sesamamu

Monday, April 19, 2010

Mari lihat keluar...

Kita tinggal sejenak pilihan raya Hulu Selangor yang akan ditentukan 25 April ini dan pilihan raya satu lawan satru diantara DAP dan wakil SUPP dari BN yang akan berlansung 15 May ini di Sibu nanti.

Keluaran kali ini, "Sesamamu" ingin berkongsi satu cerita yang amat menarik yang "Sesamamu" sendiri alami ketika lawatan ke Mukah minggu yang lepas.
Semasa menyertai perkumpulan pelajar Kristian dari 2 kampus yang ada di Mukah(Politeknik dan UiTM) baru-baru ini, "sesamammu" rasa tersentuh dengan satu usaha murni daripada lebih kurang 300 orang pelajar yang hadir hari itu. Pada malam tersebut, wang persembahan yang dikutip mereka telah salurkan kepada tabung mangsa bencana alam di Haiti. Ya, seperti yang kita tahu, satu bencana alam yang amat dahsyat telah berlaku di Haiti pada awal Januari yang lepas di mana telah mengorbankan kira-kira 100,000 nyawa dan lebih kurang 300,000 penduduk di ibu kota nya-Port de Au telah kehilangan tempat tinggal mereka. Pada malam tersebut, lebih kurang RM470.00 persembahan telah dikumpul dan kesemua wang tersebut disalurkan kepada derma Tabung Bencana Alam di Haiti. Perlu diingat, bukan jumlah wang tersebut menjadi ukuran tetapi hati yang ikhlas memberi itu menjadi tatapan semua.

Apa yang menyentuh hati "sesamamu" ialah, melihat generasi muda ini mempunyai satu sikap yang amat murni. Hati seorang Krsitian yang bukan hanya mempunyai iman kepada Nya tetapi melakukan nya menurut apa yang mereka dengar dari Firman Nya sepanjang hidup mereka. Dan juga peka kepada apa yang berlaku disekeliling mereka. "Sesamamu" rasa, pelajar-pelajar ini telah melihat sendiri bagaimana Tuhan Yesus m telah meninggalkan satu contoh yang hidup kepada kita yang percaya ini, kita melihat bagaimana seorang manusia sanggup MATI dan BERKORBAN untuk orang lain sepanjang hidup NYA sehingga diakhir nyawa NYA. Dia tidak melihat kepentingan Dia didahulukan tetapi kepentingan ataupun KESELAMATAN  orang lain yang diutamakan Nya. Sehingga bagi orang yang percaya kepada Nya memperolehi keselamatan dan kehidupan yang kekal. "Sesamamu" dapat merasakan, penyataan iman yang "simple" dari segelintir pelajar ini menunjukkan kita mempunyai satu generasi yang tidak memandang perbezaan latar belakang mereka, baik dari gereja mana, kaum apa sekali pun, mereka datang dalam satu hati di dalam Dia dan menyatakannya, bukan hanya di dalam lagu ataupun kata-kata tetapi perbuatan mereka. "Sesamamu" percaya ini adalah apa yang Tuhan Yesus ingin beritahu kita juga tentang erti salib itu. Selain daripada kita melihat betapa besar kesetiaan Yesus kepada Bapa di Syurga dan penyataan kasih Nya kepada semua umat manusia, Dia juga meninggalkan kepada kita satu cerita kasih yang sebenar kepada semua orang, bukan hanya tentang diri kita sendiri...

Untuk pengetahuan pembaca semua, ini adalah kali kedua "sesamamu" memaparkan cerita yang sama dimana sekumpulan pelajar Kristian di sebuah kampus di Kuching membuat perkara yang sama(7 Februari-berbahagialah mereka yang memberi). Menderma kepada tabung bencana alam Haiti. KUDOS!!!

Mari kita renungkan lirik lagu ini...dan khas "sesamamu" tujukan kepada GiG di Mukah (Pelajar Kristian Politeknik dan UiTM Mukah) dan PPK UiTM KS serta banyak lagi orang pengikut setia Kristus di luar sana.


God of justice
God of Justice, Saviour to all
Came to rescue the weak and the poor
Chose to serve and not be served

Jesus, You have called us
Freely we've received
Now freely we will give

We must go live to feed the hungry
Stand beside the broken
We must go
Stepping forward keep us from just singing
Move us into action
We must go

To act justly everyday
Loving mercy in everyway
Walking humbly before You God

You have shown us, what You require
Freely we've received
Now freely we will give


Fill us up and send us out
Fill us up and send us out
Fill us up and send us out Lord
"Stepping forward keep us from just singing"
Apakah ertinya petikan lirik di atas bagi anda?

Akhir sekali, untuk pengikut-pengikut setia Kristus di luar sana, cuba kita tanya diri kita setiap kali  kita berhadapan dengan sesuatu situasi dan keadaan..."Apakah yang Yesus akan buat?" apabila menghadapi keadaan dan situasi itu...[WWJD-what would Jesus do?]

Note:
Lihat keluar...kekadang kita lupa...mereka perlukan kasih yang kamu banggakan itu...yang kamu nyanyikan itu...God of Justice...klik untuk lihat dan dengar lagu ini.

No comments:

Post a Comment