Dua hari yang lepas (6 Ogos) dilaporkan seorang datuk angkat kepada budak perempuan 13 tahun telah menjadi hamba seks kepada datuknya selama 5 tahun sejak dia berumur 8 tahun. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak polis setelah ibu mangsa hairan kenapa tiba-tiba anak nya tidak mahu dihantar ke rumah datuk tirinya itu. Selama 5 tahun, budak perempuan ini diugut tidak akan diberi belanja sekolah kalau memberitahu perbuatan terkutuknya kepada orang lain.
Dan semalam (7 Ogos), seorang budak perempuan berumur 12 tahun telah dirogol beramai-ramai oleh 3 orang. Budak perempuan ini mula berkenalan dengan salah seorang suspek 4 bulan yang lepas melalui sms. Perhubungan melalui sms ini mendorong budak perempuan ini bertemu dengan suspek, tetapi sebaliknya berlaku apabila salah seorang suspek ini telah membawa budak perempuan ini ke sebuah rumah di mana dia telah dirogol oleh 3 orang pemuda dalam lingkungan 20-22 tahun.
Di atas adalah antara berita "panas" salah laku seks terhadap kanak-kanak bawah umur.
Statistik MENINGKAT 2 kali ganda
Pada tahun 2003, 1479 kes telah dilaporkan kepada pihak polis tetapi pada tahun 2007, laporan kes rogol ini meningkat sebanyak, 3098. Peningkatan sebanyak 2 kali ganda dalam jangka masa 4 tahun ini amat membimbangkan. Kebanyakannya berlaku terhadap kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun. Menurut DSP Zaiton Che Lah; Ketua unit bahagian Jenayah seks dan siasatan kanak-kanak menyatakan
50 % kes rogol yang dilaporkan adalah melibatkan kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.
Lihat betapa "RUNTUHNYA" sifat rasa hormat terhadap sesama manusia lebih-lebih lagi terhadap perempuan atau kanak-kanak bawah umur dalam hidup PEROGOL ini. Patutlah Karpal Sigh mencadangkan hukuman MATI harus dikenakan kepada perogol kanak-kanak ini. Pesalah ini bukan sahaja mematikan masa hadapan kanak-kanak ini tetapi juga melumpuhkanb seluruh hidup kanak -kanak ini, baik dari segi emosi, fizikal malah maruah dan harga diri... SADIS!!!
Banyak kes tapi TIDAK dilaporkan
Menurut Loh Cheng Kooi, Pengarah Eksekutif Women’s Centre for Change (WCC) Pulau Pinang, kes salah laku seks ini meningkat dan masih banyak lagi yang tidak dilaporkan. 80 % perogol ini adalah orang yang si mangsa ini kenal. Mereka adalah kalangan saudara mara mereka, datuk, pakcik, ayah, abang malah pemandu van sekolah dan teman lelaki mereka sendiri. Jadi kebanyakan perogol-perogol ini adalah orang yang dikenali oleh si mangsa. BINATANG!!!!
Bak pepatah Melayu "haruan memakan anaknya". Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang yang kanak-kanak ini percaya melakukan perkara yang terkutuk dan mengambil kesempatan kepada anak atau cucu sedarah dengannya?
Mereka ini berselindung disebalik kebaikan dan perwatakan yang mulia mereka tonjolkan. ya..."Don't judge the book by its cover". Amat benar peribahasa Inggeris tersebut, orang yang berpakain kemas, sopan santun pembawaanya bukan jaminan kepada keperibadian seseorang itu. Lihat, pemandu van sekolah yang sekian lama dikenali dengan perwatakan yang "mulia" ini boleh berubah menjadi "JEMBALANG PUAKA".
HILANG rasa hormat terhadap PEREMPUAN?
Adakah perogol ini sudah hilang rasa hormat mereka kepada perempuan sehingga apabila nafsu menguasai diri, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan mangsa yang diingini. Seperti kes rogol beramai-ramai pada 7 Ogos yang lepas, jelas menunjukkan betapa Perogol ini bukan sahaja dikuasai oleh nafsu tetapi rasa hormat terhadap perempuan itu sudah hilang dalam naluri mereka sebagai manusia. Atau sudah bertukar menjadi satu spesis binatang yang tiada langsung naluri kebinatangannya!!!
Hati-Hati dalam dunia IT
Kebanyakan kes yang tidak dilaporkan ataupun lambat diketahui selain daripada diugut secara kekerasan, kadang kala magsa salah laku seks ini diugut dengan mendedahkan peribadi mereka di internet. Jadi, para mangsa akan rasa tertekan dan mereka seperti hilang arah untuk mengadu. Apatah lagi kalau mangsa itu adalah kanak-kanak.
Itulah sebabnya, dinasihatkan untuk para perempuan berhati-hati di dalam mendedahkan identiti serta berkawan dengan mereka yang mempunyai agenda lain didalam perhubungan itu. Ini kerab berlaku di dalam hubungan pasangan kekasih yang selalunya akan ditabur dengan janji-janji manis sehingga akhirnya secara identiti peribadi seperti gambar yang tidak sepatutnya jatuh dalam tangan Perogol ini menjadi alat ugutan kepada mangsa.
Seribu macam sebab...
Ya, seribu macam sebab kenapa perkara ini berlaku. Apa yang paling utama, biar kita menjadi masyarakat yang perihatin tentang gejala ini. Laporkan jika kita mendengar, melihat perbuatan terkutuk ini dan sama-sama kita wujudkan persekitaran yang selamat untuk didiami...
No comments:
Post a Comment