7 Julai 2011, rakyat Malaysia yang tidak dapat lagi duduk diam dengan sistem pilihan raya di negara kita telah berdiri - satu suara melaungkan satu pilihan raya yang bersih lagi adil. Ia juga meruapakan satu titik permulaan kepada satu perjuangan "rakyat yang tulen" apabila ia menjadi satu perkara yang negara di bawah kerajaan yang memerinat ini "phobia".
Kerajaan pemerintah BN tidak dapat duduk tenang apabila melihat warna rasmi Kuning ini serta perkataan Bersih dilaungkan. Malah lautan Kuning ini telah kita saksikan terjadi lagi pada 28 April yang sudah. Menjadi satu bukti lagi bahwa Rakyat sekali lagi Bangkit dan bersuara untuk sebuah negara yang tercinta ini.
Ulang tahun kebangkitan rakyat...
Ulang tahun pertama Bersih 2.0 adalah satu mercu tanda kebangkitan rakyat sebenarnya. Tanpa mengira latar belakang fahaman politik, kaum mahupun agama, rakyat Malaysia bangkit dan menyatakan "kerinduan" untuk melihat satu pilihan raya yang BERSIH lagi ADIL di negara kita. Tidak dinafikan, publisiti yang diberikan kepada BERSIH 2.0 ini sangatlah berat sebelah oleh kerajaan yang memerintah. Malah Publisiti yang diberikan melalui media utama yang dikuasai oleh kerajaan yang memerintah sangat tidak adil dan melampau. Tabiat menakutkan rakyat dengan cerita-cerita yang belum tentu kebenarannya telah menyebabkan rakyat yang terpedaya dengan media mereka ini tidak duduk senang apabila mendengar perkataan Bersih mahupun T-shirt berwarna kuning.
Wira untuk generasi Malaysia akan datang...
Banyak yang terguris perasaanya, ada yang cedera fizikal dan mentalnya, dan tidak lupa, ada yang terkorban demi satu pilihan raya sebuah negara yang adil dan bersih ini. Tetapi tidak ramai yang menghargainya. Bagi mereka yang telah menghadiri Bersih 2.0 ini, mereka tahu akan inti pati perjuangan mereka. Mereka tahu menghargai akan pengorbanan mereka yang terkorban itu. Kerana mereka tahu, mereka adalah wira untuk generasi Malaysia akan datang...
No comments:
Post a Comment