sesamamu

Tuesday, April 24, 2012

"Empangan Baram 'hadiah' dari T(t)uhan T-Huruf besar atau T-huruf kecil?


Sesamamu tertarik dengan apa yang disiarkan di dalam akhbar tempatan Sarawak baru-baru ini. Apabila ada dikalangan pemimpin yang mempertahankan betapa pembinaan empangan Baram itu kelak akan menjadi satu 'hadiah' yang bernilai dari Tuhan kepada masyarakat Orang Ulu. Ya, Tuhan, T-huruf besar pada laporan akhbar minggu lepas.

Tetapi lain ceritanya hari ini apabila,  pemimpin yang sama dengan mukanya terpampang di dada akhbar  yang sama melakukan upacara "memohon restu" dari roh nenek-nenek moyang yang dianggap "penjaga" serta "pemilik empunya" kawasan empangan Baram yang bakal tenggelam itu kelak. Sesamamu hormat dan akui tanpa mereka yang terdahulu ataupun nenek moyang kita, tiadalah kita ataupun generasi baru sekarang ini. Kita harus menghormati tanah pusaka serta "kediaman" mereka. Tetapi mungkin tiadakah cara lain untuk melakukannya?

Sekejap T-besar dan sekajap lagi t-kecil...

Ya sekejap Tuhan , T- huruf besar dan selepas itu t-huruf kecil. Kenapa? T- huruf besar tidak dapat mengatasi kuasa t-huruf kecil?
Ataupun, kerana projek pembinaan empangan Baram ini terlalu banyak salah lakunya, jadi selayaknya memohon restu dari t-huruf kecil dan bukannya TUHAN yang sebenar itu?

Sesamamu secara peribadi sangat sedih dan terkilan kerana mereka-mereka ini adalah orang yang dipercayai untuk memimpin rakyat bukan sahaja dari segi pembangunan kawasan mereka tetapi dari segi perkembangan  kepercayaan agama yang mereka percayai selama ini. Malah,mereka adalah golongan yang mengetuai kepercayaan ini dikalangan masyarakat Orang Ulu sendiri.

Malangnya, dalam urusan sebegini, mereka "kalah" dan "pasrah". Seluruh dunia sudah tahu dimana pendirian mereka sekarang!
 
Cadangan Sesamamu...

Boleh sesamamu cadangkan disini supaya DIBERHENTIKAN pembinaan empangan ini. Rasanya, cukuplah dengan empangan Bakun itu, bina lebih banyak jalan raya ke kampung-kampung dan naikkan taraf "trunk" Borneo kita tu dulu ya....YB...Towkay-Towkay...Boss-Boss semua ya...
Wira-wirawati sebenar! Tahniah!


3 comments:

  1. inilah manusia yg tidak pernah rasa bersyukur dgn apa yg Tuhan berikan...huhu bina sini sana,tp lupa sudah merosakkan alam.. kalau betul empangan baram "hadiah" dari Tuhan, kenapa perlu ikut adat lama/pemujaan nenek moyang/penjaga tempat itu??

    ReplyDelete
  2. Satu saja mahu diingatkan di sini. cuba anda bandingkan kebaikan dan keburukan pembinaan empangan. keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya. jadi fikir2xkanlah. kami org baram tidak setuju dgn pembinaan empangan itu. satu lagi, buat adat minta restu dari roh nenek moyang itu apa gunanya. silap2x roh2x nenek moyang kita yg dulu itupun tidak akan bagi restu utk bina empangan itu sy rasa..

    ReplyDelete
  3. Ambil iktibar dari projek bakun..tanya mereka yang terlibat, adakah mereka sudah maju kerana projek bakun? Saya percaya ini malapetaka..bukan hadiah dari Tuhan. Tanah adat yang kita bina beratus tahun tiba2 musnah, harus kah kita memulai dari semula dgn tanah sekangkang kera yang kerajaan bagi nanti? Jangan lah kita terus dianggap masyarakat yang dicucuk hidung macam lembu..fikir2kan lah saudaraku

    ReplyDelete