sesamamu

Thursday, May 24, 2012

Agama tak boleh campur hal ehwal politik???

Hampir sebulan sudah BERSIH 3.0 telah diadakan dengan jayanya di seluruh negera kita Malaysia menuntut pilhanraya yang adil dan bersih. Tetapi tidak kurang hebatnya media-media perdana milik kerejaan yang memerintah terus memberi satu pandangan yang negatif terhadap perhimpunan Bersih tempoh hari. Lebih-lebih lagi TV1-TV2 milik Rais Yatim yang terus menyiarkan klip-klip yang hanya menunjukkan gambar-gamabra tertentu dari perhimpuan Bersih 3.0 dengan disusuli satu formula BERSIH = KOTOR.

Tidak hairanlah propaganda ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi pendangan umum terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang menuntut satu pilihanraya yang BERSIH dan adil ini. Lebih-lebih lagi mereka yang di luar bandar dan termasuklah para-para pelayan-pelayan Tuhan di kebanyakan gereja setempat.

Itu Politik, tidak boleh campur dengan gereja...

Adalah kebanyakan penyatan yang sesamamu dengar dari gereja-gereja setempat apabila kita cuba berbicara tentang hal ehwal politik. Terutama sekali mereka yang di kawasan luar bandar yang hanya terdedah dengan berita berita dari media arus perdana sahaja.
Sebagai contoh, tuduhan yang keterlaluan diberi kepada mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0. Ada pada satu ketika, sesamamu ditegur kerana menyertai perhimpuan BERSIH 2.0 dan 3.0. Ia seakan-akan satu dosa besar kerana menyertai perhimpunan tersebut.

Dalam gereja kita Kristian dan di luar...kita tinggal dalam gereja Tuhan itu bila cerita tentang politik?

Satu persoalan yang harus kita jawab dengan jujur sebagai seorang Kristian. Orang Kristian ataupun Gereja yang cuba menghindarkan diri untuk terlibat dengan hal ehwal politik semasa terutamanya hal keadilan serta kebenaran di dalam apa-apa sistem yang ada terutamanya sistem pilihan raya, sama seperti berkata kepada Tuhan...."Ini hal politik, jadi kamu tak perlu masuk campur ya, duduk diam di sini (dalam gereja) ataupun tinggal di rumah sahaja".
Dan apabila melihat para wakil-wakil rakyat yang mereka pilih dan daripada pihak kerajaan memeringtah memperdagangkan agama dengan kepercayaan nenek moyang, ia seakan dihalalkan kerana, "Tuhan itu boleh ditinggalkan di rumah ataupun di gereja sementara mereka sesuka hati keluar melakukan perkara yang bercanggah dengan kepercayaan Kristian mereka'.

Cukup dan cukup sudah!

Masa untuk kita merenungkan kembali dan kembali kepada Tuan dan Tuhan yang sebenar.  Siapakah yang kita layani? Undang-undang manusia ataupun Tuhan?
Tak kan kalau masih tidak ada keadilan dan kebenaran, kita sebagai orang Kristian terus mahu duduk diam? Tidak mahu terlibat? dan mengambil pendekatan "Play safe".

Cukup dan cukup sudah! Masa untuk kita bangkit! menjadi suara kepada yang tertindas dan menegakkan keadilan di bumi kita Malaysia.

Sampai bila kita hanya ingin menjadi penonton melihat orang bukan Kristian yang BERDIRI dan BERSUARA demi sebuah keadilan dan kebenaran?

Akhir kata, sesamamu bukan seorang pakar teologi dan agama Kristian, tetapi seorang Kristian yang perihatin terhadap sikap "mementingkan keselamatan sendiri" dan "menjaga kepentingan gereja setempat" kita sahaja.

Tetapi setahu sesamamu, "Dasar Kerajaan Nya adalah KEADILAN dan KEBENARAN". Tetapi kalau tidak ada "KEADILAN dan KEBENARAN", Datangkah Kerajaan Nya di Malaysis tercinta ini seperti kita selalu doakan (Doa Bapa) itu?

Sesamamu akhiri dengan petikan daripada seorang ahli politik yang komitmennya terhadap kepercayaan Kristiannya juga tidak berbeah bahagi.
"Demi sebuah Keadilan dan Kebenaran terjadi di negara kita, saya melibatkan diri dengan politik kerana ini adalah satu cara yang cepat dan berkesan kerana ia merupakan penglibatan secara langsung di dalam sistem yang ada".

No comments:

Post a Comment