Pemimpin yang mempunyai hati seorang hamba pada zaman sekarang?
Satu perkara yang yang mungkin sukar kita temui pada masa sekarang dikalangan para pemimpin yang ada. Kerana setiap pemimpin pasti punyai egonya sendiri, dan maaing-masing memiliki agenda tersendiri untuk dicapai. Oleh yang demikian, sangat sukar untuk menemui pemimpin yang mempunyai hati seorang hamba.
Dua perkara yang menyekat lahirnya sikap pemimpin yang memiliki hati seorang hamba.
Ego dan agenda peribadi.
1. Ego ...
Setiap pelajar mempunyai tahap keegoannya tersendiri. Dan ego inilah yang menjadikan mereka tidak sanggup belajar untk merendahkan diri mereka. Mereka tidak akan tunduk kepada apa pun teguran dan apa pun yang mereka katakan, harus dicapai dengan apa cara sekalipun.
Oleh yang demikian, apa pun yang dilakukan bercanggah dengan "idea" mereka akan menerima akibatnya.
2. Agenda peribadi
Agenda peribadi akan selalu mendorong mereka untuk fokus kepada apa yang mereka ingin capai. Ini menyebabkan mereka takut untuk gagal dan kesempurnaan menjadi kata kunci untuk semua yang mereka lakukan.
Segala tenaga dikerahkan sepenuhnya demi mencapai impian peribadi mereka ini. Jadi, setiap rintangan akan diusahakan untuk dilalui dengan kerahan tenaga dan minda.
Segala halangan kalau boleh dihindarkan dari laluan "agenda peribadi" mereka.
Oleh yang demikian, seperti telalu sukar untuk menemukan pemimpin yang punyai hati seorang hamba, kalau kamu ada jumpa seorang pemimpin yang sedemikian rupa, boleh perkenalkan kepada Sesamamu ya...Sesamamu mahu belajar!
No comments:
Post a Comment