sesamamu

Monday, August 30, 2010

Jalur Gemilang lambang PERLINDUNGAN ku...

Kepada mereka yang takut kepada-Mu telah Kauberikan panji-panji, tanda untuk berlindung terhadap panah.(Mazmur 60:4)


Petikan daripada kitab Mazmur 60:4 menyatakan bagaimana panji-panji atau Bendera itu menjadi "pelindung" kepada mereka yang bernaung di bawah panji-panji itu daripada panah pihak musuh. Dalam erti kata lain, kita melihat betapa Bendera sebagai lambang kerajaan yang berdaulat dan kuasa pemerintah tersebut yang dinyatakan kedaulatannya pada bendera tersebut. Dalam konteks ayat ini, TUHAN yang Raja Daud sembah dan yang dia percaya menjadi lambang Kekuatannya untuk terus memerintah. Sehingga dalam petikan ayat ini, dia mengatakan betapa mereka yang bernaung di bawah bendera ini akan terus dilindungi. Bermaksud, dengan terus mengangkat dan mengibar bendera tersebut, mereka akan terus memiliki perlindungan daripada serangan pihak musuh...


Minggu yang lepas, berapa ramaikah daripada kita di Malaysia ini mempunyai perasaan Marah-Geram-dan Terhina apabila bendera Jalur Gemilang kita di bakar serta disimbah najis manusia di sebuah negara jiran kita baru-baru ini. Ataupun kita langsung tidak mempunyai perasaan langsung apabila orang membuat sesuatu yang melampau kepada Jalur Gemilang kita? Bukan maksud sesamamu mengapi-apikan kita untuk melakukan sesuatu yang tidak rasional membalas balik perbuatan mereka, tetapi ingin mengetahui sejauh mana kita ada "perasaan" mempertahankan kedaulatan negara kita-Malaysia tercinta ini. Senang atau gembira kah kamu apabila melihat jalur gemilang diperlakukan sedemikian rupa?


Simbol Kemegahan Negara Ku


Berapa ramaikah dikalangan kita tahu akan beberapa simbol kemegahan negara kita yang harus kita pertahankan. Selain jalur gemilang, Lagu Negaraku-Bunga Raya-Harimau-Tugu kebangsaan-Bahasa Kebangsaan-Bahasa Melayu adalah antara simbol-simbol negara kita yang harus kita pertahankan daripada "dianiaya".  Apa akan kita lakukan jika ada orang lain cuba memperbodohkan simbol-simbol ini? Adakah anda mengambil langkah "defensive" ataupun "ada ku kesah?"?


Mengapa Mesti Bendera?


Bendera melambangkan kedaulatan sesebuah kerajaan ataupun negara. Kalau kita imbas kembali 53 tahun yang lepas - 31 Ogos 1957 lalu, apabila bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Malaysia-Melaya pada masa itu. Sesamamu dapat bayangkan betapa "megah"nya mereka melihat Bendera Malaysia berkibar dengan Bangganya ketika itu. Perasaan KEBEBASAN-MARUAH BANGSA dan NEGARA begitu bernilai pada masa itu, dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Stadium Merdeka pada ketika itu diselubungi satu perasaan yang sangat teruja kerana melihat bendera Jalur Gemilang itu berkibar megah di angkasa. Satu lambang kedaulatan, kebebesan dan keselamatan di bawah naungan panji  negara itu.
Tetapi, sejauh manakah generasi pada masa ini menilai erti sebuah Bendera yang menjadi tanda atau simbol KEBEBASAN serta KESELAMATAN dan PERLINDUNGAN sebuah negara?


Jalur gemilang Simbol PERLINDUNGAN negara untuk aku...


Malam tadi, sesamamu berkesempatan melihat suasana petang sekitar Kuching. Melihat beberapa premis kedai mahupun bangunan pejabat yang mengibarkan jalur gemilang amat terharu betapa rakyat di negara ini masih bangga dengan jalur gemilang mereka tetapi ada juga yang langsung tidak ambil kisah untuk mengibarkan jalur gemilang dipremis mereka masing-masing. Dan ada satu-satu kawasan itu, terlalu ketara dan mungkin boleh diagak siapa yang mahu atau pun tidak mengibarkan jalur gemilang itu. (Sesamamu harap ianya prejudis semata-mata). Sesamamu membuat kesimpulan bahwa mereka yang tidak mahu mengibarkan Jalur gemilang di premis-premis mereka mungkin tidak mahu menunjuk-nunjuk semangat patriotik mereka. Biar dalam hati sahaja kibarkan bendera. 


