Pada minggu yang lepas, di dada-dada akhbar dan media perdana banyak mengenengahkan perkembangan sidang Dewan Rakyat di negara kita, antara wakil-wakli Parlimen yang kita sebagai rakyat mempertanggung jawabkan mandat kepada mereka untuk mewakili kita dan dalam masa yang sama dapat membantu kita sebagi rakyat Malaysia di dalam mereka menggubal serta menyelesaikan sesuatu perkara bagi kepentingan rakyat dan negara kita Malaysia khususnya. Namun, apa yang berlaku ialah, kucar-kacir dan huru-hara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam Dewan Rakyat yang mulia itu. Malah di dalam satu rencana 30 minit dari Parlimen, melalui TV1, telah menjadi bukti kepada semua rakyat Malaysia, apa yang sebenarnya berlaku di dalam Dewan Parlimen/Dewan Rakyat kita pada persidangan kali ini. Ya, ini berlaku kerana apa-apa usul dan hujah yang dibentangkan, pasti mendapat tentangan bagi yang tidak berpuas hati dan kurang senang dengan hal yang didengar.
Walaupun begitu, tidak ada perkara yang sampai ahli-ahli Parlimen kita melontar kerusi dan bantu terhadap satu sama lain, ada pun lontaran yang berlaku cuma dalam bentuk lisan ataupun kata-kata. Apabila dilihat dan direnungkan terhadap apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, kadang-kala "sesamamu" merasa sedih dan kurang senang kerana mereka ini adalah wakil-wakil kepada Rakyat Malaysia dimana dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang serta membawa kemakmuran kepada negara kita Malaysia. Tidak kira samada wakil Parlimen ini dari kerusi Kerajaan memerintah sekarang (BN) ataupun pembangkang (PR), "mereka" sebenarnya yang menjadi wakil "kita". Bila dikenangkan kembali dengan apa yang berlaku, "sesamamu" juga dapat melihat sinar harapan dengan apa yang berlaku kerana, mungkin dengan kedudukan kerusi di Parleimen yang tidak hanya dikuasai majoriti besar oleh satu-satu pihak dapat mengawal satu pihak yang majoriti untuk mengubal undang-undang tanpa merujuk dan meneliti secara terperinci pro dan kontranya sesuatu keputusan yang bakal dibuat.
Jadi, adakah ini punca yang menyebabkan huru-hara ini berlaku?
Harapan "sesamamu" ialah, jangan sampai kepercayaan rakyat akan hilang terhadap Parlimen kita seperti yang berlaku di Bangkok, Thailand. Rakyat mula hilang kepercayaan dan memberontak terhadap kerajaan yang memerintah sehingga institusi perlembagaan negara mereka tergugat. Untuk rekod, pemberontakan baju merah di Bangkok hari Sabtu yang lepas telah mengorbankan 21(Termasuk seorang journalist warganegara Jepun) orang setakat ini. Dan beberapa askar telah ditawan didalam pemberontakan penyokong bekas Perdana Menteri didalam buangan (Taksin) dan tentera Thailand.
Melihat apa yang berlaku ini, "sesamamu" terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini dan dalam masa yang sama untuk mendorong pembaca semua untuk selalu mengingatkan perkembangan Politik di negara kita. Jangan kerana kita tidak ada minat tentang Politik, dan kita tidak mahu mengambil peduli. Menjadi tanggung jawab kita bersama untuk terlibat secara tidak langsung tentang apa yang berlaku didalam Politik di negara kita. Jangan hanya duduk diam. Perlu diingat, "mereka" yang di dalam Dewan Rakyat itu adalah pemimpin yang kita pilih untuk mewakili kita. Biar mereka menjadi wakil yang benar dan adil serta melakukan pekerjaan mereka untuk menolong orang-orang yang tertindas serta serba kekurangan. Bukankah itu sebab mereka dipilih?
