sesamamu

Monday, February 20, 2012

Hijau tenggelam-di Belaga

Empangan Bakun nun jauh di ulu Sungai Belaga
Dua minggu yang lepas, sesamamu berkesempatan pergi ke Belaga-Bintulu, sebuah pekan di hilir empangan Bakun. Satu pemandangan yang menarik apabila dapat melihat hijau rimba masih tersergam indah walaupun ditengah-tengah pebangunan yang pesat dengan datangnya penanaman pokok kelapa sawit.

Rata-rata mereka yang sesamamu temui sungguh bersyukur kerana empangan Bakun telah siap dibina. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga mempunyai kekhuatiran kemungkinan empangan Bakun itu akan pecah! Apabila sesamamu mendengar akan kekhuatiran mereka ini, ada logiknya juga mereka merasa khuatir mengenangkan apa-apa kemungkinan yang berlaku kepada empangan yang seluas 3 kali ganda negara Singapura. Ini kerana, pekan Belaga dan kampung-kampung sekitarnya ada masa tidak melebihi 10 minit untuk menyelamatkan diri jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada empangan Bakun.

Kelu lidah berkata..

Apabila sesamamu menyatakan bahawa tidak mungkin empangan Bakun ini akan pecah, dan menyatakan kepada mereka betapa kukuhnya empangan tersebut, tetapi ia tidak dapat mematahkan kekhuatiran mereka terhadap "kemungkinan" perkara ini berlaku. Diakhir perbincangan, mereka dengan penuh imannya berkata..."Berdoa sahajalah untuk kami". Jadi kelu lidah berkata-kata...dalam  kekhuatiran mereka, hanya doa sahaja mereka sandarkan. Sandarkan kepada Tuhan sahaja.

Tetapi persoalan sesamamu, kenapa apabila semua yang manusia telah hapuskan dan lakukan demi dan atas nama pembangunan, iman kecil sebahagian manusia yang terpaksa disandarkan. Dan oleh kerana kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar ciptaan Tuhan ini, kita memohon perlindungan daripada Nya demi sebuah "pembangunan?" Sedangkan kita yang MEMUSNAHKANNYA! Dan sesamamu pasti ketika diawal pembangunan empangan ini, doa tersebut menjadi "DI ATAS NAMA PEMBANGUNAN-AMEN", dan sekarang manusia biasa yang khuatir hasil "PEMBANGUNAN" ini berdoa "Di atas nama TUHAN...-amen".

Di sini, sesamamu ingin kongsikan sedikit gambar "Hijau Tenggelam" di Belaga...untuk kita samasam berkongsi kekhuatiran mereka di Belaga...

Melihat ke arah Bakun...di kanan ku Pekan Belaga 

















Pekan Belaga di Hilir Sungai Belaga















Pekan Belaga di laluan Sungai Belaga dan Rejang

Thursday, February 16, 2012

RM20K untuk seorang bayi

Tahukah anda ada sendiket menjual bayi yang sempurna sifatnya di Malaysia? Sendiket ini menjual bayi dengan harga RM20K. Dan kegiatan ini semakin menjadi-jadi atas permintaan untuk mendapatkan seorang bayi!

Dorongan sendiket ini.

Bukan hanya didorong dengan harga yang cukup lumayan hasil penjualan bayi ini, malah mereka didorong oleh permintaan yang semakin meningkat dari pasangan-pasangan yang merindui cahaya mata tetapi tidak memperolehi nya atas faktor kesihatan. Ini menyebabkan permintaan terhadap si kecil ini semakin menjadi-jadi.

Juga dipercayai, bayi yang dijual kepada mereka yang memerlukan organ-organ tertentu si kecil ini. Sungguh malang !!!

Akibat negatif...

Tidak lama dahulu kita digemparkan dengan cerita sendiket penjualan bayi ini apabila satu rumah penuh dengan wanita-wanita yang sarat hamil ditempatkan. Kebanyakan mereka adalah hasil daripada seks kerana terpaksa, ataupun diperdagangkan untuk menjadi "kilang" menghasilkan bayi bagi sendiket penjualan bayi ini, ataupun mangsa sendiket pelacuran yang "bapa ayamnya" tidak mahu lagi khidmat mereka. Sungguh malang wanita-wanita ini kerana mereka diperhambakan bukan sahaja oleh si pemuas nafsu seks tetapi oleh dalang-dalang penjualan bayi ini.

Dilaporkan juga, "Kilang-Kilang" bayi ini melayan wanita ini dengan  seperti binatang. Setelah mereka melahirkan anak tersebut, mereka tidak dilayan seperti seorang ibu selepas bersalin.

Jadi, kesimpulannya..."Kalau tiada permintaan, takkan pula ada penawaran kan?" Sama-sama kita renungkan!!! Tetapi jika WANG sudah mengaburi mata, nescaya sifat kemanusian sudah tiada lagi!!!

