sesamamu

Thursday, January 7, 2016

Tanam sebatang pokok seorang

Melihat keadaan pokok hutan hujan khatulistiwa di Sarawak, kebanyakannya sudah bertukar dengan pokok yang lebih komersial, seperti pokok Kelapa Sawit.
ya, memang masih ada kehijauannya, tetapi ekologi sistem yang disumbangkan kepada alam semulajadi pastinya jauh berbeza. Tiada lagi keseimbangan eko sistem yang sepatutnya.

Tanam pokok...

Mari tukar senikata lagu ini, dari "tanya sama pokok kenapa sebab goyang kepada, "mari tanam pokok".

Memandangkan keadaan hutan pokok rimba yang semakin berkurangan ini, mungkin belum terlambat sangat kalau setiap orang dewasa penduduk bumi kenyalang ini membuat satu "pledge" seorang tanam sebatang pokok. Dengan lebih kurang 2 juta penduduk dewasa Sarawak yang ada ini, tidak mustahil Bumi Sarawak kembali hijau dengan pokok hutan rimba semulajadi dan bukan komersial sahaja.

Strategi nya...

1. Syarikat pembalakan yang terbabit terlibat.
Setiap syarikat pembalakan yang sydah kaya raya hasil penumbangkan pokok-pokok hutan tropika ini harus menyumbang satu kawasan tanah untuk dijadikan kawasan tanaman semula. Kalau tudak pun, halaman rumah mereka yang luas itu dijadikan kawasan penanaman semula pokok ini!

Syarikat pembalakan ini juga harus membiayai kos setiap benib pokok yang akan ditanam. Mereka harus menyediakan benih-benih pokok tetsebut, dan orang ramai digalakkan untuk mengambil benih-benih pokok itu di premis syarikat mereka sebekum dibawa ke tanah yang disediakan untuk penanaman semula ini.

2. Penglibatan individu...

Orang ramai dan setiap individu di Sarawak digalakkan untuk projek penanaman semula ini. Setiap individu harus bertanggung jawab menanam semula, dan mana-mana rakyat Sarawak yang engkar, akan ada tindakan yang dikenakan. Denda ini akan dibayar oleh syarikat pembalakan yang ada di Sarawak.

Ada tetapi nya...

Mereka yang punya kuasa itu yang menjadi dalang disebalik pemerkosaan pokok hutan semulajadi ini. Harapkan pagar, pagar Pula yang makan hasilnya...

No comments:

Post a Comment