Tetapi bendera bukannya untuk dikibarkan dalam hati bukan? apa gunanya bendera? Sudah semestinya untuk ditunjukkan dan dikibarkan dengan penuh rasa bangga!!!


Kerana ia melambangkan PERLINDUNGAN di bawah satu panji kedaulatan Raja dan Negara yang MERDEKA.


Selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kita yang ke 53 tahun. MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA...

Sunday, August 22, 2010

Sumbangan Laman Web lucah kepada Rogol...

Semalam ada beberapa NGO menyuarakan supaya kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas lagi tentang menyekat laman-laman web lucah yang begitu mudah dilayari. Mereka berpendapat, laman-laman web lucah ini telah menyumbang kepada gejala-gejala sosial yang semakin menular di negara kita sekarang. Masalah seperti kes pembuangan bayi dan kes rogol menjadi-menjadi di negara kita sekarang dikatakan mempunyai kaitan dengan bebasnya rakyat di negara kita ini melayari laman-laman web yang lucah ini. Semua peringkat umur baik daripada kanak-kanak hingga ke orang-orang dewasa begitu mudah melayari laman-laman web lucah ini tanpa sekatan yang proaktif.


Pemantauan


Apa yang mampu kerajaan kita lakukan? Menyekat lawan-laman web lucah ini? Mungkin perkara ini dapat dilakukan dengan penyekatan yang lebih tegas lagi. Tapi sejauh manakah keberkesanannya dapat mengurangkan masalah sosial ini? Ya, tidak mustahil ia dapat mengurangkannya...cuba dulu, manalah tahu akan berkesan.
Tetapi dalam masa yang sama, pengedaran-pengedaran DVC,VCD lucah juga harus dikekangkan bersama. Mana-mana pihak yang berkuasa tertentu harus bekerja lebih bertanggung jawab lagi untuk mengekang penjualan CD-CD haram ini terus berleluasa.


Runtuhnya institusi keluarga.


Bila bercakap tentang institusi keluarga, kedua ibu bapa menjadi tonggak yang utama didalam memastikan anak-anak mereka mahupun seisi keluarga mereka hidup didalam harmoni. Ya bercakap tentang keharmonian keluarga, kebanyakan institusi keluarga di negara kita sekarang adalah dari kalangan ibu-bapa muda. Ini bermakna, kebanyakan mereka adalah bekerja sepenuh masa, oleh itu anak-anak yang ada diberi penjagaan sepenuhnya kepada ama' ataupun pusat jagaan kanak-kanak. Bagi yang tidak mampu, kebanyakan anak-anak ini dibiarkan begitu sahaja. Ini menimbulkan masalah yang lain pula kepada anak-anak tersebut. Terjadinya kanak-kanak liar yang terbiar dijalanan kota.
Keruntuhan institusi keluarga ini mula ketara di negara kita sehinggakan di dada-dada akhbar kita sekarang banyak kes-kes cerai dilaporkan sehingga perkahwinan itu terlalu "murah" nilainya. Tak suka, lafazkan cerai...


Ada benda lain selain laman web lucah ni kan????


Satu soalan yang baik untuk sama-sama kita renungkan disini. Mesti ada perkara-perkara yang lain yang menyumbang kepada meningkatnya gejala-gejala sosial ini. Antaranya yang MUNGKIN menjadi faktor penyumbang ialah...;

Salah satu daripadanya ialah: MINUMAN menguatkan tenaga batin
Ini salah satu contoh yang sesamamu perhatikan terlalu menular sekarang. Pelbagai macam minuman kuatkan tenaga dalaman terutama untuk si lelaki. Apa lagi, apabila sudah minum sekian lama, bagi yang belum berkahwin tu, mulalah mencari "mangsa" untuk dicobai sejauh mana kekuatan yang dimiliki setelah meminumnya buat sekian lama. Malah iklan-iklan di TV menunjukkan betapa hebatnya produk kekuatan dalaman mereka apabila meminumnya. Melampau kan??? Iklan 18sx buatan Malaysia...


dan banyak lagi sebabnya. Sesamamu ingin kita renungkan bersama punca-punca lain yang ada yang mempengaruhi kes-kes rogol ini...apa kata anda???

Monday, August 16, 2010

Tak habis-habis...sampai Bila?

