Semalam ada beberapa NGO menyuarakan supaya kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas lagi tentang menyekat laman-laman web lucah yang begitu mudah dilayari. Mereka berpendapat, laman-laman web lucah ini telah menyumbang kepada gejala-gejala sosial yang semakin menular di negara kita sekarang. Masalah seperti kes pembuangan bayi dan kes rogol menjadi-menjadi di negara kita sekarang dikatakan mempunyai kaitan dengan bebasnya rakyat di negara kita ini melayari laman-laman web yang lucah ini. Semua peringkat umur baik daripada kanak-kanak hingga ke orang-orang dewasa begitu mudah melayari laman-laman web lucah ini tanpa sekatan yang proaktif.
Pemantauan
Apa yang mampu kerajaan kita lakukan? Menyekat lawan-laman web lucah ini? Mungkin perkara ini dapat dilakukan dengan penyekatan yang lebih tegas lagi. Tapi sejauh manakah keberkesanannya dapat mengurangkan masalah sosial ini? Ya, tidak mustahil ia dapat mengurangkannya...cuba dulu, manalah tahu akan berkesan.
Tetapi dalam masa yang sama, pengedaran-pengedaran DVC,VCD lucah juga harus dikekangkan bersama. Mana-mana pihak yang berkuasa tertentu harus bekerja lebih bertanggung jawab lagi untuk mengekang penjualan CD-CD haram ini terus berleluasa.
Runtuhnya institusi keluarga.
Bila bercakap tentang institusi keluarga, kedua ibu bapa menjadi tonggak yang utama didalam memastikan anak-anak mereka mahupun seisi keluarga mereka hidup didalam harmoni. Ya bercakap tentang keharmonian keluarga, kebanyakan institusi keluarga di negara kita sekarang adalah dari kalangan ibu-bapa muda. Ini bermakna, kebanyakan mereka adalah bekerja sepenuh masa, oleh itu anak-anak yang ada diberi penjagaan sepenuhnya kepada ama' ataupun pusat jagaan kanak-kanak. Bagi yang tidak mampu, kebanyakan anak-anak ini dibiarkan begitu sahaja. Ini menimbulkan masalah yang lain pula kepada anak-anak tersebut. Terjadinya kanak-kanak liar yang terbiar dijalanan kota.
Keruntuhan institusi keluarga ini mula ketara di negara kita sehinggakan di dada-dada akhbar kita sekarang banyak kes-kes cerai dilaporkan sehingga perkahwinan itu terlalu "murah" nilainya. Tak suka, lafazkan cerai...
Ada benda lain selain laman web lucah ni kan????
Satu soalan yang baik untuk sama-sama kita renungkan disini. Mesti ada perkara-perkara yang lain yang menyumbang kepada meningkatnya gejala-gejala sosial ini. Antaranya yang MUNGKIN menjadi faktor penyumbang ialah...;
Salah satu daripadanya ialah: MINUMAN menguatkan tenaga batin
Ini salah satu contoh yang sesamamu perhatikan terlalu menular sekarang. Pelbagai macam minuman kuatkan tenaga dalaman terutama untuk si lelaki. Apa lagi, apabila sudah minum sekian lama, bagi yang belum berkahwin tu, mulalah mencari "mangsa" untuk dicobai sejauh mana kekuatan yang dimiliki setelah meminumnya buat sekian lama. Malah iklan-iklan di TV menunjukkan betapa hebatnya produk kekuatan dalaman mereka apabila meminumnya. Melampau kan??? Iklan 18sx buatan Malaysia...
dan banyak lagi sebabnya. Sesamamu ingin kita renungkan bersama punca-punca lain yang ada yang mempengaruhi kes-kes rogol ini...apa kata anda???
ibu bapa juga harus memainkan peranan penting, sepatutnya memberi perhatian kepada anak anak, kalau kita saling menghormati,sudah pasti anak anak akan menuruti nasihat kita
ReplyDeletesetuju. segalanya bermula di rumah. orang tua mainkan peranan yang penting juga untuk memastikan anak mereka tidak diabaikan begitu sahaja.
ReplyDelete