sesamamu

Wednesday, April 25, 2012

Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?

"Garam-Garam-Garam"!,  "Air-Air-Air", "Pass dengan yang lain!"

"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?"
 Satu laungan yang menyatukan Anak-anak Bangsa Malaysia ketika sekurang-kurangnya 50,000 orang bersatu hati demi sebuah pilihan raya yang BERSIH dan ADIL semasa BERSIH 2.0. Laungan yang menyatukan itu kedengaran di tengah-tengah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di "boom" dengan gas pemedih mata.

"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
Anak-anak Bangsa Malaysia yang saling mebantu antara satu sama lain tidak mengenal perbezaan agama, keturunan mahupun ideologi politik mereka. Sesamamu pasti, di kalangan puluhan ribu yang yang menyertai BERSIH 2.0 itu terdiri daripada Islam-Kristian-Buddha-Hindu-Animisma-"Free thinker, Pakcik, Makcik, Lelaki, wanita remaja, Peguam-Guru-Pastor-Ahli perniagaan-dan rakyat Malaysia yang berdiri kerana sebuah pilihan raya yang BERSIH dan ADIL.

"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
Masih ingat kisah "Aunt BERSIH"? Dia adalah salah satu contoh serikandi negara yang berdiri demi sebuah keadilan di negara kita walaupun dia adalah bekas seorang guru. Ada juga antara mereka yang sanggup keluar awalaupun dalam serba kekurangan fizikal badan mereka.

"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
BERSIH 2.0 merupakan satu kebangkitan rakyat yang tidak kira latar belakang mahupun perbezaan yang ada. KEADILAN itu sendiri yang telah menyatukan 50,000 peserta BERSIH 2.0 untuk berdiri mewakili suara segelintir rakyat Malaysia yang sudah muak dengan sistem - sistem yang jauh daripada dasar kehidupan serta hak sebenar sebagai seorang manusia. Dan sistem-sistem ini telah berjangkit dalam sistem pilihanraya di negara kita. Tiada lagi KEADILAN, segalanya tercemar dan KOTOR!

 "Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
Cukup sudah kita bermain dengan lumpur, ataupun dalam kata lain, berkrompomi dengan kerajaan ataupun pemimpin yang penuh dengan korupsi. Kita tidak mahu terlibat menjadi sebahagian daripada permaian kotor mereka.

"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
Cuba lihat kawasan-kawasan Parlimen mahupun ADUN di Sarawak, kebanyakannya adalah kawasan-kawasan Parimen dan ADUN yang kecil. Terutamanya kawasan-kawasan diluar bandar ataupun pendalaman. Bukankah ini berat sebelah dan hanya berpihak kepada sesebuah parti sahaja? Bukankah ini menyumbang kepada kemenangan majoriti yang mudah!


"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
Dekat dengan pilihanray ini, kenapa satu parti politik yang baru di Sarawak itu senang sahaja mendapat kebenaran untuk Parti politik tersebut akan bertanding diPRU13 nanti? Ada tangan yang "penuh kuasa" telah campurtangan untuk menjadikan "dia" terus berkuasa!


"Kenapa saya menyertai BERSIH 3.0?
Dan banayak lagi tuntutan kita untuk satu pilihan raya yang BERSIH dan ADIL nanti!
Jadi...apa alasan kamu untuk tidak turut serta? 


Oleh yang demikian, tiada yang akan dapat mengahalang saya untuk MENYERTAI BERSIH 3.0!!!

Jumapa anda di sana, 28 April, 2pm di Kompleks Mahkamah Lama, Tebingan Kuching.

Tuesday, April 24, 2012

"Empangan Baram 'hadiah' dari T(t)uhan T-Huruf besar atau T-huruf kecil?


Sesamamu tertarik dengan apa yang disiarkan di dalam akhbar tempatan Sarawak baru-baru ini. Apabila ada dikalangan pemimpin yang mempertahankan betapa pembinaan empangan Baram itu kelak akan menjadi satu 'hadiah' yang bernilai dari Tuhan kepada masyarakat Orang Ulu. Ya, Tuhan, T-huruf besar pada laporan akhbar minggu lepas.

