Begitulah Sesamamu dapat gambarkan keadaan si kecil ini. Bukan sahaja hidup dengan HIV, tetapi Si Ibu tunggal kepada si kecil ini terpaksa meminta simpati kepada mereka yangnmahu menumpangkan mereka di kawasana sekitar Kuching yang berdekatan dengan HUS jika datang untuk melakukan rawatan.
Bukan sahaja harus berangkat dari kampung halaman seawal pagi, perjalanan lapan jam untuk sampai ke HUS satu perjalanan yang memenatkan, apatah lagi bagi si kecil.
Kenapa Kuching tiada tempat berteduh untuk mereka yang hidup dengan HIV?
Sesamamu pasti, stigma masyarakat yang sangat tebal ke atas mereka yang hidup didalam HIV/AIDS ini pendorong utama ketidak perihatinan masyarakat sekitar kita sekarang terhadap betapa perlunya satu "shelter" untk mereka yang seperti mereka ini. Ianya sangat diperlukan.
Satu tempat yang mampu untuk memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka, dan memberi harapan yang sejati bukan hanya dikata-kata sahaja. Dengan keadaan situasi ekonomi yang tidak menyokong orang yang serba kekurangan, dengan adanya rumah ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka untuk berteduh, biar seketika.
Kita mampu melakukan sesuatu untk si kecil ini, tetapi bergantung sejauh mana hati ini terus mendorong kita menjadikan harapan itu benar ataun direalisasikan.