Di bawah regim PM- Najib sekarang, kita diperkenalkan dengan satu kampen yang menarik, 1Malaysia. Dan pelbagai usaha telah dijalankan menjurus kepada kejayaan konsep 1Malaysia itu kelak. Malah di sana-sini, pada setiap perayaan-perayaan besar di negara kita telah ada usaha-usaha rasmi untuk menyatukan lebih kurang 200 kumpulan etnik yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dikelolakan. Sebagai contoh, rumah terbuka rasmi anjuran kerajaan mahupun dari pihak pembangkang bagi merayakan satu-satu perayaan besar yang ada di negara kita.
Tetapi, adakah segala usaha ini telah memadamkan api perkauman ini ataupun ianya masih ada di sana? Walaupun penglibatan pelbagai pihak baik parti Politik mahupun kumpulan-kumpulan Badan Bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan bahawa "Perkauman Adalah Satu Kisah Semalam" nampaknya tinggal satu mimpi seorang raja yang mahu melihat rakyat jelatanya yang berbilang dan penuh dengan kepelbagaian ini hidup dengan aman dan dan damai tanpa perasaan "perjudis" antara mereka.
Tetapi pernahkah kita melihat perkara asas ataupun "akar" kepada perbezaan ini?
Perkara "akar" yang sesamamu ingin cadangkan di sini ialah;
Pertama: Saling memahami
Adakah kita benar-benar faham akan adat resam dan budaya serta keprcayaan rakan-rakan lain kita? Tahukah kamu kenapa Perayaan Hari Gawai dirayakan? tahukah kamu bahawa Hari Raya Puasa bukan peryaan menyambut tahun baru rakan Islam kita? tahukah Kamu Perayaan Tahun Baru Cina bukan perayaan keagamaan bagi rakan Cina kita dan Tahukah kita perayaan Deepavali dirakan oleh rakan kita yang beragama Hindu dan bukan semua rakan kita yang India?
Tahukah kita ada warna-warna tertentu yang menjadi "taboo" apabila digunakankan? Tahukah kita daging apa yang patut dan bagaimana kita hidangkan apabila menjemput rakan lain ke rumah terbuka hari Krismas rumah kita?
Ini semua perkara "akar" yang kita kadang kala dan selalu terlepas pandang untuk ambil tahu.
Kedua: budaya Lepak kita
Bilakah kali terakhir kita keluar makan dengan rakan kita yang bukan dari kumpulan etnik kita sendiri? Ataupun bukan dari kawan seagama dengan kita. Jadi, bilakah kali terakhir kita lepak dengan orang yang "lain " daripada kita? Selalunya kita senang dengan kumpulan rakan yang kita ada sekarang, terutamanya yang sama kepercayaan agama-kumpulan etnik yang sama- malah bahasa yang sama. tetapi sangat sukar untuk bersama mereka yang "lain" daripada kita!
Hari Isnin sehingga Ahad, perhatikan siapakah rakan-rakan kita yang kita lepak bersama sepanjang masa? Pernahkah kita mempunyai rakan yang bukan sekadar rakan sepejaba ataupun sekelas ataupun se'gereja" yang kita bileh lepak bersama-sama di kedai mamak sambil menonton BPL?
Ketiga : Penggunaan Bahasa Inggeris Vs Melayu
Memang tidak dinafikan kita lebih senang menggunakan bahasa yang biasa kita gunakan semasa bertutur dengan orang lain. Sesamamu masih ingat satu slogan yang masih diguna pakai sehingga sekarang iaitu "Bahasa jiwa bangsa". Menurut definasi sesamamu, slogan ini menunjukkan bahawa apa sahaja bahasa pertuturan yang kita gunakan, ia akan mencerminkan "bangsa" mana kita berasal atapun dari kumpulan mana kita datang.
Jadi, bilakah kali terakhir kita menggunakan bahasa bukan bahasa pertuturan kita seharian? Ya, memang sukar gunakan bahasa Melayu kerana bahasa utama kita ialah bahasa Inggeris atau sebaliknya.
Ada beberapa tanggapan prejudis tentang penggunaan bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu ini. Ada yang berpendapat, orang yang bertutur Bahasa Inggeris dalam perbualan mereka adalah orang yang terpelajar, golongan status yang baik dalam masyarakat, dan orang yang bertutur di dalam Bahasa Melayu disebaliknya. Sampai ada yang mahu jaga "Status", tidak mahu pandang langsung surat Khabar Bahasa Melayu, apatah lagi memegangnya! (ketepikan agenda politik satu-satu akhbar tersebut)
Tetapi tahukah kamu, bahawa Bahasa kita sebenarnya menyatukan kita? Ambil contoh negara Indonesia yang dengan jayanya menjadikan Bahasa Indonesia menjadi Bahasa Pertuturan antara setiap lapisan rakyatnya. Dan mereka berasa BANGGA!!! walaupun mereka tahu banyak bahasa asing yang lain.
Keempat: Tak kenal lagu-wayang-selebriti tempatan
Perkara asas ataupun "akar" yang keempat ini adalah mungkin satu pengetahuan am yang kita kadang kala pandang remeh. Tetapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam erti sebuah negara yang berbilang dan penuh kepelbagaian ini.
Kalau sesamamu bertanyakan kepada rakan -rakan yang "tune" hanya kepada saluran radio lagu luar negara dan antarabangsa soalan siapakah juara lagu ke-26 baru-baru ini, dan siapakah penyanyinya? Sudah pasti terkapai-kapai mencari jawapannya. Kalau ditanyakan siapakah Faizal Tahir, sudah pasti merujuk wikipidia adanya. Apa taknya, masuk sahaja dalam kereta "tune" kepada saluran radio FM lagu Antarabanagsa, mana ada "standard" dengar lagu Melayukan????
Ataupun bertanya wayang tempatan yang "boxoffice" tahun 2011, mulalah memberi alasan wayang tempatan kita "tiada kelas".
Tetapi, diluar sana Tshirt tertulis "Racism is so Yesterday".!!!
Kesimpulan yang belum tersimpul dalam isu "PASKS" (Perkauman Adalah Satu Kisah Semalam)
emmm...ada kesimpulan yang hendak disimpulkan? Sesamamu rasa, untuk isu "PASKS" ini, ia seakan tiada kesimpulan yang dapat disimpulkan sekiranya kita semua hanya melihat perkara yang TERATAS, Perkara yang TERBESAR sahaja untuk menyatukan kita ataupun menyatakan "PASKS" didalam masyarakat kita sekarang. tetapi perkara "akar" yang terkecil dan terhalus ini, kita perlekehkan sedangkan ia merupakan tunjang kepada penyatuan tersebut.
Info menarik. Kita memang cuba untuk untuk mengikis sifat perkauman yang wujud di dlm sstengah rakyat kita. But, ad sesetengah pihak yg cuba untuk memastikan perkara ini x mnjadi kenyataan untuk kepentingan ideologi mereka.
ReplyDeleteMinda Emas