sesamamu

Thursday, May 3, 2012

428 akan BERSIH dan Aman Jika...

Seperti BERSIH 2.0, sesiapa sahaja yang memakai baju berwarna kuning lebih-lebih lagi baju T Bersih 2.0 akan di tangkap. Dan juga, bagaimana pelbagai alasan diberikan kepada penganjur untuk mengadakan BERSIH 2.0 di stadium yang dicadangkan.

BERSIH 3.0 juga melalui episod yang sama. Kali ini DBKL telah tidak membenarkan BERSIH 3.0 berhimpun di dataran Merdeka. Ini menyebabkan pihak DBKL memninta bantuan PDRM untuk mengawasi peserta BERSIH 3.0 ini dari memasuki dataran Merdeka.

428 akan BERSIH dan AMAN jika...

Dari semula lagi, jika perhimpunan BERSIH 3.0 ini dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka seperti yang direncanakan pasti akan berlaku dengan aman. Dan pihak DBKL mahupun PDRM dengan senangnya dapat memantau keselamatan para peserta.

Tetapi, seperti BERSIH 2.0 tahun lepas, kebanyakan jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutp daripada dimasuki oleh para peserta BERSIH 3.0

428 ini juga akan menjadi perhimpunan yang aman jika arus perdana negara kita melaporkan berita yang BENAR dan tidak berat sebelah. Publisiti tentang "kejamnya" atau "ganasnya" BERSIH 3.0 ini telah mendorong kepada pihak-pihak tertentu yang mahu melihat ini akan berlaku pada hari perhimpuna tersebut benar-benar terjadi. Sedangkan, sesamamu pasti, para peserta yang hadir untuk perhimpunan BERSIH 3.0 ini datang untuk menyatakan pendirian mereka yang mahukan PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH!

428 dan selepas...

Sekali lagi media arus perdana memutar belitkan apa yang berlaku diperhimpunan BERSIH 3.0. Menjadikan nya seperti sebuah rusuhan yang sangat ganas. Yang menjadi mangsa sudah pasti mereka yang dipendalaman kerana hanya berita arus perdana ini hanya satu-satunya akses berita yang mereka dapat.

Lagi dan lagi sebilangan rakkyat Malaysia sisajikan berita BERSIH 3.0 yang berat sebelah!

Tetapi, sesamamu ingin mengucapkan selamat berjunag kepada para wira-wirawati BERSIH 3.0 yang telah ditangkap dan dirampas semua kamera mereka terutama para wartawan-wartawan yang membuat liputan pada hari perhimpuna tersebut. Usaha mereka untuk membuat liputan yang adil dan benar telah dicabuli apabila kebanyakan daripada peralatan wartawan mereka telah dirampas.

Dan, bagi peserta BERSIH 3.0 di Miri, Sibu dan Kuching...Salam Bersih . Kalian telah mengambil satu langkah kecil untuk satu keadilan...

Bagi rakan-rakan yang masih tidak puas hati dan geram serat membantah akan perhimpanan BERSIH 3.0 ini, ingatlah, kalau tuntutan BERSIH pilihan raya ini Mitos, kenapa ada 64 negara di dunia serta 87 bandar seluruh dunia bersatu dan menyokong tuntutan BERSIH 3.0...renung-renungkan!!!

3 comments:

  1. Sesamamu. Saya ada disana bersama dengan ribuan rakyat Malaysia yang lain hanya semata mata untuk tuntutan 8 perkara iaitu mahukan PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH!.

    Selama lebih 10 tahun di Semananjung; Saya selalu datang ke Dataran Merdeka bersama puluh ratus ribu rakyat malaysia untuk menyaksikan Perarakan Hari Kemerdekaan setiap 31hb Ogos, De tour de Langkawi, Malam sambutan tahun baru dan acara acara yang membabitkan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia yang lain di Dataran Merdeka ini. Setahu saya semuanya berjalan dengan aman! Saya amat kecewa dengan DBKL. Seandainya dengan kerjasama dari Polis dan DBKL, jika perhimpunan BERSIH 3.0 yang hanya "Duduk dan Bantah" dibenarkan mengunakan Dataran Merdeka... ianya PASTI akan berjalan dengan lancar dan aman sama seperti acara acara mega yang telah saya nyatakan diatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mendapat liputan media hanyalah Bersih 3.0 di ibunegara, walhal di negeri lain aman saja tapi tak ada keluar berita pun..heran..

      Delete
  2. Anonymous...

    terima kasih kerana kamu berdiri atas dasar pendirian yang kamu sendiri thau ia adalah dasar yang benar dan tepat. sesamamu setuju jika dari mula lagi kebenaran diberi kepada perhimpuan DUDUK BANTAH ini sudah pasti tiada perkara yang berlaku tempoh hari tu akan terjadi.

    tetpai perjuangan BERSIH baru sahaja bermula ke jilid yang baru. rakyat mulai sedar cuma kita perlu yakinkan serta memberi Pendidikan tidak formal kepada rakyat di luar bandar yang hanya disajikan dengan berita perdana dari sebelah pihak sahaja.

    Teruskan berdiri untuk satu keadilan dan kebenaran dalam pilhanraya yang bersih serta adil saudara!

    ReplyDelete