sesamamu

Sunday, November 29, 2009

Segala yang dijadikan Nya itu sungguh amat baik...

"Dewasa ini kita sering merayakan,
kejayaan yang akhir nya membinasakan,
apalah gunanya kematangan fikiran,
jika dijiwa kita masih lagi muda

dan mentah, ku lihat HIJAU..." (Zainal Abidin-Hijau)


Maka TUHAN melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik...

Dalam penerbangan pulang dari Mukah ke Kuching dengan menggunakan "Twin otter", saya mengambil kesempatan melihat pemandangan yang indah dari atas. Wah!, walaupun selalu datang ke Mukah menggunakan kapal terbang, ini buat kali pertamanya saya mengagumi benar bumi yang diciptakan Tuhan kepada kita. Ayat dari Firman Tuhan di atas (kej 1:31) bermain difikiran saya sepanjang penerbangan tersebut.


Tetapi pandangan saya tersertak seketika, apabila melihat satu bahagian hutan yang telah diterokai dan "botak", sama ada ia perbuatan pembalak haram ataupun pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit yang terlibat di dalam projek "SCORE".  

Jadi apa kaitannya dengan sesamamumanusia kali ini?

Beberapa minggu yang lepas, saya berkesempatan melawat orang utan di "semengoh wildlife centre"(SWC). Apa yang menyentuh hati saya ialah, spesis in semakin pupus di hutan kita dan di SWC sahaja hanya ada 29 ekor yang ada di sana. Apa yang menjadi keraguan saya ialah, jika hutan kita semakin diterokai demi nama pembangunan, spesis ini akan pupus dari muka bumi kerana habitatnya rakus diancam dan anak-anak kita ataupun generasi-generasi yang akan mendatang hanya mengenal orang utan melalui gambar dan bukannya secara "life" seperti yang saya alami hari tersebut. Mahukah kamu perkara ini berlaku kepada anak-anak anda kelak?



[29]  Berfirmanlah TUHAN: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu.
[30]  Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian. (Kej 1)



Ayat di atas adalah TUHAN sendiri yang berfirman ataupun berkata, jadi tidak salah  kalau saya katakan, ini adalah tanggung jawab kita bersama, apatah lagi orang yang percaya Tuhan! Memelihara dan menjaga ciptaan Nya.



Saya sungguh bangga dengan usaha yang dilakukan oleh beberapa pelajar dari UPM serdang yang telah melakukan kampen menanam pokok yang mula pupus dan usaha ini adalah kesinambungan dari projek penanam pokok di UPM Bintulu.


Apakata gereja-gereja setempat juga berusaha untuk melakukan projek sedemikian! Tanam satu pokok, satu gereja(sekurang-kurangnyalah, tapi satu pokok seorang kan bagus). sekurang-kurangnya lah. Jangan hanya dengar dan merungut tentang keadaan perubahan cuaca yang mendadak dan tidak menentu. Merungut "ah..Hujan"...merungut "ah....Panas". Jadi kalau tahu Hujan kalau tahu Panas yang tidak menentu, HIJAU lah!!!!

Anda boleh mengubah nya...

Sunday, November 22, 2009

adalah lebih berharga memberi



"Dalam segala sesuatu telah kuberikan contoh kepada kamu, bahwa dengan bekerja demikian kita harus membantu orang-orang yang lemah dan harus mengingat perkataan Tuhan Yesus, sebab Ia sendiri telah mengatakan: Adalah lebih berbahagia memberi dari pada menerima." Kis 20:35

 "Adalah lebih berharga memberi daripada menerima"...ini adalah perkataan Tuhan Yesus yang Rasul Paulus kongsikan bersama-sama penatua-penatua gereja dari Efesus yang Rasul Paulus sendiri jemput datang ke Miletus. Dalam keseluruhan bab tersebut, Pualus menasihati mereka bagaimana hidup ditengah-tengah masyarakat sekitar mereka dan bagaimana melayani mereka.


Pada satu ketika, saya mengambil kesempatan untuk meronda pusat bandar Kuching dan ingin berjumpa dengan beberapa orang pengemis atau peminta sedekah disekitar Kuching. Tujuan saya tercapai apabila saya dapat berjumpa dan duduk mendengar cerita mereka.


Apa yang menjadi dorongan saya ialah, selama ini saya mendengar dari membar gereja apabila penghotbah selalu berseru kepada kita orang yang percaya tentang "mengasihi"  baik mengasihi sesama mu ataupun dengan Tuhan mu.