Oleh kerana leka dan terpedaya dengan pujukan "kawan lelaki" yang baru dikenali, seorang budak perempuan dilaporkan dirogol lagi beramai-ramai oelh rakan -rakan "kawan lelaki" nya. Yang menyedihkan, si gadis yang baru berusia 14 tahun ini mengetahui yang dia telah dirogol setelah keesokan harinya dia mendapati dia terbaring tanpa seurat benang pun ditubuhnya. 
Menurut laporan polis yang dibuta, budak perempuan ini telah tidak sedarkan diri apabila telah "dipaksa" menuman keras yang berlebihan.



PERSOALANNYA;


1. Kenapa mesti keluar?

Perkara ini berlaku pada malam ahad dan laporan polis hanya dibuat pada hari Isnin. Ya, persoalannya kenapa mesti keluar dengan orang yang baru dikenali?
Sesamamu pasti persoalan ini akan mempunyai 1001 macam jawapannya. 
Jadi wahai anak-anak gadis yang belum tahu membezakan yang baik dan yang buruk, perlulah ada rasa hormat dan tanggung jawab kepada orang tua mu serta diri mu sendiri.
Jika, orang tua mu engkau perlekehkan, inilah akibatnya! Begitu juga dengan rasa hormat terhadap "diri mu" sendiri. Sayangterhadap nyawa mu kerana sudah pasti Tuhan memberi nafas yang ada ini untuk engkau terus hiudo untuk memuliakannya. Dan bukan mempersiakannya dengan KEBODOHAN diri mu sendiri. 
Ya, kata-kata ini amat pedas, tetapi sesamamu terus katakan ini demi kebaikan Gadis-gadis Bawah umur yang diluar sana. Sebelum perkara yang tidak diduga mungkin akan menimpa kepada diri mu, rakan-rakan  mu atau mungkin adik-adik perempuan mu...Ingat-ingatlah selalu bahawa dirimu amat berharga dan bernilai bukan sahaja kepada dirimu sendiri malah yang terutama ibu bapa mu yang membesarkan kamu!


2. Kalau berlaku dengan adik kamu?
Bagi mereka yang melakukan perkara ini, mengambil kesempatan dengan memperdayakan budak mentah yang tidak tahu apa-apa ini, sesamamu juga mengajukan soalan ini kepada kamu. Kalau budak perempuan itu adik kamu? Apa perasaan kamu?
Sesamamu tak faham, jahil sangatkah pelaku seks ini. Sampai sanggup melakukan "teknik" kotor untuk memperkosa budak bawah umur? Kalaulah orang buat dengan adik kamu. Apa macam? Kamu ketawa riang melihat dan "join" sekali mereka melapah sekujur tubuh yang sudak "dimabukkan" itu sepuas-puasnya?
SADIS!!!, KEJAM!!! JAHIL!!! itu beberapa perkataan yang sesamamu mahu katakan kepada para pelaku ini.


Tanggung Jawab bersama...
Hingga ke hari ini, sesamamu tidak akan berhenti menyedarkan kepada masyarakat di luar sana betapa kita sebagai masyarakat dan manusia yang telah bertemadun lama untuk sama-sama bertanggung jawab dan berkongsi bersama tentang permasalahan ini. Mungkin cara yang terbaik setakat ini ialah, sama-sama kita berpakain serba hitam setiap hari Khamis(Every Thursdays in Black) untuk menyokong memBERHENTIKAN gejala rogol ini .( Thursdays in Black membawa mesej - HENTIKAN keganasan terhadap wanita, Rogol, Penderaan dan pembuangan anak)
Jadilah masyarakat yang perihatin terhadap apa yang berlaku di persekitaran kita. Mungkin "mereka" ini orang yang kita kenal ataupun saudara kita. Mana tahu????
Walaupun kita mempunyai perbedaan, tetapi Tuhan yang telah mengizinkan perbedaan itu supaya kita saling memperhatikan (1 Kor 25:22)

Sunday, August 8, 2010

ROGOL kanak-kanak meningkat

Dua hari yang lepas (6 Ogos) dilaporkan seorang datuk angkat kepada budak perempuan 13 tahun telah menjadi hamba seks kepada datuknya selama 5 tahun sejak dia berumur 8 tahun. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis setelah ibu mangsa hairan kenapa tiba-tiba anak nya tidak mahu dihantar ke rumah datuk tirinya itu. Selama 5 tahun, budak perempuan ini diugut tidak akan diberi belanja sekolah kalau memberitahu perbuatan terkutuknya kepada orang lain.
Dan semalam (7 Ogos), seorang budak perempuan berumur 12 tahun telah dirogol beramai-ramai oleh 3 orang. Budak perempuan ini mula berkenalan dengan salah seorang suspek 4 bulan yang lepas melalui sms. Perhubungan melalui sms ini mendorong budak perempuan ini bertemu dengan suspek, tetapi sebaliknya berlaku apabila salah seorang suspek ini telah membawa budak perempuan ini ke sebuah rumah di mana dia telah dirogol oleh 3 orang pemuda dalam lingkungan 20-22 tahun.

