesejahteraan itu


Dan banyak lagi tentang mereka. Mari kita sama-sama berdoa supaya kita boleh menjadi khemah itu, dimana kita boleh sama-sama merasakan apa yang mereka lalui di dalam tingkap dunia sebenar ini.

Mazmur 27:5 
[5]  Sebab Ia melindungi aku dalam pondok-Nya pada waktu bahaya; Ia menyembunyikan aku dalam persembunyian di kemah-Nya, Ia mengangkat aku ke atas gunung batu.

Sanggupkah engkau menjadi pondok itu dan mahukah engkau jadi khemah itu?