Setelah saya mengambil keputusan berjumpa muka dengan muka mereka yang meminta sedekah ini, perspektif saya mula berubah.  Duduk mendengar cerita mereka mencabar saya lebih lagi mengaplikasikan apa yang Firman Tuhan katakan didalam Alkitab. selama ini, saya hanya melihat mereka dan lalu depan mereka begitu sahaja. tetapi sekarang saya telah kenal dan tahu serba sedikit latar belakang mereka. sekurang-kurang nya lain kali bila terserempak, saya boleh duduk bersembang lagi dengan mereka.

"Hai manusia yang bebal, maukah engkau mengakui sekarang, bahwa iman tanpa perbuatan adalah iman yang kosong?" (Yakobus 2:20)

Orang percaya yang ada iman tetapi tiada perbuatan dikatakan "Bebal", dalam bahasa tempatan kita "Beluku", "Paloi", "Bodoh"...so, mahukah orang Kristian di dunia ini yang selalu nyanyikan "God is Good, all The time" di gereja setempat dipanggil "Bebal", "Beluku", "Paloi", atau "Bodoh" kerana tiada perbuatan iman, tiada perbuatan kasih, tiada kasih sesamamumanusia???

jadi perbuatan mu yang "simple' seperti  masa, tenaga mungkin juga wang mu yang kau berikan kepada mereka yang miskin, tertindas dan lemah ini dapat mendorong satu lagi nyawa untuk lebih mengenali Tuhan kita? Ya perbuatan mu yang baik mencerminkan Kristus ada didalam kamu!!!

Check this!(Borneo Post 20th Nov,2009)...Hope Christian @ Church do the same???

Organisations donate to two poor families


MIRI: The poverty experienced by two families in Permyjaya New Township here has caught the attention of three organisations yesterday.The organisations were IBS Leo Club, Single Mothers Association and Chee Sin Khor Moral Uplifting Society Miri.
Members of the organisations visited the families as well as donated cash and daily essentials to them.
Also joining in the visit was the Assistant Minister of Infrastructure Development and Communications, Datuk Lee Kim Shin and officers from Miri Welfare Department.
The first family visited was the family of Lai Yun Lin, 40, at a quadruplex flat in Permyjaya here.
Lai is paralysed half of his body after a stroke attack over a year ago and had to rely on his wife Chin Chiok Hui, 32, to care for the family. Chin is also a kidney patient.
Apart from taking care of her husband, Chin works in a nearby eating outlet for a salary of only RM450 a month and she also care for her 57-year- old mother in-law Chin Su Yin who is suffering from intestine cancer as well as her only child who will be entering Form 1 next year.
Her financial burden adds up as she is also paying for the house rent which is RM230 a month.
They have been staying in the house for the past eight years.
In view of that, Lee had requested the Welfare Department to assist the family including to provide bus fare money for Chin’s son to attend school.
Another family visited was the family of Teng Swee Ing, 66 and her husband Ong Yu Teck 65, at Tudan Phase 1 here.
Ong is paralysed following a stroke attack several years ago and the couple which is depending only on income from selling banana fritters in the neighbourhood, is supporting five school-going children.

Sunday, November 15, 2009

Berilah keadilan itu...



"Berilah keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, belalah hak orang sengsara dan orang yang kekurangan!"

Kali ini saya mulakan dengan petikan ayat dari Mazmur 82:3 ini. Di dalam mazmur ini, Tuhan dengan jelas menuntut keadilan dari umatnya, orang yang dipanggil pengikutnya atau sebagai orang yang percaya kepada Nya. Kerana disitu adalah tumpuan Takhta Nya(Maz 98:14-15)


Minggu yang lepas, di dada akhbar tempatan telah memaparkan kenyataan daripada orang No.2 Polis negara kita yang menutup kes anak gadis kaum Penan yang dipercayai dirogol oleh pekerja-pekerja dari syarikat pembalakan. Kes ini telah disiasat setelah dilaporkan oleh NGO negara asing pada September 2008 yang lepas.


Kalau benar tidak ada mana-mana kes seperti yang dinyatakan oleh NGO luar negara tersebut, dan menurut jabatan Polis,  kekurangan bahan bukti dan kesahihan tuduhan itu membuat pihak Polis memberhentikan dan menutup kes ini. Persoalannya, wajarkah kes ini ditutup begitu sahaja???