Di atas adalah antara berita "panas" salah laku seks terhadap kanak-kanak bawah umur.

Statistik MENINGKAT 2 kali ganda

Pada tahun 2003, 1479 kes telah dilaporkan kepada pihak polis tetapi pada tahun 2007, laporan kes rogol ini meningkat sebanyak, 3098. Peningkatan sebanyak 2 kali ganda dalam jangka masa 4 tahun ini amat membimbangkan. Kebanyakannya berlaku terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun. Menurut DSP Zaiton Che Lah; Ketua unit bahagian Jenayah seks dan siasatan kanak-kanak menyatakan
50 % kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.
Lihat betapa "RUNTUHNYA" sifat rasa hormat terhadap sesama manusia lebih-lebih lagi terhadap perempuan atau kanak-kanak bawah umur dalam hidup PEROGOL ini. Patutlah Karpal Sigh mencadangkan hukuman MATI harus dikenakan kepada perogol kanak-kanak ini. Pesalah ini bukan sahaja mematikan masa hadapan kanak-kanak ini tetapi juga melumpuhkanb seluruh hidup kanak -kanak ini, baik dari segi emosi, fizikal malah maruah dan harga diri... SADIS!!!

Banyak kes tapi TIDAK dilaporkan

Menurut Loh Cheng Kooi, Pengarah Eksekutif Women’s Centre for Change (WCC) Pulau Pinang, kes salah laku seks ini meningkat dan masih banyak lagi yang tidak dilaporkan. 80 % perogol ini adalah orang yang si mangsa ini kenal. Mereka adalah kalangan saudara mara mereka, datuk, pakcik, ayah, abang malah pemandu van sekolah dan teman lelaki mereka sendiri. Jadi kebanyakan perogol-perogol ini adalah orang yang dikenali oleh si mangsa. BINATANG!!!!
Bak pepatah Melayu "haruan memakan anaknya". Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang yang kanak-kanak ini percaya melakukan perkara yang terkutuk dan mengambil kesempatan kepada anak atau cucu sedarah dengannya?
Mereka ini berselindung disebalik kebaikan dan perwatakan yang mulia mereka tonjolkan. ya..."Don't judge the book by its cover". Amat benar peribahasa Inggeris tersebut, orang yang berpakain kemas, sopan santun pembawaanya bukan jaminan kepada keperibadian seseorang itu. Lihat, pemandu van sekolah yang sekian lama dikenali dengan perwatakan yang "mulia" ini boleh berubah menjadi "JEMBALANG PUAKA".

HILANG rasa hormat terhadap PEREMPUAN?

Adakah perogol ini sudah hilang rasa hormat mereka kepada perempuan sehingga apabila nafsu menguasai diri, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan mangsa yang diingini. Seperti kes rogol beramai-ramai pada 7 Ogos yang lepas, jelas menunjukkan betapa Perogol ini bukan sahaja dikuasai oleh nafsu tetapi rasa hormat terhadap perempuan itu sudah hilang dalam naluri mereka sebagai manusia. Atau sudah bertukar menjadi satu spesis binatang yang tiada langsung naluri kebinatangannya!!!

Hati-Hati dalam dunia IT

Kebanyakan kes yang tidak dilaporkan ataupun lambat diketahui selain daripada diugut secara kekerasan, kadang kala magsa salah laku seks ini diugut dengan mendedahkan peribadi mereka di internet. Jadi, para mangsa akan rasa tertekan dan mereka seperti hilang arah untuk mengadu. Apatah lagi kalau mangsa itu adalah kanak-kanak.
Itulah sebabnya, dinasihatkan untuk para perempuan berhati-hati di dalam mendedahkan identiti serta berkawan dengan mereka yang mempunyai agenda lain didalam perhubungan itu. Ini kerab berlaku di dalam hubungan pasangan kekasih yang selalunya akan ditabur dengan janji-janji manis sehingga akhirnya secara identiti peribadi seperti gambar yang tidak sepatutnya jatuh dalam tangan Perogol ini menjadi alat ugutan kepada mangsa.