Tetapi lain ceritanya hari ini apabila,  pemimpin yang sama dengan mukanya terpampang di dada akhbar  yang sama melakukan upacara "memohon restu" dari roh nenek-nenek moyang yang dianggap "penjaga" serta "pemilik empunya" kawasan empangan Baram yang bakal tenggelam itu kelak. Sesamamu hormat dan akui tanpa mereka yang terdahulu ataupun nenek moyang kita, tiadalah kita ataupun generasi baru sekarang ini. Kita harus menghormati tanah pusaka serta "kediaman" mereka. Tetapi mungkin tiadakah cara lain untuk melakukannya?

Sekejap T-besar dan sekajap lagi t-kecil...

Ya sekejap Tuhan , T- huruf besar dan selepas itu t-huruf kecil. Kenapa? T- huruf besar tidak dapat mengatasi kuasa t-huruf kecil?
Ataupun, kerana projek pembinaan empangan Baram ini terlalu banyak salah lakunya, jadi selayaknya memohon restu dari t-huruf kecil dan bukannya TUHAN yang sebenar itu?

Sesamamu secara peribadi sangat sedih dan terkilan kerana mereka-mereka ini adalah orang yang dipercayai untuk memimpin rakyat bukan sahaja dari segi pembangunan kawasan mereka tetapi dari segi perkembangan  kepercayaan agama yang mereka percayai selama ini. Malah,mereka adalah golongan yang mengetuai kepercayaan ini dikalangan masyarakat Orang Ulu sendiri.

Malangnya, dalam urusan sebegini, mereka "kalah" dan "pasrah". Seluruh dunia sudah tahu dimana pendirian mereka sekarang!
 
Cadangan Sesamamu...

Boleh sesamamu cadangkan disini supaya DIBERHENTIKAN pembinaan empangan ini. Rasanya, cukuplah dengan empangan Bakun itu, bina lebih banyak jalan raya ke kampung-kampung dan naikkan taraf "trunk" Borneo kita tu dulu ya....YB...Towkay-Towkay...Boss-Boss semua ya...
Wira-wirawati sebenar! Tahniah!


Monday, April 23, 2012

"Perkauman" masih di sia-sinun...



Perkauman masih lagi di sana-sini. Jika diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Sesamamu sengaja membuat tema "post" ini di dalam bahasa Melayu Kuching-Sarawak kerana cerita yang ingin disajikan ini berkisar tentang masalah "perkauman" yang masih lagi bermain didalam kosa-kata masyarakat Sarawak.

Oleh kerana Sarawak terdiri daripada lebih kurang 26-28 suku kaum etnik yang berbilang ini, kerajaan cuba membezakankan dengn kumpulan besar terdiri daripada Iban, Bidayuh, Orang Ulu , Melanau, Cina, Melayu dan lain-lain. Tetapi pembahagian kepada kumpulan etnik yang besar ini juga menimbulkan masalah kerana masing-masing ingin memperkasakan suku kaum masing-masing.

Bila mahu dipanggil Dayak supaya semua pecahan etnik ini bergabung, banyak yang melatah dan membantah!

"Aku kata suku kaum aku lagi hebat"...

Mulalah ada perasaan yang memandang hina malah rendah suku kaum yang lain. Malah ada suku kaum yang menganggapkan mereka yang lebih "maju" ataupun "berpendidikan" akan memperkecilkan suku kaum yang diangap jauh mundur. Ini jelas dengan kota kasa yang selalunya menyebut dan merujuk satu-satu suku kaum yang dianggap jauh lebih mundur itu. Ini seakan-akan menjadi permainan kepada mereka yang selalu beranggapan mereka hebat! Bagi mereka yang hebat ini, hanya suku kaum mereka yang terhebat dan yang lain jauh kebelakang jika dibanding dengan mereka.

