sesamamu

Saturday, December 31, 2011

Jalan Raya Pan Borneo Sarawak Vs Sabah

Ini berdasarkan pemerhatian peribadi sesamamu sendiri dan pengalaman merentasi jalan raya tersebut dari Kuching sehingga ke Kota Belud di Sabah minggu yang sudah. Perjalanan yang memakan masa 30-35 Jam termasuk tersekat 3-4 Jam di Feri Padaruan (Sempadan Limbang-Brunei) serta Q yang pengalaman Q- yang panjang di kedua-duak pos kawalan imigrasi Malaysia dan Brunei.

Dalam pemerhatian serta pengalaman Sesamamu disepanjang perjalanan tersebut dengan menggunakan Protos Saga Iswara(1999) sesamamu, ternyata sesamamu dapat katakan, Jalan Raya Pan Borneo di Sebelah Sabah jauh lebih baik daripada Sarawak. Bukan sahaja keadaan jalan Raya baik keadaaan permukaan jalan tetapi jalan rayanya lebih luas jika dibanding dengan jalan raya di Sarawak.

Jalan Raya Pan Borneo Sarawak Sempit...

Kalau anda pernah melalui jalan raya Sarawak, anda pasti mengalami trauma yang tersangat hebat kerana dapat merasakan betapa lori mahupun bas-bas yang besar ini seakan-akan bergeser dengan kenderaan anda. Di tambah lagi dengan keadaan jalan raya yang beralun!.

Jalan aya dari Simpang Mukah-Selanagau ke Bintulu seakan-akan anda berada di lautan yang berombak. Keadaan jalan yang beralun-alun. Bak kata pepatah, " Seperti di buai ombak". Lain pula ceritanya kalau melalui jalan raya lama Bintulu-Miri, anda terpaksa menaikkan skil pemanduan untuk mengelakkan lobang-lobang sepanjang perjalanan seakan-akan senjata "periuk api" yang  siap sedia memerangkap kenderaan anda. Tidak hairan beberapa kali Proton Saga-Iswara tua Sesamamu terlanggar "periuk api' tersebut. Dan sampai di Lawas...kena perbaiki kerosakan pula!

Jalan Raya Sabah ok la...

Jika dibandingkan dengan Jalan Raya Sarawak, ya, Jalan Raya Sabah boleh sesamamu katakan, OK lah. Sepanganj perjalanan dari Lawas-kota Belud-Lawas, tiada pengalaman untuk melalui jalan yang sempit dan beralun tersebut. Walaupun Sabah lebih berbukit bukau keadaan muka buminya, tetapi, kerajaan Negeri mahupun Pusat dapat menaikkan taraf jalan raya neger Sabah. Jika bentuk muka bumi menjadi alasan kenapa Sarawak tidak memiliki jalan raya yang baik, Sesamamu membangkang keras akan alasan tersebut.

16 Billion untuk naik taraf jalan raya Pan Borneo Sarawak...

Berapalah jumlah tersebut kalau hendak dibandingkan dengan lebuh raya di Tanah Seemenanjung jika dibandingkan sumber kekayaan negeri Sarawak? MP Sarawak telah mengeluarkan kenyataan tersebut seminggu sebelum hari Krismas yang lepas. Dia seakan-akan memberi alsana betapa mahalnya kos yang perlu kerajaan pusat keluarkan hanya untuk menaikkan taraf jalan "trunk" di Sarawak. Tetapi sebagai rakyat biasa yang selayaknya mendapat hak memiliki insfrastruktur jalan yang baik ingin menyatakan, "Berapa sangatlah kos tersebut jika dibandingkan dengan kekayaan sumber dari Sarawak".

Jadi, sebagai mengenang tahun 2011, dan jalan yang runtuh di KM77 Di Sarawak, sesamamu ingin menyatakan, Jalan Raya Sarawak secara keseluruhannya jauh mundur kebelakang jika dibandingkan jalan raya Sabah....Apa kata anda???

Tuesday, December 27, 2011

25,000 orang mati kelaparan setiap hari di seluruh dunia....

Selamat hari Natal...

Masuk sahaja melawat rumah rakan rakan, kita kan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan menarik. Malam Krismas pula, kita juga akan makan malam bersama keluarga ataupun rakan-rakan untuk merayakan malam Krismas tersebut.

Pada hari perayaan ini, kita akan membelanjakan wang yang ada untuk menyediakan makanan yang terbaik baik untuk kita mahupun  rakan-rakan yang akan mengunjungi rumah kita. Tidak kurangnya ada yang sanggup membelanjakan wang mereka di restauran-restauran yang ternama.

