sesamamu

Tuesday, March 6, 2012

Siapa Malaysia? Apa Malaysia?

"Saya bangga dilahirkan daripada kedua orang tua dari suku kaum Lun bawang yang dikenali sebagai salah satu kumpulan etnik Orang Ulu dan berbudayakan adat resam Dayak yang penuh tradisi di bumi kenyalang-Sarawak yang melahirkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat ini".

Di atas adalah ungkapan sesamamu yang bangga sebagai seorang anak bangsa Malaysia!

Siapa Malaysia?

Tahukah kita siapakah Malaysia? Malaysia ialah kita?  Terbentuk daripada rakyatnya yang penuh dengan kepelbagaian. Kita membentuk negara Malaysia ini dari kepelbagaian serta perbezaan yang kita miliki ini. Perbezaan ini kita tidak besarkan tetapi menyatukan kita semua demi sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.

Ketahuilah, Malaysia bukan lahir daripada mana-mana parti politik yang memerintah untuk membentuk kerajaan, tetapi Malaysia sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia yang memberikan mandat kepada parti politik ynag menang untuk membentuk kerajaan dan menguruskan negara kita.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia  adalah Malaysia! baik yang miskin mahupun yang kaya, kita adalah Malaysia. Oleh yang demikian, sebagai Dayak Sarawak, saya bangga sebagai Malaysia! Bukan kerana kerajaan yang memerintah tetapi kerana saya lah Malaysia itu!

Apa Malaysia?

" Tanah tumpahnya darah ku..." itulah Malaysia! dalam erti kata lain, semua sumber yang terhasil selain tanah tempat kita bergantung hidup adalah Malaysia! Manusia mana yang akan duduk diam ataupun tidak puas hati kalau tanah mahupun sumber tanah itu dirampas begitu sahaja demi"kelangsungan hidup yang melampau!".

Apa tidaknya melampau!, kalau sumber tanah Malaysia ku ini habis diteroka demi sebuah pembangunan dan akhirnya kita sendiri menderita serta menjadi "pelarian di tanah sendiri!".

Jadi, apa gunanya jika Malaysia yang terbentuk hasil daripada rakyat yang berbilang dan penuh kepelbagaian ini terus ditindas/

Apalah gunanya sebuah negara Malaysia ini jika hasil buminya tanah ini terus rakus dilayap demi dan atas nama PEMBANGUNAN!

Akulah Malaysia dan Malaysia itu tanah tumpahnya darah ku!!!

No comments:

Post a Comment