Bahasa jiwa bangsa...

Kadang kala apabila bersama dengan mereka yang berbahasa Inggeris dalam percakapan seharian mereka, kadang kala kita yang bukan menggunakan bahasa ini sebagai bahasa percakapan harian kita merasa kekok bersama mereka. Apatah lagi kalau mereka yang berbahasa Inggeris ini terus tidak memperdulikan kita dan terus seakan-akan mempersendakan kita yang bukan bertutur bahasa Inggeris dalam  seharian kita. Akhirnya timbullah rasa rendah diri dan dipandang rendah oleh segelintir mereka yang sangat memperkasakan bahasa antarabangsa yang menjadi bahasa jiwa bangsa mereka. Disanalah sesamamu dapat ketahui kekadang bahsa yang kita turturkan juga akan menimbulkan rasa "perkauman" yang "halus" ini.

Bukan sahajabahasa Inggeris, malah kalau sesamamu bertutur dalam bahasa ibunda dikalangan sesama kaum sendiri yang majoritinya bertutur bahasa Inggeris akan dipandang "semacam" aja. Seakan-akan bahasa nenek moyang itu jauh ketinggalan zaman.

jadi, "perkauman" ini masih disia sinun dan tidak tahu sampai bila ia akan berakhir. Atau ia langsung tiada penghuungnya?


Thursday, April 5, 2012

"mati kerana satu dusta?"

Satu soalan yang menarik. Siapakah sanggup mati kerana satu dusta ataupun penipuan?

Adakah pejuang-pejuang pembebasan sebelum ini sanggup mati begitu sahaja kerana satu fakta yang "bohong"?
Adakah Martin Luther King Jr. mati kerana satu penipuan? Adakah Mahatma Gandhi sanggup mempertaruhkannya hidupnya kerana satu pembohongan? Adakah Rasul Paulus sanggup dihukum bunuh kerana kepercayaan yang dia sanggup sebarkan sampai seluruh dunia itu satu kepercayaan yang bohong?

Bagaimana pula Yesus yang sanggup mati di kayu salib, adakah kepercayaan Nya bahawa Dia anak Tuhan dan Juruselamat-Mesias itu satu dusta? Dan mati dengan sangat terhina untuk satu dusta?

Sesamamu pasti, tiada seorang pun antara mereka yang disebut diatas itu sanggup mati atau menjadi bodoh mati kerana satu dusta? Tidak! Mereka sanggup mati dan menegakkan kebenaran yang merek percaya dan bukan merupakan satu dusta!

Bagaimana dengan kita?

Sanggupkah kita korbankan hidup kita, ataupun segala yang kita miliki demi satu kepercayaan ataupun kebenaran yang kita sendiri tahu dengan pasti bahawa ia bukan satu dusta?

Lihat disekeliling kita, terlalu banyak ketidak adilan, terlalu banyak penindasan, terlalu jelas bumi yang kita "pinjam" untuk didiami ini semkakin musnah. Ini adalah contoh yang kita sendiri boleh lihat dan rasa sendiri yang sebenarnya pada dasarnya BENAR dan bukan satu DUSTA! Tetapi sanggupkah kita berkorban!

Tiada seorang pun sanggup mati kerana satu Dusta...

Ya, tiada seorangpun sanggup mati kerana satu dusta. Sesamamu tidak setuju mengatakan kalau pemuda yang membakarkan dirinya sehingga mati itu sanggup melakukan kerana satu dusta? Sesamamu juga tidak setuju kalau pengebom berani mati itu sanggup mati kerana satu dusta?

Mereka sanggup melakukannya kerana apa yang mereka percaya dan perjuangkan! Tetapi tindakan mereka ini kadang kala menjadi tanda tanya...dan begitulah adanya lumrah "mereka yang sanggup mati bukan kerana satu dusta!"

Selamat mengingati hari KEMATIAN DAN KEBANGKITAN TUHAN YESUS KRISTUS...