Apa hadiah yang terbaik yang boleh generasi kita sekarang berikan kepada generasi yang akan mendatang?
Soalan tersebut berkaitan dengan apa yang berlaku kepada hutan rimba dan alam sekitar kita sekarang. Ambil contoh negeri kita Sarawak, bukan sahaja hutan kita habis ditebang untuk memberi laluan kepada tanaman pokok komersial seperti pokok kelapa sawit, tetapi tanah bumi sekarang semakin dipenuhi dengan lautan tasik empangan, yang bakal dibina sebanyak 12 empangan!
Tahukah kita bahawa, semua aktiviti ini telah menyumbang kepada pemotongan pokok secara besar-besaran demi sebuah kehidupan yang maju!
Apa yang ditabur sekarang ....itu yang dituai kelak!
Kalau dilihat apa yang kita buat kepada bumi kita di Sarawak, ini merupakan satu contoh apa yang kita tabur kepada negeri kita ini dan suatu hari nanti yang pasti kita tuai kelak. Bererti, ini merupakan bakal hadiah yang terbaik generasi kita yang mendatang akan terima dari kita.
Mereka akan bakal menerima;
1- Bumi yang dipenuhi pokok hutan kelapa sawit
2- Bumi yang dipenuhi kolam-kolam gergasi
3- Bumi yang mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu
4- Bumi yang meresahkan setiap kali terkenangkan apa akan berlaku kepada empangan itu kelak?
5- Bumi yang "menyumpah" dan "menyampah" dengan pemimpin negeri yang terdahulu yang sungguh TAMAK
6 - Bumi yang tiada tempat berteduh serta pupusnya kehidupan rimba.
7- Bumi yang mengeluh; "Panasnya hari ini".
8 - Bumi yang kehabisan sumber aslinya
9 - Bumi yang menjadi hamba kepada pemeras dan "perogol" alam sekitar
10 - Bumi yang kian pudar dan hancur.............
Adakah ini akan kita anugerahkan kepada generasi kita kelak?
No comments:
Post a Comment