1 Mac, seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun dilporkan hilang dari sekitar kawasan flat kediamannya. Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang dilaporkan hilang setelah keluar sekitar jam 10.30 pagi untuk membeli mi segera dan telur. Kehilangan Dirang hanya disedari apabila si ayah bertanyakan si ibu yang leka ber "Facebook" dan tidak mengetahui Dirang belum balik lagi dari kedai pada pagi tersebut.
Laporan kehilangan hanya di buat sekitar 2.30 petang.
Rangka rentung ditemui...
8 Mac, rankga manusia yang rentung ditemui di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai. Tetapi polis mengesahkan ia milik orang dewasa diawal penemuan tulang rentung itu. Walau bagaimanapun, pada 12 Mac lepas, Polis mengesahkan rangka tersebut sepadan dengan DNA si ibu yang telah diambil terdahulu. Dengan itu, ia telah menyelesaikan misteri kehilangan Dirang. Dan nyata, Dirang , 5 tahun di bunuh dengan begitu kejam.
Si pembunuh itu BINATANG?
Dirang baru sahaja berusia 5 tahun. Dan si pelaku jenayah ini telah meragut nyawa kanak-kanak yang pastinya tidak pernah mempunyai musuh terhadap orang lain. Motif pembunuhan tersangatlah kompleks dan luas, sudah pasti agak sukar untuk menentukan motif sebenar pembunuhan tersebut.
Tetapi yang pasti, hanya si pembunuh kejam ini sahaja yang tahu motif binatangnya didalam tindakan kebinatangannya ini! Kenapa perlu bunuh si kecil yang tidak berdosa ini? Sesamamu pasti, si pembunuh kejam ini "waras" bukannya orang yang "gila" ataupun "kurang siuman", kalau dia seorang yang kurang siuman atau gila, bagaimana dia mampu membawa si mangsa sejauh 3.5km dari perkarangan Flat si mangsa?
Oh facebook! kamu lagi!!!
6 Mac, si ibu mengaku tidak menyedari anaknya tidak kembali dari kedai setelah disuruh membeli mi segara dan telur begitu asyik melayari Facebook!
Oh facebook!, kamu lagi menjadi punca ya?
Kesian si Dirang, mama sibuk ber"facebook" sampai lupa Dirang belum balik rumah.
Tiada tempat yang selamat selagi kita tidak was-was!!!
Di dalam rumah pun boleh menjadi tempat yang tidak selamat, di luar rumah pun boleh mengundang bahaya, di mana-manapun tempat sekarang ini tidak selamat lagi! Ini adalah kebenaran yang kita sendiri harus akui dan terima dengan hati yang sukar pada masa ini. Kelalaian kita lah yang mengundang bahaya itu datang. Tiada tempat yang selamat!
Jadi, apa yang harus kita perbuat ialah, meningkatkan kewaspadaan terhadap persekitaran kita. Ambil langkah berjaga-jaga. Ambil peduli terhadap keselamatan kita mahupun orang lain juga.
Dan kalau kita melihat ada kanak-kanak di dalam kesusahan dan di dalam keadaaan yang mencurigakan bersama-sama orang lain selain ibu bapa mereka, buat-buatlah sibuk bertanyakan ya...mana tahu ia akan membantu si anak itu??? jadilah masyarakat yang perihatin sedikit!
Buat si pembunuh kejam!!!
Sesamamu mahu tanyakan 10 soalan ini kepada kamu.
* kamu ada perasaan?
* kamu bunuh Dirang setelah kamu rogol dia?
* kamu pengecut bukan?
* kamu memang sudah kenal dia kan?
* kamu tahu kamu akan ditangkap dalam masa yang terdekat ini kan?
* kamu tahu yang kamu akan dihukum matikan?
* kamu tahu betapa Dirang menangis, menjerit penuh kesakitan dan takut sebelum kamu bunuh diakan?
* kamu dihantui oleh wajah minta belas kasihan Dirangkan?
* kamu tahu yang kamu makhluk ciptaan Tuhan dikedudukan yang paling bawah selepas binatang, dan seangkatan dengan syaitan kan?
* kamu manusia yang sangat tidak berguna kan?
Untuk Dirang...
Dirang...tenanglah roh mu bersama-sama dengan Dia di sana!
Dirang...ibu dan ayahmu sangat menyayangi kamu...
Dirang...kami akan cuba memastikan dunia ini selamat untuk kanak-kanak yang lain...
R.I.P. Dirang. Amen.
ReplyDelete