Kalau bagi mereka yang beragama Kristien, Krismas membawa makna yang sangat besar kerana hadiah yang terbaik diberikan kepada manusia sejagat oleh Maha Pencipta, TUHAN ALLAH kepada dunia ini.
Oleh kerana itulah, setiap bulan Disember, bagi pengikut ajaran Kristus Yesus ini akan pasti merayakannya dengan penuh sukacita dan penuh makna. Tidak kurangnya, banyak yang , mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk merayakan nya bersama-sama keluarga besar mereka dan yang pasti, ramai yang sibuk mencari hadiah untuk diberi kepada orang yang tersayang.
Sana-sini ada hadiah....
Tidak kurangnya, di sana-sini ada aturcara pemberian hadiah dilakukan oleh syarikat-syarikat korperat. Sebagai menjalankan tanggung jawab sosial mereka, Krismas dijadikan dasar untuk melaksanankan tanggung jawab tersebut. Dengan adanya hari perayaan Krismas ini, dapatlah golongan-golongan yang tertentu merasakan satu pemberian yang mungkin sangat bermakna di hari yang besar ini.
Bagaimana dengan anda?
Ya, bagaimana dengan anda? Apakah mungkin hadiah yang terbaik yang anda boleh berikan pada tahun ini sempena hari Krismas?
Sesamamu terfikir tentang hadiah yang terbaik ini setelah mengambil masa di kampung halaman yang sunyi serta tenang minggu yang lepas, terfikir tentang perjalan hidup dan teringat akan apakah hadiah yang terbaik yang patut sesamamu berikan.
Setelah mengambil begitu lama masa untuk berfikir dan untuk membuta keputusan yang mungkin dapat memuaskan hati sesamamu sendiri dan yang akan menerimanya. Terlintas difikiran sesamamu tentang trip balik kampung yang singkat ini. Trip yang singkat ini sangat menyegarkan dan menegur sesamamu "walaupun hanya seketika saja kita bersama dengan mereka yang begitu lama kita tidak jumpa selama ini, terutamanya orang-roang tua di kampung pada waktu itu, ianya sangat bermakna bagi mereka.". Ini kerana mereka hanya selalu mendengar tentang kita, malah tidak kurangnya hanya pernah melihat kita sewaktu kecil kita dahulu. Apatah lagi, kebanyakan mereka ini adalah dilewat senja kehidupan mereka didunia ini.
Akulah hadiah itu...
Masa, kehadiran kita seketika dihadapan mereka yang tersayang menjadi hadiah yang teristimewa itu. Melalui pengalaman tersebut, sesamamu dapat belajar betapa kehadiran kita buat seketika dengan sesiapa sahaja yang ada didalam kehidupan kita amatlah bererti.
"Walaupun seketika sahaja".
Apabila sesamamu kenangkan betapa sibuknya sesamamu selama ini dan betapa terlalu sedikit masa yang ada yang sesamamu luangkan untuk bersama ibu dan bapa...terasa terpanggil untuk memberi hadiah terbaik sempena Krismas ini dengan "kehadiran" sesamamu bersama-sama mereka nanti...walau hanya sektika cuma sahaja...
No comments:
Post a Comment