Ini berdasarkan pemerhatian peribadi sesamamu sendiri dan pengalaman merentasi jalan raya tersebut dari Kuching sehingga ke Kota Belud di Sabah minggu yang sudah. Perjalanan yang memakan masa 30-35 Jam termasuk tersekat 3-4 Jam di Feri Padaruan (Sempadan Limbang-Brunei) serta Q yang pengalaman Q- yang panjang di kedua-duak pos kawalan imigrasi Malaysia dan Brunei.
Dalam pemerhatian serta pengalaman Sesamamu disepanjang perjalanan tersebut dengan menggunakan Protos Saga Iswara(1999) sesamamu, ternyata sesamamu dapat katakan, Jalan Raya Pan Borneo di Sebelah Sabah jauh lebih baik daripada Sarawak. Bukan sahaja keadaan jalan Raya baik keadaaan permukaan jalan tetapi jalan rayanya lebih luas jika dibanding dengan jalan raya di Sarawak.
Jalan Raya Pan Borneo Sarawak Sempit...
Kalau anda pernah melalui jalan raya Sarawak, anda pasti mengalami trauma yang tersangat hebat kerana dapat merasakan betapa lori mahupun bas-bas yang besar ini seakan-akan bergeser dengan kenderaan anda. Di tambah lagi dengan keadaan jalan raya yang beralun!.
Jalan aya dari Simpang Mukah-Selanagau ke Bintulu seakan-akan anda berada di lautan yang berombak. Keadaan jalan yang beralun-alun. Bak kata pepatah, " Seperti di buai ombak". Lain pula ceritanya kalau melalui jalan raya lama Bintulu-Miri, anda terpaksa menaikkan skil pemanduan untuk mengelakkan lobang-lobang sepanjang perjalanan seakan-akan senjata "periuk api" yang siap sedia memerangkap kenderaan anda. Tidak hairan beberapa kali Proton Saga-Iswara tua Sesamamu terlanggar "periuk api' tersebut. Dan sampai di Lawas...kena perbaiki kerosakan pula!
Jalan Raya Sabah ok la...
Jika dibandingkan dengan Jalan Raya Sarawak, ya, Jalan Raya Sabah boleh sesamamu katakan, OK lah. Sepanganj perjalanan dari Lawas-kota Belud-Lawas, tiada pengalaman untuk melalui jalan yang sempit dan beralun tersebut. Walaupun Sabah lebih berbukit bukau keadaan muka buminya, tetapi, kerajaan Negeri mahupun Pusat dapat menaikkan taraf jalan raya neger Sabah. Jika bentuk muka bumi menjadi alasan kenapa Sarawak tidak memiliki jalan raya yang baik, Sesamamu membangkang keras akan alasan tersebut.
16 Billion untuk naik taraf jalan raya Pan Borneo Sarawak...
Berapalah jumlah tersebut kalau hendak dibandingkan dengan lebuh raya di Tanah Seemenanjung jika dibandingkan sumber kekayaan negeri Sarawak? MP Sarawak telah mengeluarkan kenyataan tersebut seminggu sebelum hari Krismas yang lepas. Dia seakan-akan memberi alsana betapa mahalnya kos yang perlu kerajaan pusat keluarkan hanya untuk menaikkan taraf jalan "trunk" di Sarawak. Tetapi sebagai rakyat biasa yang selayaknya mendapat hak memiliki insfrastruktur jalan yang baik ingin menyatakan, "Berapa sangatlah kos tersebut jika dibandingkan dengan kekayaan sumber dari Sarawak".
Jadi, sebagai mengenang tahun 2011, dan jalan yang runtuh di KM77 Di Sarawak, sesamamu ingin menyatakan, Jalan Raya Sarawak secara keseluruhannya jauh mundur kebelakang jika dibandingkan jalan raya Sabah....Apa kata anda???
jalan sibu ke bintulu sangat teluk.....
ReplyDelete