sesamamu

Friday, July 6, 2012

Air oh air...sudah 38 tahun masih masalah air oh air...

Penulisan kali ini sesamamu ingin respon kepada satu kenyataan TKM Sarawak, tentang masalah air yang dialami kebanyakan tempat terutamanya kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak.

Yang menariknya, kawasan Layar yang dimana beliau sendiri telah menjadi YB selama 38 tahun mengalami akibat yang sangat teruk semasa musim kemarau ini. Dan masalah ini menurut penduduk kawasan Beliau telah berulang sekian lama semenjak Beliau menjadi YB mereka.

Malah sehingga sekarang, kebanyakan rumah-rumah panjang di kawasan Layar mahupun Betong belum lagi dibekalkan dengan air ataupun saluran paip yang sewajarnya. Dan apabila berlakunya musim kemarau dan kering yang panjang, penduduk dan rakyat di kawasan Beliau ini akan merasakan akibatnya.

Menurut petikan kenyataan Beliau kelmarin, dia mencadangkan supaya sebuah empangan sementara akan dibina untuk mengurangkan sedikit beban rakyat semasa musim kering ini. Ya, empangan sementara...dan itu yang ditawarkan setelah 38 tahun!

Menangis tetapi masih undi Beliau! Pelik???

Ini yang menjadi tanda tanya sesamamu. Setelah membaca kenyataan dan petikan keluhan-keluhan kebanyakan rakyat di kawasan Beliau, malah ada yang sampai menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan "mengugut" untuk tidak memilih Beliau lagi sebagi wakil mereka, tetapi yang peliknya, sampai sahaja masa pilihan raya, keputusannya, masih juga memihak kepada Beliau.

Pelik-pelik! masa hampir habis air mata menangis dijadikan air untuk mandi semasa kering ini, dan menyumpah nama Beliau, semasa pilihan raya, Beliau juga yang jadi wakil mereka. Buktinya, 38 tahun Beliau jadi YB di Layar-Betong. Pelikkan?

Beliau ada "petara-senyonyongkah"?

Petara ini menurut Sesamamu adalah satu "petara" yang boleh melembutkan hati para rakyatnya suatu ketika masa musim kering minum air longkang untuk mengundi Beliau semula sebagai wakil mereka. Itulah sebabnya Beliau boleh terus menjadi YB mereka selama 38 tahun. Betulkah Beliau?

Definasi "petara - senyonyong"  sesamamu...

Pemberian dan "hadiah segera" setiap menjelang pilihan raya...kadang kala hanya RM50 sepintu...emmm harga satu kehidupan generasi kegenerasi selama 38 tahun...dan banyak lagi contoh lain...

Nak tahu tentang "petara" ni...tunggu PRU13 ni...


4 comments:

  1. so, kalau awak yg jd YB adakah hidup penduduk akan berubah? Jgn pulak pandai mengkritik tp tak bagi satu pun jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada yang berkenaan di atas, Kalau awak duduk diam je, apa boleh awak buat? ada perubahan ke? Mesti awak ni salah seorang orang kuat Jabu kan.. Tu cakap macam tu..

      Delete
  2. takdelah maksud penulis macam tu rasanya. kalau awak dok kat atas tak tengok kat bawah kan naya.

    ReplyDelete
  3. Kepada yang berkenaan di atas, Kalau awak duduk diam je, apa boleh awak buat? ada perubahan ke? Mesti awak ni salah seorang orang kuat Jabu kan.. Tu cakap macam tu..

    ReplyDelete