sesamamu

Tuesday, May 29, 2012

Tolong "jimat" maya Gawai tu'

Sesamamu ingin mengingatkan kita sedikit tentang perayaan Gawai yang akan kita sama-sama rayakan terutama kita DAYAK.
Dari perkataan iban "jimat" membawa maksud, berhati-hati dan sentiasa berwaspada di mana pun kita berada ataupun apapun yang kita buat. Ini pemahaman sesamamu dengan perkataan "jimat" di dalam bahasa Iban. Kalau salah tolong tunjukkan.

Tetapi, "jimat" didalam bahasa Kebangsaan bermaksud, tidak boros dan sentiasa mengamalkan sikap yang berjimat cermat didalam segala hal yang berkatian dengan perbelanjaan mahupun penggunaan. tetapi, sekali lagi, tolong betulkan sesamamu jika definasi ini kurang tepat. Ini cuma pemahaman sesamamu tentang perkataan tersebut.

"Jimat" di dalam Bahsa Iban - pengertian sesamamu...

Sesamamu ingin mengambil kesempatan ini untuk sahabat-sahabat DAYAK yang merayakan perayaan GAWAI ini supaya "berjimat" ataupun berhati-hati dijalan raya ketika memandu. Sesamamu akui begitu sukar untuk mengelakkan dari minum dan seterusnya mabuk semasa perayaan GAWAI ini walaupun kebanyakan kita mahu mengamalkan hidup yang "soleh" dan "kudus" adanya. Tetapi, demi adat resam dan tradisi turun temurun kita dan memang sudah menjadi darah daging kita kamu DAYAK, perlu dan wajib ada air "bisa",  jadi, nasihat sesamamu hanya mudah, kalau tahu dah mabuk tak perlu pandu kereta itu. Tidur sahaja di mana kita sudah mulai "party" tadi dan memandu bila sudah kembali dalam keadaan yang "stabil".

Kenapa perlu tidak memandu? Dua jawapan mudah;
1- Kita akan menambahkan statistik kematian akibat memnadu dalam keadaan mabuk ketika hari sepatutnya kita bergembira.


2- Kita mengakibatkan orang lain yang tidak mabuk ditimpa malang dan orang yang mereka sayangi menanti kepulangaan mereka yang tidak kunjung tiba.

"Jimat" pengertian sesamamu dalam BM...

"Jimat" jenis ini pula melibatkan perbelanjaan kita semasa merayakan hari GAWAI ini. Sesamamu akui GAWAI adalah satu tahun sekali. Tetapi bukan menjadi passport kita untuk berbelanja sakan bukan? Lebih-lebih lagu berbelanja demi untuk menjaga status dan maruah dengan jiran-jiran di sebelah menyebelah.  Ada yang sanggup membelanjakan beribu-ribu untuk membeli air "bisa" yang termahal dan terbaik demi untuk menjaga krediabiliti mereka. Tetapi membelanjakan dengan borosnya dengan perkara yang hanya mendatangkan keseronokan waktu dan ketika itu sahaja adalah satu pembaziran. Tak kan oleh kerana GAWAI satu tahun sekali, habis bekalan untuk satu tahun? Tak kan lepas GAWAI ini baru mahu fikir cari duit untuk belanja dapur-belanja anak sekolah-belanja kehidupan seterusnya?

Kenapa harus bazirkan susah payah kita memcari wang ringgit selamat setahun ini demi sebuah maruah-status-darjat -serta "enjoy" sementara ini begitu sahaja? Jadi BERJIMAT CERMAT LAH!!!

Jadi berjimatlah dan bersederhanalah dalam segala hal sewaktu berbelanja.

Dari sesamamu kepada semua pengikut setia sesamamublogspot.com, SELAMAT HARI GAWAI ...dan bagi rakan kita di Sabah, SELAMAT HARI KEAMATAN... Tuhan memberkati.

Thursday, May 24, 2012

Agama tak boleh campur hal ehwal politik???

Hampir sebulan sudah BERSIH 3.0 telah diadakan dengan jayanya di seluruh negera kita Malaysia menuntut pilhanraya yang adil dan bersih. Tetapi tidak kurang hebatnya media-media perdana milik kerejaan yang memerintah terus memberi satu pandangan yang negatif terhadap perhimpunan Bersih tempoh hari. Lebih-lebih lagi TV1-TV2 milik Rais Yatim yang terus menyiarkan klip-klip yang hanya menunjukkan gambar-gamabra tertentu dari perhimpuan Bersih 3.0 dengan disusuli satu formula BERSIH = KOTOR.