"Chicken ala carte..."

Sebuah dekomentari tentang bagaimana kita membazirkan makanan yang kita ada tetapi dalam masa yang sama ada orang lain yang belum tentu menjamah sesuap nasipun. Apabila dua orang rakan yang memesan makanan di sebuah restauran makanan segera, mereka langsung tidak menghabiskan makanan itu, tetapi di belakang restauran makanan segera tersebut, setiap hari seorang ayah akan mencari sisa-sisa paha ayam mahupun sayap ayam yang dibuang begitu sahaja untuk dibawa pulang.

Dengan menggunakan basikal tuanya itu, dia akan membahagikan makanan tersebut kepada kanak-kanak yang ada dijalanan yang menanti akan kehadirannya. Selebihnya akan dibawa pulang ke rumahnya sendiri. Seperkara yang menghayat hati didalam dokumentari ini ialah apabila, seisi keluarga si ayah ini mengucapkan syurkur terima kasih kepada Tuhan keatas makanan yang tersedia dihadapan mereka walaupun hanya sisa!!!

Pembaziran sumber makannan...

Dianggarkan berbiliion-billion tan sisa sumber makanan kita buang setiap hari dan dalam masa yang sama, berpuluh ribu manusia mati kebuluran di pelusuk dunia. Kebanyakan negara yang maju mahupun membangun merupakan penyumbang yang terbesar kepada masalah pembaziran sumber makanan ini. Kita sanggup membelanjakan wang kita untuk mendapatkan makanan yang belum tentu kita habiskan dan akhirnya, makana itu akan menjadi penghuni tong sampah. Apatah lagi pada musim-musim perayaan ini, demi menjaga status ataupun standard, kita menghidangkan makana yang lebih daripada mencukupi, dan akhirnya, makanan tersebut akan dibuang begitu sahaja. Bukankah ini satu pembaziran sumber makanan?

Sikap seorang pemboros...

Dalam masa yang sama kita merayakan hari Natal ini dengan penuh gembira beserta makanan yang berkelimpahan, kita juga harus belajar untuk mangawal sikap pemboros itu. Boros dalam segala aspek dalam menyediakan makan serta mendapatkan makanan di masa-masa perayaan ini. Akhirnya, terlalu banyak makanan lebihan yang pada hakikatnya bukan boleh dimakan oleh sesiapapun kerana sudah basi. Bukankah ini satu sikap yang "pemboros".

Sesamamu percaya, semua agama mengajar kita untuk lebih berjimat cermat dan bukan boros!

Sesamamu ingin mengingatkan kita sekalai lagi, apapun tindakan kita sebenarnya meninggalkan kesan kepada orang lain di dunia ini. Pembaziran sumber makanan bukan sahaja menyebabkan sisa-sisa makan ini berlonggokan di pusat pembuangan sampah, malah sumber alam sekitar serta persekitaran kita semakin terjejas juga, belum diambil kira 25,000 orang yang mati kebuluran setiap hari di dunia ini!

Monday, December 19, 2011

Polis tidak suruh Christmas Carol kah?

Soalan bonus yang diajukan kepada sesamamu minggu yang lepas sebelum satu kumpulan melakukan Krismas Carol, mengunjungi rumah-rumah rakan mereka yang merayakan Krismas. Kunjungan "Christmas Carol" tersebut telah dimulakan dengan doa pengucapan syukur serta meditasi daripada Firman Tuhan sebelum para peserta Christmas Carol ini berjalan berkumpulan mengunjungi rumah rakan-rakan mereka yang membuka rumah untuk diberkati dengan Shalom-damai sejahtera kerana kelahiran Raja Damai iaitu Kristus Tuhan itu.

Tetapi, soalan mengatakan "Polis tidak suruh Christmas Carolkah?" adalah respon terhadap apa yang berlaku di Johor-Lembah kelang-Petaling Jaya di mana ketua-ketua polis di tempat-tempat tersebut telah mengarahkan mana-mana Christmas Carol yang ingin dilakukan harus memberi keterangan serta memohon kebenaran.


Buta sejarah apa?

Sesamamu dengan tegasnya ingin memberi amaran kepada mana-mana ketua-ketua Balai Polis yang MUDA-MUDA ini supaya mendalami sejarah mana-mana agama mahupun kepercayaan sebelum membuat sesuatu arahan yang pasti akan mengundang kepentingan politik mana-mana pihak kelak. JANGAN ikut suka hati sahaja tanpa melihat asal usul sesebuah keprcayaan agama tersebut dan kenapa perlua ada sesuatu perayaan yang sedemikian rupa dilakukan.

Jangan sampai di Sarawak!!!

