Sebanyak 87,710 Kes HIV/AIDS di Malaysia, dilaporkan semenjak oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 1986, dan sehingga tahun 2010, dilaporkan 11,384 telah mati akibat HIV/AIDS ini.
Statistik menunjukkan 10 kes dilaporkan berlaku setiap hari. Dan ini membimbangkan kita kerana kee HIV/AIDS ini semakin meningkat setiap tahun. Kumpulan umur yang menyumbang kepada peningkatan kes ini adalah dari golongan berumur 20 hingga 39 tahun.
Jadi...Apa respon kita???
Apakah yang harus kita lakukan untuk apedemik HIV ini yang semakin menyular di negara kita sekarang? Dan lebih-lebih lagi, penyumbang yang terbesar ialah aktiviti seks bebas yang semakin berleluasa dikalangan anak-anak muda sekarang.
Mungkin, apa yang harus kita lakukan sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ialah;
1 - Kongsikan maklumat sebab penyebab berlakunya HIV/AIDS ini.
2 - Meningkatkan kesedaran dikalangan kita tentang bahaya HIV/AIDS ini.
3 - Menjauhi daripada hubungan seks rambang dan yang tidak sihat ini. (Kahwin dulu dengan sah!!!!)
4 - Tingkatkan pengetahuan kita tentang HIV/AIDS ini supaya kita dapat membantu mereka yang telah "kena" HIV/AIDS ini.
5 - Dekatkan diri dengan Tuhan...
Kita peduli...
Sesamamu kongsikan maklumat ini kerana, kita peduli dengan apa yang berlaku ini. Ia semakin menjadi-jadi dan seakan-akan menunjukkan kejatuhan moral yang melampau terhadap generasi kita sekarang.
Mari kita sama-sama mendoakan hal ini ya...ini juga salah satu perkara yang boleh kita respon ataupun lakukan.
sesamamu
Wednesday, March 21, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Apa anugerah terbaik untuk generasi akan mendatang?
Apa hadiah yang terbaik yang boleh generasi kita sekarang berikan kepada generasi yang akan mendatang?
Soalan tersebut berkaitan dengan apa yang berlaku kepada hutan rimba dan alam sekitar kita sekarang. Ambil contoh negeri kita Sarawak, bukan sahaja hutan kita habis ditebang untuk memberi laluan kepada tanaman pokok komersial seperti pokok kelapa sawit, tetapi tanah bumi sekarang semakin dipenuhi dengan lautan tasik empangan, yang bakal dibina sebanyak 12 empangan!
Tahukah kita bahawa, semua aktiviti ini telah menyumbang kepada pemotongan pokok secara besar-besaran demi sebuah kehidupan yang maju!
Apa yang ditabur sekarang ....itu yang dituai kelak!
Kalau dilihat apa yang kita buat kepada bumi kita di Sarawak, ini merupakan satu contoh apa yang kita tabur kepada negeri kita ini dan suatu hari nanti yang pasti kita tuai kelak. Bererti, ini merupakan bakal hadiah yang terbaik generasi kita yang mendatang akan terima dari kita.
Mereka akan bakal menerima;
1- Bumi yang dipenuhi pokok hutan kelapa sawit
2- Bumi yang dipenuhi kolam-kolam gergasi
3- Bumi yang mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu
4- Bumi yang meresahkan setiap kali terkenangkan apa akan berlaku kepada empangan itu kelak?
5- Bumi yang "menyumpah" dan "menyampah" dengan pemimpin negeri yang terdahulu yang sungguh TAMAK
6 - Bumi yang tiada tempat berteduh serta pupusnya kehidupan rimba.
7- Bumi yang mengeluh; "Panasnya hari ini".
8 - Bumi yang kehabisan sumber aslinya
9 - Bumi yang menjadi hamba kepada pemeras dan "perogol" alam sekitar
10 - Bumi yang kian pudar dan hancur.............
Adakah ini akan kita anugerahkan kepada generasi kita kelak?

Tuesday, March 13, 2012
Dia baru 5 tahun! Kesian Dirang...
1 Mac, seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun dilporkan hilang dari sekitar kawasan flat kediamannya. Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang dilaporkan hilang setelah keluar sekitar jam 10.30 pagi untuk membeli mi segera dan telur. Kehilangan Dirang hanya disedari apabila si ayah bertanyakan si ibu yang leka ber "Facebook" dan tidak mengetahui Dirang belum balik lagi dari kedai pada pagi tersebut.
Laporan kehilangan hanya di buat sekitar 2.30 petang.
Rangka rentung ditemui...