Apabila hal ini di persoalkan di dewan undangan negeri Sarawak, ada pihak yang melatah dan cuba ingin menjadi wira untuk menjawab balik segala persoalan ini. Kita tunggu dan lihat pada 17 Nov apa yang akan diterangkan mengenai kes ini.


Kalau ya pun tidak cukup bukti, kenapa pihak-pihak tertentu tidak mencuba dari awal lagi mengambil kira apa yang didedahkan oleh NGO ini dan pendapat orang-orang perseorangan atau pendapat daripada masyarakat peribumi ini sendiri. Saya pasti keadilan dan kebenaran itu ada di sana,  tetapi...?  Mungkin bukti-bukti tersebut telah ditutupi dengan "pengeras" yang telah ditawarkan sekaligus mengaburi "mereka ini"?  


Keadilan itu sendiri memang sukar didefinasikan, tetapi apa yang kita mahu ialah satu kuasa penindasan tidak berlaku kepada hak-hak menanusian yang kita miliki yang Tuhan sediakan.



Apa-apapun, kalau seorang itu benar-benar pengikut Dia yang sejati, percaya kepada Tuhan yang satu itu, dia pasti tahu apa yang dituntutkan oleh Tuhan daripada kita. Kita tidak mahu menjadi orang percaya yang mementingkan diri sendiri dan mengutamakan "diri kita sendiri sahaja masuk syurga". Atau dalam bahasa lainnya "self center salvation". 

Kenapa? Orang lain tidak perlu masuk syurga kah?

Oi!!! fikirkan lah sesamu juga...

 

Sunday, November 8, 2009

Diatas nama "perubahan"...


Tahniah kepada RTM1 yang menyiarkan dokumentari tentang perubahan yang berlaku kepada kaum Penan.
Akhir-akhir ini, di dada-dada akhbar tempatan, kita banyak didedahkan tentang masyarakat peribumi ini. Tidak cukup dengan masalah yang memeningkan kepala kerajaan negeri Sarawak dengan sekatan jalan yang dilakukan oleh masyarakat peribumi ini, kita juga masih diambang tanda tanya tentang kes rogol yang berlaku keatas gadis dibawah umur kaum ini. Yang membuat kita BENG-ngong!!!(bingung) ialah satu pikah katakan YA, dan satu pihak lagi, katakan TIDAK, kes rogol ini tidak berlaku. Jadi mana kebenaran? Kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ini ingin tahu kebenaran. Kalau suara pemimpin di Parlimen kita persoalkan, jadi apa perlukah pemimpin-peminpin yang duduk di kerusi rakyat di Parlimen itu diwujudkan? Jadi suara pemimpin yang mana kita mahu dengar sekarang? Seakan- akan, masing-masing mahu menunjukkan mereka mengambil kisah atau mengambil berat tentang kes ini. Akhirnya, KEBENARAN dan KEADILAN tergadai begitu sahaja dan rakyat mula sangsi dengan pemimpin-peminpin yang ada, serta mula hilang kepercayaan terhadap pihak yang berkuasa. Inikah yang kita mahu?

Bercakap tentang perihatin. Setelah kes rogol keatas gadis bawah umur dari masyarakat peribumi ini diketengahkan ke pengetahuan masyarakat dunia umumnya, banyak orang perseorangan dan tidak kurangnya syarikat-syarikat besar mula memberi sumbangan ehsan pelajaran kepada masyarakat kaum peribumi ini. Kudos!!! Saya sungguh bangga dan rasa terkilan dengan sumbangan-sumbangan kewangan ini. Ini akan mendorong mereka lebih gigih lagi keluar daripada kepompong hidup mereka dan memajukan kaum mereka setapak lagi selari dengan kaum-kaum yang lain. Tetapi saya doakan dan berharap, segala sumbangan yang datang ini ikhlas daripada individu-individu ini. Kalau diikutkan hasil hutan yang diterokai daripada "halaman rumah" kaum ini serta harga diri gadis bawah umur ini dari kaum peribumi ini, sebenarnya tidak cukup hanya pemberian sekaligus ini untuk mereka. Sebagai contoh, 9 orang dari mereka yang melanjutkan pelajaran di beberapa kolej swasta di Kuching ini, alangkah baiknya mereka ini mendapat biasiswa penuh untuk pengajian mereka daripada digembar-gemburkan pemberian sekaligus ini(Mungkin RM1000.00 seorang). Difahamkan untuk pengajian peringkat Diploma sahaja, mereka perlu jelaskan yuran RM25k-RM18k dan ini tidak termasuk perbelanjaan yang lain-lain. (Saya pasti rumah penginapan disewa). Memadaikah dengan harga penerokaan dan kehilangan maruah diri "mereka" ini? Kenapa tidak diberi Biasiswa sepenuhnya kepada mereka dan bukan pinjaman PTPTN kepada mereka? Kalau kita benar-benar mahu melihat perubahan berlaku kepada masyarakat peribumi ini?