Berilah keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, belalah hak orang sengsara dan orang yang kekurangan!(Mazmur 83:3)
Mari kita belajar untuk selalu mengingatkan Politik kita dan wakil-wakil kita di dalam Parlimen ini dalam doa kita senantiasa. Tidak rugi dan membazir untuk kita berdoa untuk mereka dan mengingat mereka selalu dalam doa kita kerana keadaan politik yang stabil akan menjamin kemakmuran negara kita. Dengan kemakmuran itu, semua rakyat akan hidup dengan aman dan sentosa senantiasa. Dalam secara tidak langsung juga, kita sebenarnya membantu "sesamamu manusia" seperti yang Tuhan Yesus ajar kepada kamu sebagi orang Kristien itu...(kamu boleh mula prihatin dan ambil peduli dengan BELI surat khabar dan BACA kolum politik, Cukup untuk menyatakan anda bukan hanya duduk "mendengar" tetapi anda sebenarnya secara langsung juga "melakukan"....hasilnya, anda akan terdorong mahu BERDOA)
Nota:
peringatan!! kalau kamu berumur 21 tahun dan belum mendaftar sebagai pengundi. Jadi, anda layak, TOLONGlah mendaftar sebagai pengundi. Hak anda sebagai seorang rakyat Malaysia malah tanggung jawab sebagai "sesamamu manusia".
sekali lagi negara kita akan mengadakan pilihan raya kecil ekoran penyandang kerusi kawasan parlimen di kedua-dua tempat itu dikosongkan akibat wakil rakyatnya telah meninggal dunia.
ReplyDeletedan sekali lagi kita akan melihat, mampukah BN mempertahankan kerusinya di Sibu atau merebut kembali Hulu Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.
adakah ini akan menjadi titik tolak gambaran sebenar perkembangan PR di Sarawak yang mempersiapkan komponen partinya untuk pilihan raya Negeri S'wak yang menjelang tibadan Selangor secara khususnya?
bagi Sarawak, PR bersungguh-sungguh ingin menunjukkan mereka boleh melakukannya seperti yang berlaku kepada negeri-negeri di Sem M'sia yang dibawah kerajaan PR selepas PRU-12 yang lepas?
sama-sama kita tunggu dan lihat.
bagi mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi di kedua-dua kawasan parlimen tersebut, sila periksa daftar pengundi anda, dan bagi yang belum mendaftar, silalah berbuat demikian.
ini adalah tanggung jawab kita sebagai warga negara Malaysia dan NEGARA KU yang tercinta ini...
Nota:
Kurang senang dengan segelintir Kristien yang membuat group di facebook "Malaysia untuk Kristus" tetapi adakah mereka peduli pasal perkembangan Politik Negara ku apatah lagi mahu tunaikan tanggung jawab sebagai pengundi-itu pun kalau sudah mendaftar...
politik..politik..politik..ini yg semakin hangat berlaku sekarang..sepertimana yg kita tahu, ahad ini akan berlangsung pilihan raya kecil di hulu selangor..semakin rancak mereka(calon yg bertanding)melancarkan kempen mereka..turun ke sana sini...bertemu dengan rakyat..itulah kempen bagi mereka..namun bukan ingin memandang atau mengadili mana-mana parti..tetapi inilah hakikatnya politik di Malaysia..kempen-mengundi-tunggu keputusan-menang-??..kenapa ada tanda ??...bukankah sepatutnya janji di kotakan selepas menang??namun apa yang berlaku adalah sebaliknya..hinggakan ada rakyat Malaysia yang dah muak dengan senario politik negara..mereka tahu yang menang hanya penuh dengan janji manis..ini menyebabkan yang turun mengundi sekadar menunai kewajipan sebagai pengundi...atas dasar "pengundi" dan bukan kerana mereka inginkan "kemajuan"..jadi kenapa perlu ada pilihan raya kalau begitu??terima kasih kepada sesamamu kerana mengetengahkan isu ini dan menyedarkan kita sebagai rakyat Malaysia..kita mempunyai hak untuk bersuara..hak itu harus kita gunakan dengan batas-batas yang tertentu..kita(RAKYAT MALAYSIA)yang membentuk kerajaan ini bukan nya mereka(ahli politik)..seharusnya kita sedar akan tanggungjawab kita...dan terima kasih juga kepada sesamamu kerana telah menyedarkan saya akan kewajipan saya sebagai rakyat Malaysia..SYABAS!!!
ReplyDelete