Wednesday, February 15, 2012

Hargai makanan mu...

Kali ini sesamamu tidak bercakap tentang orang yang mati kelaparan setiap hari di dunia ini kerana kekurangan makanan tetapi bercakap tentang pembaziran yang kit buat menyumbang kepada pembaziran penggunaan tenaga yang ada serta akibatnya kepada pemanasan global.

Tahukah kamu untuk meenghasilkan 2.2 pounds daging membebaskan sebanyak 36.4 KG gas karbon dioksida di udara yang menyebabkan KESAN RUMAH HIJAU?

Pengeluaran Tanaman untuk daging

Dianggarkan, tenaga yang digunakan untuk membekalkan makanan untuk ternakan adalah sebanyak 16 kali daripada pengeluaran makanan berasaskan tumbuhan. Ini bermakna, kita memerlukan sebanyak 16 kali pengeluaran makanan hanya untuk dibekalkan kepada keperluan daging. Di mana, kebanyakan makanan hasil tumbuhan sepatutnya disalurkan kepada manusia terpaksa disalurkan kepada ternakan sebanyak 16 kali.

Bukan sahaja ia mengundang pembaziran, tetapi penghasilan makanan berasaskan tumbuhan yang sepatutnya disalurkan kepada manusia terpaksa diberi kepada ternakan.

Penggunaan Air yang berlebihan

Penngunaan air juga begitu banyak untuk menghasilkan satu pound daging. Sebagai contoh, penggunaan air untuk menghasilkan satu pound ubi kentang kurang 99.6% jika dibandingkan untuk mengeluarkan sejumlah satu pound daging dan kurang sebanyak 97% satu pound ayam.

Jadi, buat apa mahu membazirkan ayam dan daging yang kita makan?

Penggunaan Tanah yang berlebihan

Memandangkan ternakan memerlukan sebanyak 16 kali ganda makanan tumbuhan, jadi tanah yang luas diperlukan untuk membekalkan makanan ini kepada ternakan. Bayangkan dianggarkan sebanyak 1 billion ekor lembu di dunia ini dan beratnya 2 kali ganda berat seorang manusia dewasa. jadi untuk mengatakan haiwan ternakan hanya memakan rumput adalah satu fantasi semata-mata!

Oleh yang demikian, apabila hal berkaitan dengan makanan yang kita makan, bersederhanalah. Ingatlah bahawa setiap pound yang dihsailkan memerlukan begitu banyak tenaga yang perlu. Jadi pembebasan tenaga yang berlebihan untuk menghasilkan satu-satu makanan adalah satu pembaziran serta meninggalkan kesan yang bruk kepada Dunia kita...

KEEP GREEN!!!! STOP Chopping the trees

Monday, February 6, 2012

Perkauman adalah satu kisah semalam???

Di bawah regim PM- Najib sekarang, kita diperkenalkan dengan satu kampen yang menarik, 1Malaysia. Dan pelbagai usaha telah dijalankan menjurus kepada kejayaan konsep 1Malaysia itu kelak. Malah di sana-sini, pada setiap perayaan-perayaan besar di negara kita telah ada usaha-usaha rasmi untuk menyatukan lebih kurang 200 kumpulan etnik yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dikelolakan. Sebagai contoh, rumah terbuka rasmi anjuran kerajaan mahupun dari pihak pembangkang bagi merayakan satu-satu perayaan besar yang ada di negara kita.

Tetapi, adakah segala usaha ini telah memadamkan api perkauman ini ataupun ianya masih ada di sana?  Walaupun penglibatan pelbagai pihak baik parti Politik mahupun kumpulan-kumpulan Badan Bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan bahawa "Perkauman Adalah Satu Kisah Semalam" nampaknya tinggal satu mimpi seorang raja yang mahu melihat rakyat jelatanya yang berbilang dan penuh dengan kepelbagaian ini hidup dengan aman dan dan damai tanpa perasaan "perjudis" antara  mereka.

Tetapi pernahkah kita melihat perkara asas ataupun "akar" kepada perbezaan ini?

Perkara "akar" yang sesamamu ingin cadangkan di sini ialah;

Pertama: Saling memahami

Adakah kita benar-benar faham akan adat resam dan budaya serta keprcayaan rakan-rakan lain kita? Tahukah kamu kenapa Perayaan Hari Gawai dirayakan? tahukah kamu bahawa Hari Raya Puasa bukan peryaan menyambut tahun baru  rakan Islam kita? tahukah Kamu Perayaan Tahun Baru Cina bukan perayaan keagamaan bagi rakan Cina kita dan Tahukah kita perayaan Deepavali dirakan oleh rakan kita yang beragama Hindu dan bukan semua rakan kita yang India?

