sesamamu

Saturday, April 24, 2010

Berapa NILAI kemanusian itu?

Berapakah nilai kemanusian itu? ada nilai kah bagi setiap MARUAH manusia itu? "sesamamu" tidak bercakap tentang bakat ataupun keupayaan seseorang itu yang boleh dinilai oleh wang ringgit, tetapi "sesamamu" bercakap tentang MARUAH seseorang manusia itu. Bagi sesamamu, MARUAH tidak ada nilainya, jika kita sesama insani ini pandai menghargainya. IA tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


Tetapi, dengan keadaan dunia yang semakin moden ini, nilai MARUAH seseorang yang bernama manusia itu sudah boleh dijual beli. Baik secara paksaaan ataupun sukarela. Segalanya sudah berubah. Kita, sesama manusia boleh membeli atau menjual MARUAH seseorang itu. "Sesamamu" juga pasti mereka yang terlibat di dalam pekerjaan seks itu juga telah meletakkan MARUAHnya di pasaran NAFSU serakah manusia kerana terpaksa ataupun dipaksa oleh keadaan dunia yang semakin hilang MARUAHnya.


Minggu ini, "Sesamamu" terpanggil untuk berkongsi tentang MARUAH ini kerana diakhbar tempatan semalam (Sabtu) muka depan terpampang satu tema topik yang menarik untuk kita renungkan bersama "PEMERDAGANGAN MANUSIA-[HUMAN TRAFFICKING]
Yang menyedihkan ialah, gadis muda ini telah ditipu oleh sendiket "Perdagangan seks" di sebuah bandar di Utara Sarawak-Limbang. Sebelum gadis ini datang ke Malaysia, dia telah ditipu, dengan telah ditawarkan gaji yang lumayan RM5,000.00 jika dia bekerja di Malaysia. Tetapi,setelah datang ke Malaysia-Sarawak, dia telah dijual kepada sendiket "Perdagangan seks" ini. sesudah beberapa minggu di Limbang, dia tidak menerima sesen pun bayaran daripada majikan nya di mana dia bekerja di sebuah kelab malam menjadi GRO-Pelayan kelab malam. Malah hari pertamanya di Limbang, dia dipaksa untuk melayan 2 orang "tetamu". Majikannya tidak membayarnya sesen pun kerana mendakwa gadis tersebut telah berhutang kepada majikannya RM2,000.00, iaitu kos membawanya dari Kuching ke Limbang.
Tetapi oleh kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku, gadis ini telah memberanikan diri membuat laporan dan pegawai di pejabat Konsulat Indonesia telah turun ke Limbang dan menyelamatkan mangsa ini.


Satu kisah yang sungguh sedih untuk dikongsikan kerana, sampai sekarang ini masih ada lagi "Pemerdagangan manusia" berlaku walaupun kita telah hidup di alam yang serba moden ini. Manusia mula rakus dan dikuasa oleh satu kuasa yang sangat BESAR kuasanya kepada dunia sekarang. WANG!!!. WANG telah menjadi satu kuasa yang begitu terpengaruh. Memang betul seperti yang dikatakan oleh bijak pandai..."The power is money, the money is power". Sekarang siapa punya banyak wang, dia boleh berkuasa malah boleh membeli MARUAH seseorang. Itulah yang berlaku dengan gadis ini. Dia telah dibutakan oleh WANG dan seterusnya telah ditipu oleh WANG yang secara langsungnya telah membeli MARUAHnya begitu sahaja oleh manusia yang mempunyai kuasa atas nama WANG.
Alkitab juga ada memberitahu kita, cinta akan wang adalah AKAR segala kejahilian.

Pernah juga "sesamamu" mendengar "pemerdagangan manusia" di mana manusia yang di dagangkan ialah bayi, kanak-kanak kecil. Ini berlaku di negara kita. Pada tahun yang lepas apabila rumah ini telah diserbu oleh pihak berkuasa. MENYEDIHKAN!!!!

1 Tim 6:10 [10] Karena akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka.


Tidak ada masalah kepada wang itu, cuma apabila manusia ini terlalu taksub dengan wang, ini menyebabkan ia menyumbang kepada akar kepada segala kejahatan itu. Tidak salahnya kita memiliki banyak wang dan mencari wang saku yang lebih untuk menyara hidup dan terus hidup di dunia ini yang segalanya adalah WANG. Tetapi kalau sudah terlalu taksub, sehingga menjadikan wang itu menguasai kita, kita mulai mencintai nya sehingga begitu sukar untuk kita melepaskan walau sesen pun daripada kita. Ya, kita adalah pemelik mutlak wang yang kita perolehi itu, tetapi hati-hati terhadapnya. Kita boleh menjadi GEMBIRA kalau ada wang tetapi kita boleh menjadi TIDAK TENTERAM kalau tiada wang. Jadi, ini menjadi tanda-tanda awal dimana hidup itu sudah dipengaruhi oleh wang. Kenapa?  cinta akan Tuhan itu telah pudar dan cinta akan wang itu semakin besar, iman percaya yang menjadi dasar orang percaya itu sudah mulai dibeli oleh kuasa wang itu. Akhirnya...tanggung jawab untuk sesamamu manusia mula terabai malah sanggup menggadaikan MARUAH insan yang bernama manusia.


Jadi, dalam isu kali ini, "Sesamamu" menyeru pembaca sekalian untuk lebih sensitif dan peka dengan isu "pemerdagangan manusia" ini. Jika anda melihat atau mendengar adanya aktiviti yang tidak berperikemanusiaan ini, cepat hubungi mereka yang berkuasa seperti nombor yang tertera diposter di atas. Jadilah telinga dan mata sesamamu manusia.

2 comments:

  1. SATU isu yang mungkin dipandang remeh oleh sebahagian kita. Mungkin seperti kata ahli ekonomi ada permintaan maka adalah pemasaran. Dalam sudut ini saya berpendapat bahawa manusia tidak akan diperdagangkan sekiranya tidak ada permintaan dari manusia itu sendiri. Sebagai contoh bayi yang dijual kerana ibubapanya kesempitan hidup dan sipembelinya pula sudah hilang cara untuk mendapatkan anak. Ironinya dalam kes ini, kedua-dua pihak menghadapai kepayahan tetapi pihak ketiga pula mendapat keuntungan. Saya kira, dalam keadaan apapun terdesaknya kita, pastikan cara kita itu betul. Jangan meneguk di air yang keruh. Biar terdesak manapun pun kita, sebenarnya banyak cara untuk kita selesaikan. Fikirlah secara waras. Hentikan permerdagangan orang ...dan berhenti menjadi samada pembeli atau orang yang diperdagangkan itu...

    ReplyDelete
  2. Seperti yang dikatakan lebih awal lagi dalam artikal ini, manusia telah menjadi hamba kepada satu Tuan yang begitu besar kuasanya. WANG. tetapi kerana WANG ini juga banyak orang lain yang hidup dalam serba kekurangan malah ada yang sanggup bermatian untuk mendapatkan sesen sekali pun.
    Perkara ini tidak akan berlaku jika kerakusan manusia yang telah dikuasai oleh kuasa wang ini mementingkan keuntungan yang berlipat kali ganda sehingga tidak mahu kerugiaan sesen pun. Yang menjadi mangsa ialah, mereka yang tersempat oleh kerana keadaan mereka yang mempunyai kuasa Wang ini.

    ReplyDelete