Tidak hairanlah propaganda ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi pendangan umum terhadap perhimpunan BERSIH 3.0 yang menuntut satu pilihanraya yang BERSIH dan adil ini. Lebih-lebih lagi mereka yang di luar bandar dan termasuklah para-para pelayan-pelayan Tuhan di kebanyakan gereja setempat.

Itu Politik, tidak boleh campur dengan gereja...

Adalah kebanyakan penyatan yang sesamamu dengar dari gereja-gereja setempat apabila kita cuba berbicara tentang hal ehwal politik. Terutama sekali mereka yang di kawasan luar bandar yang hanya terdedah dengan berita berita dari media arus perdana sahaja.
Sebagai contoh, tuduhan yang keterlaluan diberi kepada mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0. Ada pada satu ketika, sesamamu ditegur kerana menyertai perhimpuan BERSIH 2.0 dan 3.0. Ia seakan-akan satu dosa besar kerana menyertai perhimpunan tersebut.

Dalam gereja kita Kristian dan di luar...kita tinggal dalam gereja Tuhan itu bila cerita tentang politik?

Satu persoalan yang harus kita jawab dengan jujur sebagai seorang Kristian. Orang Kristian ataupun Gereja yang cuba menghindarkan diri untuk terlibat dengan hal ehwal politik semasa terutamanya hal keadilan serta kebenaran di dalam apa-apa sistem yang ada terutamanya sistem pilihan raya, sama seperti berkata kepada Tuhan...."Ini hal politik, jadi kamu tak perlu masuk campur ya, duduk diam di sini (dalam gereja) ataupun tinggal di rumah sahaja".
Dan apabila melihat para wakil-wakil rakyat yang mereka pilih dan daripada pihak kerajaan memeringtah memperdagangkan agama dengan kepercayaan nenek moyang, ia seakan dihalalkan kerana, "Tuhan itu boleh ditinggalkan di rumah ataupun di gereja sementara mereka sesuka hati keluar melakukan perkara yang bercanggah dengan kepercayaan Kristian mereka'.

Cukup dan cukup sudah!

Masa untuk kita merenungkan kembali dan kembali kepada Tuan dan Tuhan yang sebenar.  Siapakah yang kita layani? Undang-undang manusia ataupun Tuhan?
Tak kan kalau masih tidak ada keadilan dan kebenaran, kita sebagai orang Kristian terus mahu duduk diam? Tidak mahu terlibat? dan mengambil pendekatan "Play safe".

Cukup dan cukup sudah! Masa untuk kita bangkit! menjadi suara kepada yang tertindas dan menegakkan keadilan di bumi kita Malaysia.

Sampai bila kita hanya ingin menjadi penonton melihat orang bukan Kristian yang BERDIRI dan BERSUARA demi sebuah keadilan dan kebenaran?

Akhir kata, sesamamu bukan seorang pakar teologi dan agama Kristian, tetapi seorang Kristian yang perihatin terhadap sikap "mementingkan keselamatan sendiri" dan "menjaga kepentingan gereja setempat" kita sahaja.

Tetapi setahu sesamamu, "Dasar Kerajaan Nya adalah KEADILAN dan KEBENARAN". Tetapi kalau tidak ada "KEADILAN dan KEBENARAN", Datangkah Kerajaan Nya di Malaysis tercinta ini seperti kita selalu doakan (Doa Bapa) itu?

Sesamamu akhiri dengan petikan daripada seorang ahli politik yang komitmennya terhadap kepercayaan Kristiannya juga tidak berbeah bahagi.
"Demi sebuah Keadilan dan Kebenaran terjadi di negara kita, saya melibatkan diri dengan politik kerana ini adalah satu cara yang cepat dan berkesan kerana ia merupakan penglibatan secara langsung di dalam sistem yang ada".

Friday, May 18, 2012

13 May harian Metro Ahad keterlaluan...

Sesamamu menyokong apa-apa tindakan terhadap Harian Metro yang membuat laporan muka hadapan tentang suku kaum Penan di Sarawak baru-baru ini.
Laporan Harian Metro pada hari tersebut duterbitkan semata-mata demi melariskan jualan akhbar ini dan secara langsung telah menghina masyarakat kaum Penan dan kaum Orang Ulu di Sarawak amnya.

Kenapalah masih ada yang jahil???

Sesamamu pasti masih ramai rakan-rakan kita di Tanah Semenanjung tidak tahu adat resam kaum di Sarawak apatah lagi tentang perbezaan suku-kaum yang ada di Sarawak. Yang mereka tahu, Iban dari Sarawak. Tetapi, tahukah mereka di Sarawak ada berapa suku kaum yang bernaung di bawah DAYAK? mahupun berapa suku-kaum yang dipanggil Orang Ulu ini?

