sesamamu

Thursday, April 5, 2012

"mati kerana satu dusta?"

Satu soalan yang menarik. Siapakah sanggup mati kerana satu dusta ataupun penipuan?

Adakah pejuang-pejuang pembebasan sebelum ini sanggup mati begitu sahaja kerana satu fakta yang "bohong"?
Adakah Martin Luther King Jr. mati kerana satu penipuan? Adakah Mahatma Gandhi sanggup mempertaruhkannya hidupnya kerana satu pembohongan? Adakah Rasul Paulus sanggup dihukum bunuh kerana kepercayaan yang dia sanggup sebarkan sampai seluruh dunia itu satu kepercayaan yang bohong?

Bagaimana pula Yesus yang sanggup mati di kayu salib, adakah kepercayaan Nya bahawa Dia anak Tuhan dan Juruselamat-Mesias itu satu dusta? Dan mati dengan sangat terhina untuk satu dusta?

Sesamamu pasti, tiada seorang pun antara mereka yang disebut diatas itu sanggup mati atau menjadi bodoh mati kerana satu dusta? Tidak! Mereka sanggup mati dan menegakkan kebenaran yang merek percaya dan bukan merupakan satu dusta!

Bagaimana dengan kita?

Sanggupkah kita korbankan hidup kita, ataupun segala yang kita miliki demi satu kepercayaan ataupun kebenaran yang kita sendiri tahu dengan pasti bahawa ia bukan satu dusta?

Lihat disekeliling kita, terlalu banyak ketidak adilan, terlalu banyak penindasan, terlalu jelas bumi yang kita "pinjam" untuk didiami ini semkakin musnah. Ini adalah contoh yang kita sendiri boleh lihat dan rasa sendiri yang sebenarnya pada dasarnya BENAR dan bukan satu DUSTA! Tetapi sanggupkah kita berkorban!

Tiada seorang pun sanggup mati kerana satu Dusta...

Ya, tiada seorangpun sanggup mati kerana satu dusta. Sesamamu tidak setuju mengatakan kalau pemuda yang membakarkan dirinya sehingga mati itu sanggup melakukan kerana satu dusta? Sesamamu juga tidak setuju kalau pengebom berani mati itu sanggup mati kerana satu dusta?

Mereka sanggup melakukannya kerana apa yang mereka percaya dan perjuangkan! Tetapi tindakan mereka ini kadang kala menjadi tanda tanya...dan begitulah adanya lumrah "mereka yang sanggup mati bukan kerana satu dusta!"

Selamat mengingati hari KEMATIAN DAN KEBANGKITAN TUHAN YESUS KRISTUS...

No comments:

Post a Comment