Oleh kerana leka dan terpedaya dengan pujukan "kawan lelaki" yang baru dikenali, seorang budak perempuan dilaporkan dirogol lagi beramai-ramai oelh rakan -rakan "kawan lelaki" nya. Yang menyedihkan, si gadis yang baru berusia 14 tahun ini mengetahui yang dia telah dirogol setelah keesokan harinya dia mendapati dia terbaring tanpa seurat benang pun ditubuhnya.
Menurut laporan polis yang dibuta, budak perempuan ini telah tidak sedarkan diri apabila telah "dipaksa" menuman keras yang berlebihan.
PERSOALANNYA;
1. Kenapa mesti keluar?
Perkara ini berlaku pada malam ahad dan laporan polis hanya dibuat pada hari Isnin. Ya, persoalannya kenapa mesti keluar dengan orang yang baru dikenali?
Sesamamu pasti persoalan ini akan mempunyai 1001 macam jawapannya.
Jadi wahai anak-anak gadis yang belum tahu membezakan yang baik dan yang buruk, perlulah ada rasa hormat dan tanggung jawab kepada orang tua mu serta diri mu sendiri.
Jika, orang tua mu engkau perlekehkan, inilah akibatnya! Begitu juga dengan rasa hormat terhadap "diri mu" sendiri. Sayangterhadap nyawa mu kerana sudah pasti Tuhan memberi nafas yang ada ini untuk engkau terus hiudo untuk memuliakannya. Dan bukan mempersiakannya dengan KEBODOHAN diri mu sendiri.
Ya, kata-kata ini amat pedas, tetapi sesamamu terus katakan ini demi kebaikan Gadis-gadis Bawah umur yang diluar sana. Sebelum perkara yang tidak diduga mungkin akan menimpa kepada diri mu, rakan-rakan mu atau mungkin adik-adik perempuan mu...Ingat-ingatlah selalu bahawa dirimu amat berharga dan bernilai bukan sahaja kepada dirimu sendiri malah yang terutama ibu bapa mu yang membesarkan kamu!
2. Kalau berlaku dengan adik kamu?
Bagi mereka yang melakukan perkara ini, mengambil kesempatan dengan memperdayakan budak mentah yang tidak tahu apa-apa ini, sesamamu juga mengajukan soalan ini kepada kamu. Kalau budak perempuan itu adik kamu? Apa perasaan kamu?
Sesamamu tak faham, jahil sangatkah pelaku seks ini. Sampai sanggup melakukan "teknik" kotor untuk memperkosa budak bawah umur? Kalaulah orang buat dengan adik kamu. Apa macam? Kamu ketawa riang melihat dan "join" sekali mereka melapah sekujur tubuh yang sudak "dimabukkan" itu sepuas-puasnya?
SADIS!!!, KEJAM!!! JAHIL!!! itu beberapa perkataan yang sesamamu mahu katakan kepada para pelaku ini.
Tanggung Jawab bersama...
Hingga ke hari ini, sesamamu tidak akan berhenti menyedarkan kepada masyarakat di luar sana betapa kita sebagai masyarakat dan manusia yang telah bertemadun lama untuk sama-sama bertanggung jawab dan berkongsi bersama tentang permasalahan ini. Mungkin cara yang terbaik setakat ini ialah, sama-sama kita berpakain serba hitam setiap hari Khamis(Every Thursdays in Black) untuk menyokong memBERHENTIKAN gejala rogol ini .( Thursdays in Black membawa mesej - HENTIKAN keganasan terhadap wanita, Rogol, Penderaan dan pembuangan anak)
Jadilah masyarakat yang perihatin terhadap apa yang berlaku di persekitaran kita. Mungkin "mereka" ini orang yang kita kenal ataupun saudara kita. Mana tahu????
Walaupun kita mempunyai perbedaan, tetapi Tuhan yang telah mengizinkan perbedaan itu supaya kita saling memperhatikan (1 Kor 25:22)
No comments:
Post a Comment