Jadi, sesamamu memohon rakan-rakan si Seemenanjung Sana, kenali dan pelajarilah adat resam kami Sarawak sebelum ngeluarkan kenyataan yang amat menyinggung bukan sahaja perasaan malah emosi serta maruah kamu suku-suku kamu di Sarawak ini. Kalau kami masih hidup di zaman sebelum datangnya agama Kristian dan adanya undang-undang sivil, sesamamu pasti, saudara pengarang Harian Metro Ahad yang bertajuk "Ibuku Isteriku, Bapaku, Suamiku".

Laporan ini keterlaluan dan sepatutnya wartawan tersebut juga harus tahu akan norma kehidupan sebenar manusia bahawa perbuatan tersebut melanggar norma kehidupan ataupun taboo.

Minta maaf tapi tidak ikhlas...

Selepas diarahkan memohon maaf secara terbuka, Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan minta maaf tetapi permohonan minta maaf secara terbuka itu seperti tidak ikhlas. Mana tidaknya, permohonan maaf itu dikeluarkan pada mukasurat 9 dan sepatutnya dimuka depan tabloid tersebut seperti tajuk muka depan pada hari ahad tersebut!

Hormat sensitiviti setiap kaum...

Di sini Sesamamu mengingatkan sesama kita untuk lebih sensitif tentang hal ehwal mana-mana kaum. Kalau tidak jelas dan tiada bukti kukuh, tidak perlu disensasikan demi mendapat keuntungan yang besar!

Thursday, May 3, 2012

428 akan BERSIH dan Aman Jika...

Seperti BERSIH 2.0, sesiapa sahaja yang memakai baju berwarna kuning lebih-lebih lagi baju T Bersih 2.0 akan di tangkap. Dan juga, bagaimana pelbagai alasan diberikan kepada penganjur untuk mengadakan BERSIH 2.0 di stadium yang dicadangkan.

BERSIH 3.0 juga melalui episod yang sama. Kali ini DBKL telah tidak membenarkan BERSIH 3.0 berhimpun di dataran Merdeka. Ini menyebabkan pihak DBKL memninta bantuan PDRM untuk mengawasi peserta BERSIH 3.0 ini dari memasuki dataran Merdeka.

428 akan BERSIH dan AMAN jika...

Dari semula lagi, jika perhimpunan BERSIH 3.0 ini dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka seperti yang direncanakan pasti akan berlaku dengan aman. Dan pihak DBKL mahupun PDRM dengan senangnya dapat memantau keselamatan para peserta.

Tetapi, seperti BERSIH 2.0 tahun lepas, kebanyakan jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutp daripada dimasuki oleh para peserta BERSIH 3.0

428 ini juga akan menjadi perhimpunan yang aman jika arus perdana negara kita melaporkan berita yang BENAR dan tidak berat sebelah. Publisiti tentang "kejamnya" atau "ganasnya" BERSIH 3.0 ini telah mendorong kepada pihak-pihak tertentu yang mahu melihat ini akan berlaku pada hari perhimpuna tersebut benar-benar terjadi. Sedangkan, sesamamu pasti, para peserta yang hadir untuk perhimpunan BERSIH 3.0 ini datang untuk menyatakan pendirian mereka yang mahukan PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH!

428 dan selepas...

Sekali lagi media arus perdana memutar belitkan apa yang berlaku diperhimpunan BERSIH 3.0. Menjadikan nya seperti sebuah rusuhan yang sangat ganas. Yang menjadi mangsa sudah pasti mereka yang dipendalaman kerana hanya berita arus perdana ini hanya satu-satunya akses berita yang mereka dapat.

Lagi dan lagi sebilangan rakkyat Malaysia sisajikan berita BERSIH 3.0 yang berat sebelah!

Tetapi, sesamamu ingin mengucapkan selamat berjunag kepada para wira-wirawati BERSIH 3.0 yang telah ditangkap dan dirampas semua kamera mereka terutama para wartawan-wartawan yang membuat liputan pada hari perhimpuna tersebut. Usaha mereka untuk membuat liputan yang adil dan benar telah dicabuli apabila kebanyakan daripada peralatan wartawan mereka telah dirampas.

Dan, bagi peserta BERSIH 3.0 di Miri, Sibu dan Kuching...Salam Bersih . Kalian telah mengambil satu langkah kecil untuk satu keadilan...

Bagi rakan-rakan yang masih tidak puas hati dan geram serat membantah akan perhimpanan BERSIH 3.0 ini, ingatlah, kalau tuntutan BERSIH pilihan raya ini Mitos, kenapa ada 64 negara di dunia serta 87 bandar seluruh dunia bersatu dan menyokong tuntutan BERSIH 3.0...renung-renungkan!!!