8 Mac, rankga manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai. Tetapi polis mengesahkan ia milik orang dewasa diawal penemuan tulang rentung itu. Walau bagaimanapun, pada 12 Mac lepas, Polis mengesahkan rangka tersebut sepadan dengan DNA si ibu yang telah diambil terdahulu. Dengan itu, ia telah menyelesaikan misteri kehilangan Dirang. Dan nyata, Dirang , 5 tahun di bunuh dengan begitu kejam.
Si pembunuh itu BINATANG?
Dirang baru sahaja berusia 5 tahun. Dan si pelaku jenayah ini telah meragut nyawa kanak-kanak yang pastinya tidak pernah mempunyai musuh terhadap orang lain. Motif pembunuhan tersangatlah kompleks dan luas, sudah pasti agak sukar untuk menentukan motif sebenar pembunuhan tersebut.
Tetapi yang pasti, hanya si pembunuh kejam ini sahaja yang tahu motif binatangnya didalam tindakan kebinatangannya ini! Kenapa perlu bunuh si kecil yang tidak berdosa ini? Sesamamu pasti, si pembunuh kejam ini "waras" bukannya orang yang "gila" ataupun "kurang siuman", kalau dia seorang yang kurang siuman atau gila, bagaimana dia mampu membawa si mangsa sejauh 3.5km dari perkarangan Flat si mangsa?
Oh facebook! kamu lagi!!!
6 Mac, si ibu mengaku tidak menyedari anaknya tidak kembali dari kedai setelah disuruh membeli mi segara dan telur begitu asyik melayari Facebook!
Oh facebook!, kamu lagi menjadi punca ya?
Kesian si Dirang, mama sibuk ber"facebook" sampai lupa Dirang belum balik rumah.
Tiada tempat yang selamat selagi kita tidak was-was!!!
Di dalam rumah pun boleh menjadi tempat yang tidak selamat, di luar rumah pun boleh mengundang bahaya, di mana-manapun tempat sekarang ini tidak selamat lagi! Ini adalah kebenaran yang kita sendiri harus akui dan terima dengan hati yang sukar pada masa ini. Kelalaian kita lah yang mengundang bahaya itu datang. Tiada tempat yang selamat!
Jadi, apa yang harus kita perbuat ialah, meningkatkan kewaspadaan terhadap persekitaran kita. Ambil langkah berjaga-jaga. Ambil peduli terhadap keselamatan kita mahupun orang lain juga.
Dan kalau kita melihat ada kanak-kanak di dalam kesusahan dan di dalam keadaaan yang mencurigakan bersama-sama orang lain selain ibu bapa mereka, buat-buatlah sibuk bertanyakan ya...mana tahu ia akan membantu si anak itu??? jadilah masyarakat yang perihatin sedikit!
Buat si pembunuh kejam!!!
Sesamamu mahu tanyakan 10 soalan ini kepada kamu.
* kamu ada perasaan?
* kamu bunuh Dirang setelah kamu rogol dia?
* kamu pengecut bukan?
* kamu memang sudah kenal dia kan?
* kamu tahu kamu akan ditangkap dalam masa yang terdekat ini kan?
* kamu tahu yang kamu akan dihukum matikan?
* kamu tahu betapa Dirang menangis, menjerit penuh kesakitan dan takut sebelum kamu bunuh diakan?
* kamu dihantui oleh wajah minta belas kasihan Dirangkan?
* kamu tahu yang kamu makhluk ciptaan Tuhan dikedudukan yang paling bawah selepas binatang, dan seangkatan dengan syaitan kan?
* kamu manusia yang sangat tidak berguna kan?
Untuk Dirang...
Dirang...tenanglah roh mu bersama-sama dengan Dia di sana!
Dirang...ibu dan ayahmu sangat menyayangi kamu...
Dirang...kami akan cuba memastikan dunia ini selamat untuk kanak-kanak yang lain...

Wednesday, March 7, 2012
Nuan tak sokong "Towkay" Nuan terima akibat...
Ini satu kes yang amat berat dan panas di dada-dada akhbar baik di Sarawak mahupun nasional. Apa tidaknya, seorang wakil rakyat - Datuk dari dari parti kerajaan memerintah menamatkan bantuan RM300 kepada seorang OKU. Atas alasan, si penerima ini telah menyokong parti politik lawan pada pilihan raya negeri Sarawak yang lepas. Akibatnya, si OKU ini telah ditamatkan bantuan kebajikan RM300 setiap bulan tersebut.
Persoalannya ialah, "Sejauh manakah kerajaan benar-benar perihatin terhadap rakyatnya tanpa mengira latar belakang politik mereka?"