Persoalannya ialah dimanakah KEBENARAN dan KEADILAN itu?

"Kebenaran dan keadailan adalah takhta MU..." (Maz 89:14)
Sebagai seorang Kristian, saya percaya kita hafal doa ini..."Bapa kami disyurga, dikuduskanlah nama Mu, datanglah KERAJAAN Mu..." Apabila saya renungkan doa tersebut dan ayat diatas, Kerajaan Mu-Kerajaan Tuhan sebenarnya akan hanya ada apabila Kebenaran dan Keadilan itu ada...kerana ia adalah tumpuan takhta Nya (Tuhan).

Oleh itu, tanggung jawab kita orang yang percaya, dan sesama mu untuk menyatakan KEBENARAN dan KEADILAN itu kalau kita mahu KERAJAAN TUHAN ada bersama kita...

Monday, November 2, 2009

Mereka Perlukan...

Ya, mereka perlukan anda, kita semua untuk mendalami dunia serba kekurangan ini. Apatah lagi kita yang dipanggil orang yang percaya ini. Ya, percaya kepada Tuhan yang satu, yang telah datang untuk menyelamatkan danmenyatakan kepada kita apa yang perlu kita buat untuk sesama kita manusia . Dan yang diberkati dengan berkat fizikal yang berkelimpahan...
Saya sungguh berbangga dengan apa yang dilakukan oleh 2 buah Universiti Swasta tempatan (Di Sarawak) yang telah mengadakan satu acara untuk mengumpul dana bagi mengurangkan beban mereka yang jauh di pendalaman Sarawak. kedua-dua usaha "pelajar-pelajar" ini boleh menjadi satu contoh yang hidup bagaimana, kita yang dipanggil seorang "pelajar Kristian" boleh melibatkan diri kita di dalam kerja-kerja kemasyarakantan ini. (Yang pasti persatuan pelajar universiti ini bukan dari persatuan pelajar Kristian). Tetapi mereka telah melakukan satu perkara yang "simple" dipandang mata tetapi sangat bermakna kepada mereka yang memerlukannya. Mereka menunjukkan kepada kita, bahawa kehidupan kampus selama 3-5 tahun bukan hanya sekadar untuk mendapat segulung ijazah/sijil sahaja tetapi ia akan lebih bermakna apabila melakukan sesuatu perkara yang boleh membantu mereka yang memerlukan pertolongan kita sesama manusia ini.

Jika kita sebagai seorang yang percaya tahu betapa setiap helah nafas kita adalah untuk memuliakan Tuhan, saya peasti apabila kita melakukan segala perkara itu , terutamanya untuk mereka yang memerlukan, pasti nama Tuhan sahaja yang dimuliakan.
[1 Kor 10:31] Aku menjawab: Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semuanya itu untuk kemuliaan Allah.
Makan dan minum perkara asas yang kita buat....apatah lagi perkara-perkara lain yang kita lakukan untuk mereka yang memerlukan, dengan melakukannya untuk kemulian Tuhan, Nama Tuhan sahaja yang dimuliakan...Biar "simple" yang anda buat atau sumbangkan, ianya bermakna untuk mereka yang memerlukan ini.
lihat sekeliling mu...mereka perlukan kasih yang ada pada kamu itu...

Bukankah mereka juga selayaknya menerima kasih yang engkau alami itu? mereka juga memerlukan kasih itu bukan? mereka perlukan...
**************************************************************************************

Salah satu daripadanya...:
Curtin students raise funds for solar power project
Lucas Jalong Bato | Sun, September 27, 2009
MIRI: Curtin University of Technology Sarawak Campus students are aiming to raise RM6,000 for a solar power project in Ulu Baram via a musical event entitled ‘The Circus’ on Oct 18

www.theborneopost.com