Perkauman masih lagi di sana-sini. Jika diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Sesamamu sengaja membuat tema "post" ini di dalam bahasa Melayu Kuching-Sarawak kerana cerita yang ingin disajikan ini berkisar tentang masalah "perkauman" yang masih lagi bermain didalam kosa-kata masyarakat Sarawak.
Oleh kerana Sarawak terdiri daripada lebih kurang 26-28 suku kaum etnik yang berbilang ini, kerajaan cuba membezakankan dengn kumpulan besar terdiri daripada Iban, Bidayuh, Orang Ulu , Melanau, Cina, Melayu dan lain-lain. Tetapi pembahagian kepada kumpulan etnik yang besar ini juga menimbulkan masalah kerana masing-masing ingin memperkasakan suku kaum masing-masing.
Bila mahu dipanggil Dayak supaya semua pecahan etnik ini bergabung, banyak yang melatah dan membantah!
"Aku kata suku kaum aku lagi hebat"...
Mulalah ada perasaan yang memandang hina malah rendah suku kaum yang lain. Malah ada suku kaum yang menganggapkan mereka yang lebih "maju" ataupun "berpendidikan" akan memperkecilkan suku kaum yang diangap jauh mundur. Ini jelas dengan kota kasa yang selalunya menyebut dan merujuk satu-satu suku kaum yang dianggap jauh lebih mundur itu. Ini seakan-akan menjadi permainan kepada mereka yang selalu beranggapan mereka hebat! Bagi mereka yang hebat ini, hanya suku kaum mereka yang terhebat dan yang lain jauh kebelakang jika dibanding dengan mereka.
Bahasa jiwa bangsa...
Kadang kala apabila bersama dengan mereka yang berbahasa Inggeris dalam percakapan seharian mereka, kadang kala kita yang bukan menggunakan bahasa ini sebagai bahasa percakapan harian kita merasa kekok bersama mereka. Apatah lagi kalau mereka yang berbahasa Inggeris ini terus tidak memperdulikan kita dan terus seakan-akan mempersendakan kita yang bukan bertutur bahasa Inggeris dalam seharian kita. Akhirnya timbullah rasa rendah diri dan dipandang rendah oleh segelintir mereka yang sangat memperkasakan bahasa antarabangsa yang menjadi bahasa jiwa bangsa mereka. Disanalah sesamamu dapat ketahui kekadang bahsa yang kita turturkan juga akan menimbulkan rasa "perkauman" yang "halus" ini.
Bukan sahajabahasa Inggeris, malah kalau sesamamu bertutur dalam bahasa ibunda dikalangan sesama kaum sendiri yang majoritinya bertutur bahasa Inggeris akan dipandang "semacam" aja. Seakan-akan bahasa nenek moyang itu jauh ketinggalan zaman.
jadi, "perkauman" ini masih disia sinun dan tidak tahu sampai bila ia akan berakhir. Atau ia langsung tiada penghuungnya?
No comments:
Post a Comment