Gengster Politik...
Pada pandangan Sesamamu, ini adalah satu contoh Gangster Politik yang diamalkan oleh individu-individu yang dikenali sebagai YB yang pada dasarnya adalah WAKIL RAKYAT yang dipilih sepenunya oleh RAKYAT dalam sistem pilihan raya berdemokrasi ini. Tetapi malangnya, setelah YB-YB ini dipilih, mulalah mereka akan menepikan kepentingan rakyat demi mengekalkan kuasa politiknya. Maka, segala yang tidak selari dengan kepentingan politiknya, dengan kuasa yang ada, dia sanggup menghalang mana-mana orang yang menentangnya daripada hidup sejahtera.
Inilah yang berlaku kepada OKU ini apabila secara terang-terang dia menyokong dan berkempen bagi pikah pembangkang menyebabkan YB ini menggunakan kuasanya untuk menghentikan hak OKU ini.
Pecah Tembelang...
Untuk pengathuan para pembaca sekalian, ketahuilah ini adalah teknik yang sekian lama digunakan mana-mana orang yang menyalah gunakan kuasanya demi sebuah kuasa yang ingin dimiliki itu. Mereka sanggup menguggut mahupun bertindak luar batsan kemanusian demi nama sebuah kuasa itu. Jadi, teknik ini sebenarnya memecah serba sedikit kod-kod tertentu yang selama ini dipraktikkan di dalam arena politik di Negeri Sarawak khususnya.
Ugutan menarik balik sumbangan kewangan mahupun bantuan kewangan adalah satu teknik yang sekian lama menjadi strategi pertahanan yang tersohor bagi mana-mana ahli politik yang "Gila kuasa" ini.
Jadi...rakyat Sarawak mahupun Malaysia khususnya...bukalah mata mu...tak kan terus buta kot????
p/s Kesian si OKU tu, hari ini Borneo Post, itu YB tuduh dia boleh panjat pokok, memandu motosikal dan kereta...dan mengatakan dia seorang yang Normal...dan itu YB juga bawa orang dari kampung si OKU ini untuk membuat kenyataan menyokong perbuatannya...sampai bilakah DAYAK harus dipermainkan???

Tuesday, March 6, 2012
Siapa Malaysia? Apa Malaysia?
"Saya bangga dilahirkan daripada kedua orang tua dari suku kaum Lun bawang yang dikenali sebagai salah satu kumpulan etnik Orang Ulu dan berbudayakan adat resam Dayak yang penuh tradisi di bumi kenyalang-Sarawak yang melahirkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat ini".
Di atas adalah ungkapan sesamamu yang bangga sebagai seorang anak bangsa Malaysia!
Siapa Malaysia?
Tahukah kita siapakah Malaysia? Malaysia ialah kita? Terbentuk daripada rakyatnya yang penuh dengan kepelbagaian. Kita membentuk negara Malaysia ini dari kepelbagaian serta perbezaan yang kita miliki ini. Perbezaan ini kita tidak besarkan tetapi menyatukan kita semua demi sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.
Ketahuilah, Malaysia bukan lahir daripada mana-mana parti politik yang memerintah untuk membentuk kerajaan, tetapi Malaysia sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia yang memberikan mandat kepada parti politik ynag menang untuk membentuk kerajaan dan menguruskan negara kita.
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia adalah Malaysia! baik yang miskin mahupun yang kaya, kita adalah Malaysia. Oleh yang demikian, sebagai Dayak Sarawak, saya bangga sebagai Malaysia! Bukan kerana kerajaan yang memerintah tetapi kerana saya lah Malaysia itu!
Apa Malaysia?
" Tanah tumpahnya darah ku..." itulah Malaysia! dalam erti kata lain, semua sumber yang terhasil selain tanah tempat kita bergantung hidup adalah Malaysia! Manusia mana yang akan duduk diam ataupun tidak puas hati kalau tanah mahupun sumber tanah itu dirampas begitu sahaja demi"kelangsungan hidup yang melampau!".
Apa tidaknya melampau!, kalau sumber tanah Malaysia ku ini habis diteroka demi sebuah pembangunan dan akhirnya kita sendiri menderita serta menjadi "pelarian di tanah sendiri!".
Jadi, apa gunanya jika Malaysia yang terbentuk hasil daripada rakyat yang berbilang dan penuh kepelbagaian ini terus ditindas/
Apalah gunanya sebuah negara Malaysia ini jika hasil buminya tanah ini terus rakus dilayap demi dan atas nama PEMBANGUNAN!
Akulah Malaysia dan Malaysia itu tanah tumpahnya darah ku!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)