sesamamu

Monday, April 5, 2010

No. 3:16

Bagaimana hujung minggu anda yang lepas? Sesamamu pasti kita melalui hujung minggu yang berharga. Ya kenapa berharga? Good Friday kan cuti, dan sambung sampai hari Ahad-Easter sunday.
Jadi, bukan kah hari-hari tersebut "berharga" bagi kamu dan saya? Berharga kerana kita mengingati seseorang yang sungguh bererti didalam hidup kita(sebagai orang Kristien) dan mungkin berharga bagi orang yang bukan Kristien kerana cuti yang panjang yang boleh digunakan untuk dirinya sendiri mahupun dengan keluarga. Cuti yang panjang bah!!!


Tetapi, samada anda seorang pembaca Kristien atau pun tidak, sesamamu ingin kongsikan satu perkara di sebalik hari-Jumaat (Good friday) dan hari ahad (easter sunday) ini. Dan Sesamamu pasti, semua orang di Malaysia ini tahu akan hari-hari ini dan kenapa perlu ada cuti bagi hari-hari ini terutama untuk rakan-rakan yang beragama Kristien. Sesamamu percaya, kita yang Kristien juga sedia maklum kenapa rakan-rakan kita beragama lain merayakan hari-hari tertentu dan mengisytiharkan cuti umum pada hari-hari tertentu. Ya, kita adalah rakyat Malaysia yang ingin mengambil tahu bukan? Bagi kebanyakan orang Kristien, Good Friday merupakan hari dimana Tuhan Yesus Kristus itu mati di kayu salib dan pada hari Easter Sunday merupakan hari kebangkitan Tuhan Yesus Kristus itu. Mereka percaya bahwa Tuhan Yesus Kristus itu mati dan bangkit pada hari yang ketiga. Dan Mereka percaya Dia mati untuk menghapuskan dosa manusia dan kebangkitan Nya melambangkan kemenangan Dia dan orang yang percaya kepada Nya terhadap dosa dan maut.


Apa yang sesamamu mahu nyatakan disini ialah, kesaksian pengorbanan yang orang yang bernama Yesus ini lakukan. Dia menunjukkan satu contoh hidup yang nyata dimana kita sebagai manusia harus lakukan. Apatah lagi bagi seorang Kristien yang percaya kepada Nya. Apakah yang Dia lakukan patut kita contohi? 
Jawapan yang pasti ialah...Pengorbanan yang Dia tunjukkan kepada orang lain. Malah orang yang tidak Dia kenali serta untuk semua orang sebenarnya. Dia sanggup berkorban jiwa dan ragaNya untuk semua orang, tidak memilih latar belakang mereka. Yoh 3:16...."Begitu besar kasih Allah kepada dunia ini..." . Kasih kepada semua orang di dunia ini...Jadi, oleh kerana begitu besar kasih Nya kepada semua orang di dunia ini maka Allah Bapa disyurga mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, iaitu Yesus Kristus datang ke dunia dan mati bagi semua orang. Faktor pendorong kepada Bapa di syurga ialah "Kasih kepada dunia ini...".
Ya, Dia mati untuk semua orang di dunia ini tanpa mengira latar belakang dan asal usul mereka. Satu penyataan kasih yang luar biasa untuk sesama kita manusia. Ini adalah satu contoh yang hidup atau kesaksian yang hidup bagaimana kita menyatakan kasih itu kepada semua orang. Ini adalah kasih yang sebenar dan tanpa habisnya serta tidak bersyarat. 


Kisah kasih yang ditunjukkan oleh Nya kepada semua manusia ini kita harus teladani. Supaya kita tahu menyatakan kasih kita juga kepada orang - orang yang memerlukan, kepada mereka yang dalam kesusahan dan untuk mereka yang kehausan erti kasih yang sejati dari orang seperti "kita". Sesamamu percaya Dia melakukan ini bukan hanya kerana Bapa Nya di syurga, bukan hanya kerana kasih Nya kepada kita tetapi juga ingin memberitahu kepada kita, bagaimana seharusnya kita berkongsi kasih itu kepada orang yang lain juga.


Jadi, mari kita mengambil ikhtibar untuk melihat pengorbanan Yesus itu dari aspek yang ini juga, iaitu penyataan kasih kepada orang lain. Sanggup berkorban jiwa dan raga kepada orang sesama kita manusia. Bukankah itu hukum yang terutama yang Yesus sendiri tuntut daripada "kita" ....???


Tindakan yang sangat MUDAH....BERHENTI sejenak memikirkan keselamatan diri kamu sendiri atau berdoa untuk berkat dan kejayaan untuk diri kamu sendiri...ingat dan doa juga untuk orang lain yang memerlukan KESELAMTAN itu dan KEPERLUAN untuk hidup itu.... 

No comments:

Post a Comment