Empangan Bakun nun jauh di ulu Sungai Belaga |
Rata-rata mereka yang sesamamu temui sungguh bersyukur kerana empangan Bakun telah siap dibina. Tetapi dalam masa yang sama, mereka juga mempunyai kekhuatiran kemungkinan empangan Bakun itu akan pecah! Apabila sesamamu mendengar akan kekhuatiran mereka ini, ada logiknya juga mereka merasa khuatir mengenangkan apa-apa kemungkinan yang berlaku kepada empangan yang seluas 3 kali ganda negara Singapura. Ini kerana, pekan Belaga dan kampung-kampung sekitarnya ada masa tidak melebihi 10 minit untuk menyelamatkan diri jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada empangan Bakun.
Kelu lidah berkata..
Apabila sesamamu menyatakan bahawa tidak mungkin empangan Bakun ini akan pecah, dan menyatakan kepada mereka betapa kukuhnya empangan tersebut, tetapi ia tidak dapat mematahkan kekhuatiran mereka terhadap "kemungkinan" perkara ini berlaku. Diakhir perbincangan, mereka dengan penuh imannya berkata..."Berdoa sahajalah untuk kami". Jadi kelu lidah berkata-kata...dalam kekhuatiran mereka, hanya doa sahaja mereka sandarkan. Sandarkan kepada Tuhan sahaja.
Tetapi persoalan sesamamu, kenapa apabila semua yang manusia telah hapuskan dan lakukan demi dan atas nama pembangunan, iman kecil sebahagian manusia yang terpaksa disandarkan. Dan oleh kerana kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar ciptaan Tuhan ini, kita memohon perlindungan daripada Nya demi sebuah "pembangunan?" Sedangkan kita yang MEMUSNAHKANNYA! Dan sesamamu pasti ketika diawal pembangunan empangan ini, doa tersebut menjadi "DI ATAS NAMA PEMBANGUNAN-AMEN", dan sekarang manusia biasa yang khuatir hasil "PEMBANGUNAN" ini berdoa "Di atas nama TUHAN...-amen".
Di sini, sesamamu ingin kongsikan sedikit gambar "Hijau Tenggelam" di Belaga...untuk kita samasam berkongsi kekhuatiran mereka di Belaga...
Melihat ke arah Bakun...di kanan ku Pekan Belaga |
Pekan Belaga di Hilir Sungai Belaga |
Pekan Belaga di laluan Sungai Belaga dan Rejang |
No comments:
Post a Comment