Tahukah kita ada warna-warna tertentu yang menjadi "taboo" apabila digunakankan? Tahukah kita daging apa yang patut dan bagaimana kita hidangkan apabila menjemput rakan lain ke rumah terbuka hari Krismas rumah kita?
Ini semua perkara "akar" yang kita kadang kala dan selalu terlepas pandang untuk ambil tahu.

Kedua:  budaya Lepak kita

Bilakah kali terakhir kita keluar makan dengan rakan kita yang bukan dari kumpulan etnik kita sendiri? Ataupun bukan dari kawan seagama dengan kita.  Jadi, bilakah kali terakhir kita lepak dengan orang  yang "lain " daripada kita? Selalunya kita senang dengan kumpulan rakan yang kita ada sekarang, terutamanya yang sama kepercayaan agama-kumpulan etnik yang sama- malah bahasa yang sama. tetapi sangat sukar untuk bersama mereka yang "lain" daripada kita!

Hari Isnin sehingga Ahad, perhatikan siapakah rakan-rakan kita yang kita lepak bersama sepanjang masa? Pernahkah kita mempunyai rakan yang bukan sekadar rakan sepejaba ataupun sekelas ataupun se'gereja" yang kita bileh lepak bersama-sama di kedai mamak sambil menonton BPL?

Ketiga : Penggunaan Bahasa Inggeris Vs Melayu

Memang tidak dinafikan kita lebih senang menggunakan bahasa yang biasa kita gunakan semasa bertutur dengan orang lain. Sesamamu masih ingat satu slogan yang masih diguna pakai sehingga sekarang iaitu "Bahasa jiwa bangsa". Menurut definasi sesamamu, slogan ini menunjukkan bahawa apa sahaja bahasa pertuturan yang kita gunakan, ia akan mencerminkan "bangsa" mana kita berasal atapun dari kumpulan mana kita datang.

Jadi, bilakah kali terakhir kita menggunakan bahasa bukan bahasa pertuturan kita seharian? Ya, memang sukar gunakan bahasa Melayu kerana bahasa utama kita ialah bahasa Inggeris atau sebaliknya.

Ada beberapa tanggapan prejudis tentang penggunaan bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu ini. Ada yang berpendapat, orang yang bertutur Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka adalah orang yang terpelajar, golongan status yang baik dalam masyarakat, dan orang yang bertutur di dalam Bahasa Melayu disebaliknya. Sampai ada yang mahu jaga "Status", tidak mahu pandang langsung surat Khabar Bahasa Melayu, apatah lagi memegangnya! (ketepikan agenda politik satu-satu akhbar tersebut)

Tetapi tahukah kamu, bahawa Bahasa kita sebenarnya menyatukan kita? Ambil contoh negara Indonesia yang dengan jayanya menjadikan Bahasa Indonesia menjadi Bahasa Pertuturan antara setiap lapisan rakyatnya. Dan mereka berasa BANGGA!!! walaupun mereka tahu banyak bahasa asing yang lain.

Keempat: Tak kenal lagu-wayang-selebriti tempatan

Perkara asas ataupun "akar" yang keempat ini adalah mungkin satu pengetahuan am yang kita kadang kala pandang remeh. Tetapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam erti sebuah negara yang berbilang dan penuh kepelbagaian ini.
Kalau sesamamu bertanyakan kepada rakan -rakan yang "tune" hanya kepada saluran radio lagu luar negara dan antarabangsa soalan siapakah juara lagu ke-26 baru-baru ini, dan siapakah penyanyinya? Sudah pasti terkapai-kapai mencari jawapannya. Kalau ditanyakan siapakah Faizal Tahir, sudah pasti merujuk wikipidia adanya.  Apa taknya, masuk sahaja dalam kereta "tune" kepada saluran radio FM lagu Antarabanagsa, mana ada "standard" dengar lagu Melayukan????

Ataupun bertanya wayang tempatan yang "boxoffice" tahun 2011, mulalah memberi alasan wayang tempatan kita "tiada kelas".

Tetapi, diluar sana Tshirt tertulis "Racism is so Yesterday".!!!

Kesimpulan yang belum tersimpul dalam isu "PASKS" (Perkauman Adalah Satu Kisah Semalam)

emmm...ada kesimpulan yang hendak disimpulkan? Sesamamu rasa, untuk isu "PASKS" ini, ia seakan tiada kesimpulan yang dapat disimpulkan sekiranya kita semua hanya melihat perkara yang TERATAS, Perkara yang TERBESAR  sahaja untuk menyatukan kita ataupun menyatakan "PASKS" didalam masyarakat kita sekarang. tetapi perkara "akar" yang terkecil dan terhalus ini, kita perlekehkan sedangkan ia merupakan tunjang kepada penyatuan tersebut.