Seribu macam sebab...

Ya, seribu macam sebab kenapa perkara ini berlaku. Apa yang paling utama, biar kita menjadi masyarakat yang perihatin tentang gejala ini. Laporkan jika kita mendengar, melihat perbuatan terkutuk ini dan sama-sama kita wujudkan persekitaran yang selamat untuk didiami...

Sunday, August 1, 2010

Lagi-lagi ROGOL-Lagi-lagi ROGOL!!!

Tak lekang dek hujan...begitulah gambarannya laporan kes ROGOL di dada-dada akhbar kita setiap hari. Ulang sekali lagi...SETIAP hari.
Sekejap datuk berumur 62 tahun merogol cucunya sejak berumur lapan tahun lagi sehingga umur BUDAK tersebut 16 tahun dan didapati hamil 6 bulan, pemandu bas sekolah merogol BUDAK perempuan berumur 10 tahun, seorang penagih dadah didapati merogol seorang GADIS kolej...dan banyak lagi "headline" kes rogol yang dilaporkan di dada-dada akhbar kita pada bulan Julai yang sudah. Itu bulan baru bulan Julai...
Persoalannya, kenapa kah hal ini berlaku di dalam masyarakat kita sekarang? Di manakah nilai kemanusia dan menghormati maruah diri orang lain? Nafsu sudah menguasai segalanya nya kah?


Bila difikirkan seorang datuk berumur 60 tahun mengambil kesempatan terhadap cucu nya sendiri, tidak masuk akal langsung!!!. Kenapa perkara ini harus terjadi. Begitu BERKUASAkah nafsu datuk tersebut sehingga mampu mengawal kewarasaannya sebagai manusia yang matang? Sungguh menghairankan dan menjadi tanda tanya apakah yang mendorong dia sanggup melakukan perkara TERKUTUK ini terhadap BUDAK gadis ini yang digelarnya cucu nya sendiri.


MATI jawapan bagi PEROGOL???


Hari ini, Karpal Singh telah mencadangkan HUKUMAN mati HARUS dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah rogol ini. Walaupun nampak terlalu "kejam" hukuman tersebut, tetapi beliau mempunyai rasionalnya sendiri untuk mencadangkan HUKUMAN yang berat ini harus dikenakan kepada pesalah ROGOL ini. Ya, beliau terdorong mengemukakan cadangan hukuman ini apabila negara kita kelmarin dikejutkan dengan kes ROGOL PEMANDU BAS SEKOLAH terhadap BUDAK perempuan berusia 10 tahun itu. Walaupun sebelum ini, dia mencadangkan supaya hukuman mati dimansuhkan sebelum ini.
"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.


Adakah setimpal HUKUMAN mati tersebut?


Adakah wajar seksyen 376 digubal dimana pesalah rogol ini dikenakan hukuman mati setimpal dengan apa yang mereka lakukan? Adakah ini mampu menyedarkan mereka yang mencadangkan melakukan perkara ini kepada insan yang mereka anggap lemah ini?


Sesamamu berpendapat mereka yang melakukan tabiat terkutuk ini seharusnya diajar secukup-cukupnya. Mungkin mengubal hukuman pesalah ROGOL ini kepada hukuman mati akan memberi mesej yang JELAS kepada mereka yang berhasrat melakukan jenayah terhina ini.


Puncanya?
Mungkinkah antara perkara -perkara di bawah ini menjadi peransang kepada tabiat tak normal ini;


i. Pengaruh Dadah
ii. Pengaruh alkohol
iii. Pengaruh media(Video atau bahan-bahan lucah)
iv. Ubat-ubat tradisional dalaman lelaki.
v. Khayalan tabii seks yang melampau


Adakah perkara-perkara diatas menjadi punca nya???


Sekitar ku yang tidak selamat


Sedih kalau dikenangkan ramai budak perempuan ataupun anak gadis kita hiudp di dalam keadaan persekitaran yang tidak selamat. Malah dalam rumah sendiri pun belum tentu mereka akan terlepas dari nafsu serakah manusia yang bertopengkan binatang ini.


Oleh itu, sesamamu mengajak kita ciptakan satu persekitaran yang selamat di dalam masyarakat kita...dengan HORMATI maruah orang lain...