Ini adalah amaran keras daripada Sesamamu kepada mana-mana ORANG-ORANG YANG BERKEDUDUKAN  di dalam penguatkuasaan sesuatu peraturan. JANGAN sama sekali cuba mengeluarkan arahan yang sedemikian rupa. Jika anda mempunyai kepentingan politik untuk melakukan arahan yang "BELUKU' "(lebih teruk daripada Bodoh, dalam bahasa Sarawaak) ini di Sarawak, anda sebenarnya mengundang malapetaka bukan sahaja kepada kerjaya anda malah mana-mana kerajaan yang anda sokong pada ketika ini.

Di Sarawak, amalan Christmas carol ini telah menjadi sebahagian daripada perayaan tardisi penganut Kristian setiap Disember sempena hari Krismas di Sarawak, di mana ia membawa maksud, Damai Sejahtera-Shalom kepada rumah-rumah mahupun tempat-tempat yang mereka kunjungi untuk berkongsi kesyukuran ini dengan nyanyian lagu-lagu Krismas...

Jadi...jawapan bagi soalan tentang polis tangkap kah? ialah....TIDAK!...kalau dia orang mau Tangkap, mereka sudah buat satu kesilapan yang BESAR...bukan kepada kepercayaan orang Kristian sahaja, tetapi kepada SARAWAK secara khususnya...jadi, JANGAN BERANAI CUBA YA!!!!

Friday, December 9, 2011

Hadiah yang terbaik di hari Krismas

Kalau bagi mereka yang beragama Kristien, Krismas membawa makna yang sangat besar kerana hadiah yang terbaik diberikan kepada manusia sejagat oleh Maha Pencipta, TUHAN ALLAH kepada dunia ini.

Oleh kerana itulah, setiap bulan Disember, bagi pengikut ajaran Kristus Yesus ini akan pasti merayakannya dengan penuh sukacita dan penuh makna. Tidak kurangnya, banyak yang , mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk merayakan nya bersama-sama keluarga besar mereka dan yang pasti, ramai yang sibuk mencari hadiah untuk diberi kepada orang yang tersayang.

Sana-sini ada hadiah....

Tidak kurangnya, di sana-sini ada aturcara pemberian hadiah dilakukan oleh syarikat-syarikat korperat. Sebagai menjalankan tanggung jawab sosial mereka, Krismas dijadikan dasar untuk melaksanankan tanggung jawab tersebut. Dengan adanya hari perayaan Krismas ini, dapatlah golongan-golongan yang tertentu merasakan satu pemberian yang mungkin sangat bermakna di hari yang besar ini.

Bagaimana dengan anda?

Ya, bagaimana dengan anda? Apakah mungkin hadiah yang terbaik yang anda boleh berikan pada tahun ini sempena hari Krismas?
Sesamamu terfikir tentang hadiah yang terbaik ini setelah mengambil masa di kampung halaman yang sunyi serta tenang minggu yang lepas, terfikir tentang perjalan hidup dan teringat akan apakah hadiah yang terbaik yang patut sesamamu berikan.

Setelah mengambil begitu lama masa untuk berfikir dan untuk membuta keputusan yang mungkin dapat memuaskan hati sesamamu sendiri dan yang akan menerimanya. Terlintas difikiran sesamamu tentang trip balik kampung yang singkat ini. Trip yang singkat ini sangat menyegarkan dan menegur sesamamu "walaupun hanya seketika saja kita bersama dengan mereka yang begitu lama kita tidak jumpa selama ini, terutamanya orang-roang tua di kampung pada waktu itu, ianya sangat bermakna bagi mereka.". Ini kerana mereka hanya selalu mendengar tentang kita,  malah tidak kurangnya hanya pernah melihat kita sewaktu kecil kita dahulu. Apatah lagi, kebanyakan mereka ini adalah dilewat senja kehidupan mereka didunia ini.

Akulah hadiah itu...

Masa, kehadiran kita seketika dihadapan mereka yang tersayang menjadi hadiah yang teristimewa itu. Melalui pengalaman tersebut, sesamamu dapat belajar betapa kehadiran kita buat seketika dengan sesiapa sahaja yang ada didalam kehidupan kita amatlah bererti.
"Walaupun seketika sahaja".

Apabila sesamamu kenangkan betapa sibuknya sesamamu selama ini dan betapa terlalu sedikit masa yang ada yang sesamamu luangkan untuk bersama ibu dan bapa...terasa terpanggil untuk memberi hadiah terbaik sempena Krismas ini dengan "kehadiran" sesamamu bersama-sama mereka nanti...walau hanya sektika cuma sahaja...